Inspirasi...

Harian Metro Kosmo! Berita Harian

Dikuasakan Oleh

CLICK THIS BANNER !!

Monday, December 21, 2009

Guane Dok Rok Sangat Ni ??

Benitez pening kepala? Adakah aku sebagai penyelesaiannya kepada kemelut itu?


Salam semua...
Ni aku nok smbung citer hok dulu ni...
Ingat dok aku post masa dulu2 tu?
Kalu dok ingat tekan link ni baca semula...

Liverpool Beli Aku !!

Criter dia pasal kelab lame aku...Liverpool ar...
Hari tu Benitez beli doh aku...dang la aku maen season lepas...
Pastu aku balik Malaysia semula sebab nok kawen...
Benitez kabo ar dakpe ar nok balik pun kesian ke bini mu sorang2 kt umah kekgi, huhu...
So, aku pun tamatkan kontrak pastu balik ar, lgpun aku tgk Liverpool gagoh pelik doh masa tu...

Lepas start season baru ni aku tgk Liverpool koho dok rok plok...
Aku rase sebab aku xdop doh kot jadi xdop striker nok sumbat gol...hahahaha.
Torres, member aku tu sakit sokmo...dia mmg gitu imunisasi lembik skit....(sori ar Torres)
Gerrard pn ada sakit jugok pdhal dia ni payoh nok sakit..(sebab koho tua doh kot)
Kesian sgt aku tgk awok2 kelab aku dulu susoh payoh nok cari gol lepas aku xdop....

Nok dijadikan ceriter baru2 ni Benitez tepon smula aku...perbualan lbh kurang mcm dulu la...(malas doh nok taip dialog tu)...
Dia tanya aku samada aku nok maen smula ngan Liverpool...
Aku kabo rilek dulu biar aku bncang ngan bini aku dulu...

Benitez pnya lah pujuk aku suh aku balik smula gi Liverpool...
Sampai siap pos jersi ke aku...dia kabo jersi aku siap belaker doh tunggu aku gi je...
Dok cayer ke? Tgk ar sini aku pakai jersi tu...




Dia bagi jersi hok xdop Carlsberg sebab dia bg pelepasan ke aku dok payoh pakai logo arak jahanam tu...

Kalu la jadi aku gi smula ke Liverpool masa perpindahan Januari ni aku rase awok2 peminat Liverpool dok risau doh la sebab top striker ada semula doh...hahaha.

Tapi gitu ar xkan aku nok tinggal bini aku plok...hok mane se ar?
Ce bagi cadangan gok, ada 3 keputusan sini...

A-aku gi ke Liverpool tinggal bini aku
B-aku dok gi dan duduk Malaysia je dgn bini aku
C-aku gi ke Liverpool bawok sekali bini aku

Tapi aku rase bini aku xmboh gi kot sebab kat nung sejuk kekgi dia dok tahan sejuk...huhuhu.

Jadi kepada peminat Liverpool bersabar lah ye...kalu jadi aku gi memang Liverpool gagoh parok ar pasni...kalu dok jadi kena ngarap ke hok ada tu je la...huhuhuhuhu.


p/s : jangan nok muntah plok baca ceriter koya ni, sekadar melawakkan diri, muahahahah !!



Saturday, December 19, 2009

Vrooommm...Vroommmm VTEC berbunyi...

Uwaaahhh...salam semua... Dah lama aku x update blog...bukannya malas tp x rajin je...huahahaha Ntah la xdop topik ekpun nok letok....nok copy paste pun rase macam dok berapa nok rajin je... Sekarang ni baru wase nok aktif semula la blog-memblog ni holah mugo kito nok bisnes keno lah rajin siket (makpo plops kecek kelate ni...)


Ni nok kabo citer pas kawen ar ni....
Lepas kawen maka dok bujang doh la....
Maknanya dok duduk sorang doh la...
Dok pun org kater ada teman hidup doh la...
Ada jugok org kater jupe jodoh doh...
Arghhh macam2 org kater psl kawen ni...
Yang aku pasti aku dh selamat berkahwin...
Tapi pasal kawen kekgi aku post balik hok lebih details sbb dok susun molek lagi gambor2 kawen...



Ni nok kabo lepas 5 bulan kawen akhirnya aku berjaya jugok capai impain aku dari dulu... Nape impian aku? Nok naek ke bulan ke? Bukan...tu ngarut tu...

Impian aku nok beli kereta idaman la mek abe weh.... Akhirnya aku berjaya memiliki kereta Honda Civic EK99 specs idaman malaya ku...hahahaha... Enjin VTEC besor boh tp single cam, dakpe ar janji VTEC, huhu. Ni nk tnjuk sket gambo dia...


ni dari depan, plet kene tutup ar kekgi glamer plops, haha

ni dari belakang...


Gane smart dok lagi? tp ada lagi ar skit2 hok dok smart, nok namboh sket2 kena modified sket2 lagi biar jadi kemas molek mcm gini....




Hahaha, nawok ar tu dok saboh Honda tukor jadi Nissan Skyline plops, huhu.
Beli keter ni pun bukannya sbb nk brgaya tp sbb aku mmg xdop keter sndiri lagi sejak dulu, asyik dok bawok kete ma, kete ila, kete aboh...pinjam keter org je selama ni...sedeynya...huhuhu...


Ok lah abis doh bab keter, my wife pn dh beli keter Neo baru, nk tgk jom ar survey blog dia sini FLoha SelLa ada byk citer menarik kt situ, huhu. Nanti la plak aku update byk2 psl kawen aku tu k, xleh citer lebih2 bahaya kekgi korang xsabar2 plops nok kawen jugok...hahaha.


K lah chow shin chi....

p/s : kalu dr dlu lg pkai EK msti glamer ms belajor dulu, ahaks....



Rahsia cinta sejati terpelihara



MASIH bersendirian sedangkan teman seangkatan sudah memiliki kekasih bahkan sudah mendirikan mahligai bahagia?

Dalam menjalin hubungan, jangan terlalu mengikut nafsu semata-mata kerana ia tidak mungkin berakhir dengan kebahagiaan. Untuk itu, binalah hubungan berdasarkan pertalian suci, ikhlas, indah dan penuh kemurnian tanpa cetusan nafsu semata.

Cinta bukanlah hanya kata-kata, tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa sebelumnya.

Sememangnya hidup bercinta amat mudah, tetapi untuk dicintai orang yang anda cintai sukar diperoleh.

Bagaimana pula di saat menjalin hubungan dengan teman lelaki yang baru, tiba-tiba bekas kekasih muncul di depan mata?

Ikuti 10 petua berikut untuk memelihara cinta sejati anda berdua yang diharapkan bakal berakhir ke jenjang pelamin kelak.



majlis sambut menantu ku...



1. Pilih pasangan yang sesuai

Jangan sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati.

Terlalu ramai pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segala-galanya.

Secara jujur, tanya kepada diri sendiri: "Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah? " Jika tidak, buat keputusan untuk mencari yang lain.


2. Jangan terburu-buru

Jangan menurut kehendak nafsu seks kerana ramai pasangan yang terjebak dalam persoalan ini. Mereka sanggup berkorban membuta tuli tanpa memikirkan risiko bakal ditinggalkan.

Berdasarkan pengalaman mereka yang pernah melaluinya, pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan apabila akhirnya ia menjadi bahan yang diungkit sampai bila-bila.


3. Percaya pada kelemahannya

Anda seharusnya tanya kepada diri sendiri; "Adakah dia sudah bersedia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya, kemudian baru mengingati aku?"


4. Tutup mulut

Jangan cuba menceritakan keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggungjawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain.

Cara sebegini dapat mengelak daripada berlakunya konflik dan hubungan emosi anda berdua.


5. Terima seadanya

Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. Bukan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan ketika berbulan madu, tetapi amalkan 'temu janji' sekali seminggu.


6. Jadi pemerhati

Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku.

Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.


7. Buktikan siapa diri anda

Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan dan cuba berbincang cara menyelesaikan masalah anda berdua.


8. Kekasih lama kembali

Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati suatu masa dulu tiba-tiba muncul depan mata. Bagi sesetengah individu, ia mungkin membuatkan keadaan jadi sukar.

Perasaan buntu dan bercelaru mungkin memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan supaya tidak mencintainya lagi.

Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru yang mungkin menjanjikan kebahagiaan selama-lamanya.


9. Bukan perigi cari timba

Anda mungkin tidak sedar cinta sejati membuatkan anda seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Sebaiknya, haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.


10. Hargailah diri sendiri dan pasangan

Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya.




Segala Post Disahkan Oleh...