Inspirasi...

Harian Metro Kosmo! Berita Harian

Dikuasakan Oleh

CLICK THIS BANNER !!

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Sunday, March 1, 2009

Dragonball : Evolution


KA ME HA ME HAAA !!!! (BUSSHHH KUAR API KAT TANGAN...)




Fulamak, tahun ni citer Dragonball plok kuar, dulu macam2 doh citer dari komik jadi filem, contohnya X-Men, Hulk, IronMan dan banyak lagi la. Dulu masa kecik memang minat telajok dragonball ni sampai mandi pun masa pakai syampu mesti wat rambut Super Saiya terpacak pahtu bergaya depan cermin dalam bilik air konon2nya aku lah Son Goku, huhuhu.


Tapi filem ni baru kisah permulaan Goku, masa ni dia dok kawen dengan Cici lagi maknanya dia takdok lagi la anak2 Son Gohan ngan Son Goten. Goku ni bagus dia dok wat anak sebelum kawen, hahaha. Hok ada dalam filem ni baru Cikgu Kame (Roshi) , Bulma (lawa dalam filem ni) pahtu ada Pikor (mat saleh sebut Piccolo). Kiranya masa ni Pikor jahat lagi la dok jadi awok2 Goku lagi.

Mari kita same2 tengok gazet ataupun trailer filem ni...






Nak tahu citer selanjutnya, tunggu la kemunculan citer ni kekgi ye. InsyaAllah kekgi ada la link download filem ni kat Movies Madness Rajin2 la melawat ye, hehe.



p/s : syg, jom tgk filem ni kat panggung, pahtu kita berlakon plok abg jadi Goku syg jadi Bulma deh, pahtu kite gocoh tp gocoh laen ar....huhuhuhu.



Tuesday, February 24, 2009

Isteri naik hantu


KUALA LUMPUR: Hanya air mata dapat menceritakan keperitan seorang lelaki apabila sering dibelasah isterinya yang disifatkan sebagai ahli gusti gila semata-mata kerana tidak suka mendengar nasihat sejak tiga tahun lalu.


Lelaki yang dikenali sebagai John itu mendakwa, isterinya berang apabila dinasihat menghentikan tabiat buruk gemar berkaraoke dan berhutang dengan along hingga mengabaikan anak yang sakit.


Penyelia stor itu berkata, isterinya berusia 30 tahun itu mempunyai kekuatan luar biasa apabila ‘naik hantu’ hingga mampu mencekik sebelum menghempas kepalanya ke dinding rumah.


Malah, lebih menakutkannya apabila wanita terbabit mengugut mahu membunuhnya dengan pisau dan serpihan kaca botol.


Ini menyebabkan John kerap melarikan diri apabila isterinya mengamuk.


John berkata, tingkah laku ganas isterinya sukar dibendung, malah ada kalanya diibaratkan sama seperti haiwan ganas.


Dalam kejadian terbaru jam 7.30 malam baru-baru ini, dia menghubungi isterinya di pejabat dan meminta segera pulang ke rumah berikutan anak lelaki berusia hampir dua tahun diserang lelah.


“Saya merayu supaya anak dibawa ke klinik di Wangsa Maju untuk mendapatkan rawatan. Namun, dia memberi alasan sudah mempunyai rancangan untuk berkaraoke bersama rakan selepas waktu pejabat.


“Lantaran itu, adik kandung saya membantu menghantar anak ke klinik,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Menurut John, dia cuba mendapatkan penjelasan daripada isterinya yang pulang tengah malam, tetapi dihadiahkan dua penumbuk di muka.


Ketika itu, mangsa sedang mendukung anaknya yang menangis sakit. Isterinya pula langsung tidak menunjukkan simpati sebelum menendang suaminya hingga hampir terjatuh.


Sambil menunjukkan kesan tumbukan isterinya pada tiga pintu bilik rumah, John berkata, dia tidak dapat mempertahankan diri berikutan ketika itu menutup kepala dan badan anaknya kerana bimbang turut dicederakan.


Selepas puas membelasah suaminya, wanita itu keluar sebelum pulang keesokan hari dengan mengurung diri dalam bilik.


“Sebaik bangun daripada tidur, dia kembali mengganas mencekik leher saya sebelum menghentak kepala saya ke dinding.


“Serangan mendadak itu menyebabkan saya terkejut selain anak saya menangis akibat ketakutan. Dia meluru ke dapur sebelum mengambil pisau dan mengacukannya ke arah saya,” katanya.


Mangsa bagaimanapun merampas pisau berkenaan selepas bergelut dengan isterinya.


“Isteri saya kemudian mencapai botol kaca minuman sebelum menghentak ke arah rak dapur untuk memecahkannya. Disebabkan ketakutan, saya mencapai anak sebelum melarikan diri,” katanya sambil mendakwa isterinya menelan beberapa biji pil sakit kepala untuk menyambung tidur.


Dalam kejadian lain, dia sekadar bertanya kepada isterinya menghilang sehari suntuk dengan mengabaikan suami dan anak.


“Entah mengapa dia tiba-tiba mengamuk dan menjadi agresif sebelum menghempaskan semua perkakas rumah, termasuk pinggan mangkuk di dapur,” katanya.


Lelaki malang itu berkata, isterinya cuba menyerang anaknya menyebabkan dia terpaksa melarikan diri sebelum menghubungi talian Rakan Cop untuk mendapat bantuan polis.


“Sebaik polis sampai ke perkarangan rumah, isteri semakin naik angin dan tidak membenarkan kami masuk ke dalam rumah walaupun dirayu supaya mengawal perasaan.


“Selepas membuka pintu, dia bersembunyi dalam stor. Selepas dinasihati polis, dia akhirnya berjanji tidak mengulangi perbuatannya itu,” katanya.


John turut mendakwa isterinya menggunakan wang simpanan anak sebanyak RM3,500 untuk berjoli dan memenuhi tabiat buruknya berjudi.


“Apabila ditanya, dia memberitahu semua wang terbabit sudah habis dibelanjakan, termasuk membayar hutang along,” katanya.


Dia yang sudah membuat tiga aduan di Balai Polis Setapak, berkata dia sendiri pernah terjumpa kad kuning dalam dompet isterinya mengandungi nombor telefon seorang lelaki serta beberapa tulisan pinjaman along dengan anggaran melebihi puluhan ribu ringgit.


Dia berkata, isterinya yang sudah meletakkan jawatan kini bersekedudukan dengan beberapa warga asing dari Timur Tengah.


“Saya dapat berjumpanya di rumah sewa barunya dengan membawa anak. Malangnya, kami dihalau,” katanya.


Menurutnya, dia kini dibelenggu masalah baru apabila beberapa lelaki dipercayai along datang ke rumahnya untuk menuntut hutang isterinya.



p/s : ganas gila, harap2 isteriku tak wat gini kat aku nanti...huhu.


Tuesday, February 17, 2009

Isteri mati pendam rasa


KEMAMAN: Akibat tertekan dengan khabar angin kononnya suami akan berkahwin lagi, seorang wanita sanggup minum cecair pencuci lantai hingga meragut nyawanya, kelmarin.


Suami wanita terbabit yang juga seorang guru, berkata dia tidak mahu menuduh siapa bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu yang menjadi punca tindakan nekad isterinya.


“Saya sangat menyayanginya dan berjanji akan menyelesaikan perselisihan kami, tapi belum sempat berbuat demikian. Kini, dia pergi selama-lamanya meninggalkan saya dan tiga anak yang masih kecil.


“Sebelum kejadian ketika tiba di sekolah, saya sempat menghantar SMS kepadanya untuk menyelesaikan masalah kami,” katanya ketika dihubungi, semalam.



Lelaki berusia 38 tahun itu berkata, dia percaya tindakan arwah isterinya akibat tidak tahan menanggung bebanan perasaan berikutan krisis rumah tangga yang berlaku sejak akhir-akhir ini.


Dia mendakwa tidak pernah curang atau bermain kayu tiga sejak mendirikan rumah tangga, sembilan tahun lalu.


Namun, kata guru itu, sejak akhir-akhir ini, rumah tangga mereka yang disatukan atas dasar suka sama suka pada 2000 itu goyah hingga tidak bertegur sapa selama beberapa hari.


Dia mengakui arwah isterinya memendam rasa dan kecewa dengannya, tetapi tidak mengetahui apa yang dipendamnya.


“Sepanjang berkahwin, saya tidak pernah curang atau menyintai wanita lain, malah tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga saya curahkan sepenuhnya terhadap dia dan tiga anak,” katanya.


Dia berkata, keluarganya harta yang sangat bernilai.


“Saya pernah tinggal sendirian di tempat kerja, tetapi kasih sayang terhadapnya menggunung tinggi. Saya tidak sanggup menghancurkan hatinya dan tiga anak yang mengharapkan kasih sayang saya sebagai ketua keluarga,” katanya.


Mengimbas kejadian terbabit, guru itu berkata dia terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada arwah isterinya yang ketika itu dalam kesakitan selepas dipercayai minum cecair berkenaan jam 8.20 pagi.


Dia yang ketika itu di sekolah bergegas pulang dan terkejut mendapati isterinya terbaring di hadapan pintu tandas dalam bilik tidur di tingkat atas.


“Ketika kejadian hanya arwah di rumah, manakala tiga anak berusia lapan, lima dan dua tahun di rumah pengasuh.


“Melihat keadaan isteri terbaring kaku tapi masih bernafas, saya memanggil kakak ipar yang tinggal berhampiran dan segera membawa isteri ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.


Bagaimanapun, wanita berusia 35 tahun itu hanya sempat bertahan tujuh jam sebelum menghembuskan nafas terakhir jam 2.50 petang.


Jenazah isterinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Mentok di sini, jam 11 malam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat, ketika dihubungi semalam, mengesahkan kejadian berkenaan.


Katanya, polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan hasil siasatan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.


“Difahamkan, berlaku perselisihan faham antara pasangan terbabit dan mendakwa ia berlarutan hingga mangsa yang tidak tahan menanggung bebanan perasaan tanpa disedari mengambil tindakan itu,” katanya.


p/s : bukan begini caranya nak selesaikan masalah...jangan buat macam ni tak baik berdosa besar...


Saturday, February 14, 2009

Yakjuj & Makjuj (Berita Gempar Dari NASA!!!)


Walaupun berita ni dah agak lama, aku tetap nak letak jugak...bacalah walaupun dah baca sebelum ni...hehe.

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini.


“Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”. “Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu.


“Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.


Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole”


“Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”. “Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.


Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau”.


“Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”. Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.


“Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria”, mengikut kata sumber.“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.


“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?”


Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.


“Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa tanda tanya.


Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”. Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”. Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.


Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.


p/s : erm xtau nk komen pe, yg pasti kite sudah hampir ke penghabisan dunia...


Thursday, February 12, 2009

Al-Quran tidak dimakan api




HAKIMI menunjukkan al-Quran yang tidak hangus selepas rumahnya terbakar di Taman Seroja, Kangar semalam.



KANGAR – Senaskhah al-Quran ditemui masih dalam keadaan elok meskipun terlibat dalam kebakaran yang menyebabkan empat deretan rumah di tingkat atas hangus dijilat api di Taman Seroja di sini awal pagi semalam.


Penemuan itu mengejutkan pemiliknya, seorang pengawal keselamatan, Hakimi Harun, 49.


Menurut Hakimi, kitab tersebut ditemui ketika dia sedang melakukan kerja-kerja membersih rumahnya selepas operasi memadam kebakaran selesai dijalankan oleh anggota Bomba dan Penyelamat.


Katanya, apa yang menghairankannya, hanya kulit al-Quran itu sahaja terbakar tetapi ayat-ayat suci di dalamnya langsung tidak terjejas bahkan tidak basah terkena air bomba.


“Semua barangan di tingkat atas seperti buku sekolah, katil dan almari pakaian rentung menjadi arang tetapi al-Quran itu ditemui dalam keadaan yang masih elok malah tidak basah terkena air sewaktu operasi memadam dijalankan.


“Penemuan ini mengagumkan saya dan ini menunjukkan tanda kebesaran Allah. Saya akan terus memelihara kitab suci ini,” katanya ketika ditemui.


p/s : bukti kekuasaan Allah S.W.T.


Gelora nafsu lepas bertunang


ALOR STAR: Belumpun sempat bergelar pengantin baru, malah baru sembilan jam bertunang, sepasang kekasih yang kemaruk cinta dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah motel dekat sini, tengah malam kelmarin.


Pasangan berusia 20-an dari Pendang itu dikatakan menyewa di bilik di motel itu kerana beranggapan sudah mempunyai 'lesen' untuk hidup bersama, tetapi tindakan mereka mengundang padah.


TAHAN...anggota penguatkuasa Jaik menyoal siasat dua
remaja yang dicekup berkhalwat dalam sebuah bilik
motel di Simpang Kuala, dekat Alor Star, malam kelmarin.



Si lelaki yang melakukan kerja kampung ditahan bersama pasangannya selepas mereka mengaku baru bertunang ketika pintu bilik dibuka untuk pemeriksaan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).


Motel itu dikatakan turut diubah suai dan menjadi tempat pasangan muda, terutama pelajar menyewa kerana menawarkan bayaran murah mengikut kiraan jam iaitu sekitar RM20 hingga RM50 bagi satu malam.



Penyewa juga boleh menyimpan motosikal dalam bilik motel masing-masing bagi mengelak dikesan orang ramai dan jika dilihat dari luar, kawasan motel yang mempunyai 26 bilik itu seperti rumah penduduk.


Sementara itu, empat pasangan remaja berusia belasan tahun turut dicekup kerana menyewa di bilik motel berkenaan untuk memadu asmara.


Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Sheikh Muhamad Suhaimi Salleh, berkata pasangan baru bertunang itu antara enam pasangan ditahan di motel terbabit dalam operasi cegah maksiat, malam kelmarin.


Beliau berkata, kebanyakan pasangan itu memberi pelbagai alasan untuk mengelak ditahan pihak berkuasa.


Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988.


Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.


Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk dibuat laporan siasatan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kota Star untuk diambil keterangan.


Dalam operasi cegah maksiat siri kelima itu, Muhamad Suhaimi berkata, pihaknya dianggotai sembilan anggota dibantu penguat kuasa dari Kuala Muda, Kulim dan Kota Star bermula jam 9.30 malam hingga 3.30 pagi.


Katanya, kawasan tertumpu di sekitar pusat bandar raya ini dan Kuala Kedah selain berjaya menahan 18 orang yang disyaki melakukan maksiat di hotel murah.


p/s : ish3x aku pun bertunang gok tp xdok ar sampai gini, huhu.


Sentuhan gay durjana


AYER HITAM: Awas lelaki kacak berharta dan kedudukan tinggi kerana anda mungkin diperhatikan lelaki gila seks songsang yang menggunakan ilmu pukau untuk menjalinkan hubungan cinta sejenis dan mengikis harta anda.


Lelaki berusia 30-an itu dikatakan memiliki kebolehan luar biasa dengan hanya menyentuh bahu mangsa ketika berselisih di tempat awam untuk menjadikan mereka tempat melampiaskan nafsu songsangnya.


Sihirnya dapat mematikan nafsu mangsa terhadap wanita, termasuk isteri supaya dapat dijadikan kekasih sejenis.


Selepas beberapa bulan menjalin hubungan intim, kesempatan itu digunakannya untuk mengikis harta mangsa, termasuk tanah bagi membuktikan keutuhan percintaan mereka selain wang perbelanjaan setiap bulan.



Terbaru, seorang lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Murad, 40-an menjadi mangsa lelaki bernafsu syaitan terbabit.


Menurutnya, sebaik bersentuhan bahu di sebuah pasar raya dalam kejadian setahun lalu, dia terpukau dan mula terpikat kepada lelaki itu biarpun menyedari kaum sejenis.


“Ketika itu, perasaan ingin mengenalinya amat tinggi. Sebaik disapa, saya terus menjadi selesa dengannya biarpun baru mengenalinya.


“Setahu saya sebelum ini saya seorang yang agak pendiam dan jarang bertegur sapa dengan sesiapa, terutama individu tidak dikenali,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.


Selepas beberapa bulan mengenali lelaki terbabit, Murad dipelawa ke rumahnya untuk berbual kosong.


Dia hanya menuruti permintaan itu tanpa berfikir panjang dan akhirnya terjerumus ke lembah kehinaan.


Malah, kata mangsa, dia langsung tidak mempedulikan perbuatannya menyalahi ajaran agama.


“Sejak hari itu, saya mula diperlakukan seperti kekasihnya dan terpaksa melayani nafsu buasnya.


“Peliknya, nafsu saya terhadap isteri dan perasaan sayang kepada keluarga, termasuk ketiga-tiga anak saya sudah hilang. Apa yang ada dalam fikiran saya hanyalah lelaki itu,” katanya yang mendedahkan perkara itu bagi mengelakkan kejadian sama menimpa orang lain.


Murad berkata, akibat terlalu mencintai lelaki itu, dia sanggup memberikan beberapa hektar tanah sebagai hadiah selain wang saku RM2,000 sebulan.


Lebih dikesalinya, dia pernah menghalau isteri dan anak keluar rumah semata-mata untuk melayan nafsu lelaki berkenaan.


“Mana tidaknya, setiap kali melihat dia, gelora nafsu saya tidak mampu bertahan dan keinginan melakukan hubungan songsang dengannya makin menjadi-jadi.


“Namun, dengan bantuan ahli keluarga akhirnya saya pergi mendapatkan rawatan tradisional dan bersyukur kerana sudah sembuh daripada ‘penyakit’ itu,” katanya.


Kini dia sedang berusaha menyelamatkan rumah tangganya daripada kehancuran dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila terserempak dengan orang yang tidak dikenali.


Pengamal perubatan tradisional, Fadzil Othman, 46, berkata mangsa sebenarnya disihir lelaki terbabit.


“Dia turut diberi makan benda kotor yang dijampi bagi mematikan nafsunya terhadap isteri. Ini bukan kejadian pertama, saya sudah mengubati lebih 10 pesakit seumpama itu dan bersyukur kerana berjaya membantu mereka,” katanya.


Menurut Fadzil, perbuatan sihir itu mampu dihindari jika orang ramai tidak meninggalkan Rukun Islam selain mempunyai pendinding ketika meninggalkan rumah.


“Antara amalan yang boleh dijadikan sebagai pendinding adalah berwuduk selain mengamalkan ayat Kursi,” katanya.


Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria ketika dihubungi berkata, perbuatan segelintir individu mengamalkan sihir bagi mendapatkan habuan haram di sisi agama.


“Tidak kiralah apapun tujuan penggunaannya ia tetap sesat. Mana tidaknya, sihir itu sendiri digunakan untuk tujuan salah semata-mata memerangkap mangsa bagi mendapatkan keuntungan sendiri.


“Orang ramai perlu meningkatkan keimanan selain tidak meninggalkan rukun Islam bagi mengelakkan diri daripada terkena sihir itu,” katanya.


p/s : bahaya ni, nampaknya aku kena berhati2 jgk ni, nnt dia bkenan kat aku bhaya...huhu.

p/s : hensem sgt ke si Murad ni...hehe.




Wednesday, February 11, 2009

4 pondan ditahan lagi


MELAKA: Empat pondan yang mempunyai rekod lampau serta dua daripadanya diburu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kerana mempunyai waran tangkap tidak menghadiri perbicaraan di Mahkamah Syariah bagi perbicaraan kes lelaki berlagak wanita antara yang ditahan Jaim, awal pagi, hari ini.



Semua lelaki terbabit berusia 22 hingga 34 tahun itu ditahan antara jam 3.10 pagi dan 3.45 pagi di dua lokasi berasingan iaitu di Jalan Tun Ali dan Jalan Merdeka berhampiran Plaza Mahkota, dekat sini.


Pondan berusia 22 tahun yang ditahan di Jalan Merdeka itu pula baru ditahan Jaim pada Disember lalu kerana kesalahan berpakaian dan berlagak seperti wanita serta kesnya masih dalam siasatan.


Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata semua ditahan itu didapati berpakaian serta berambut panjang dan mengenakan solekan di samping memakai perhiasan wanita.


p/s : apa nak jadi la, dah la lelaki semakin kurang kat dunia, golongan ni mengurangkan lagi lelaki didunia, kesian wanita2 kan...huhu


Berkelahi sampai dibogel kekasih


KUALA TERENGGANU - Seorang wanita tempatan diaibkan kekasihnya seorang rakyat Perancis apabila dia dibogel sebelum diseret keluar dari sebuah bilik Hotel Sri Terengganu di sini kelmarin.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, insiden itu berlaku selepas pasangan itu bergaduh di dalam bilik hotel yang didiami lelaki tersebut.



(Gambar atas : Disini la tempat kejadian tu...)


"Petang Ahad lalu pasangan itu telah mula bergaduh tetapi pergaduhan itu berlaku di hadapan bilik hotel yang didiami wanita itu iaitu Hotel Bunga Raya di Jalan Banggol.


"Semasa bergaduh wanita berusia 47 tahun itu terpaksa meminta bantuan polis kerana tidak tahan dengan sikap kekasihnya yang berusia 49 tahun,'' kata beliau.


Menurutnya, anggota polis yang datang ke Hotel Bunga Raya dapat menyuraikan pergaduhan itu tetapi tiada laporan dibuat kerana tiada yang cedera.


Bagaimanapun, Manoharan memberitahu, pada pukul 9.30 malam kelmarin, lelaki yang datang sebagai pelancong ke negeri ini dikatakan telah menghubungi wanita berkenaan kononnya bagi membuat rundingan mengenai masalah mereka.


Katanya, wanita yang berasal dari Kuantan itu telah pergi ke bilik hotel lelaki itu yang terletak tidak jauh dari hotel yang didiaminya pada pukul 2.30 pagi.


p/s : ish3x...best jgak kalu masa kejadian tu aku ada kat situ, hehe...


Tuesday, February 10, 2009

Janda tak serik dicekup khalwat lagi



ALOR STAR: Meskipun baru dua bulan dicekup berkhalwat, seorang janda beranak dua didapati tidak serik apabila ditahan kali kedua bersama pasangannya serta dua lelaki di dalam bilik sebuah hotel murah di Lebuhraya Darulaman, di sini tengah malam kelmarin.

Ketika serbuan, janda berusia 27 tahun itu bersembunyi di belakang televisyen manakala pasangannya bersembunyi dalam bilik air manakala dua lagi rakan mereka duduk atas katil dalam bilik berkenaan.

Mereka ditahan kira-kira jam 12 tengah malam dalam operasi cegah maksiat dilakukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).

Turut ditemui dalam bilik hotel itu beberapa senjata tajam termasuk parang panjang dan pisau dalam beg pakaian mereka.

Wanita itu bersama pasangannya pernah ditahan dalam operasi sempena Krismas pada 25 Disember lalu di sebuah hotel di bandar raya ini dan turut ditemui bersama mereka ketika itu beberapa senjata tajam.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Islam Daerah Kota Star (PAIDKS) untuk siasatan lanjut.

Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Sheikh Muhamad Suhaimi Salleh, berkata semua yang ditahan itu berasal dari sekitar bandar raya ini dengan semua lelaki berkenaan peniaga pasar malam.

Beliau berkata, mereka mendakwa senjata tajam itu baru dibeli untuk kegunaan perniagaan mereka.

“Wanita itu dan pasangannya kini masih menunggu perbicaraan di mahkamah bagi kes pertama mereka sebelum ini,” katanya.

Dalam kejadian berasingan, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sanggup meredah perjalanan sejauh 70 kilometer dari rumahnya di Sungai Petani ke Kuala Kedah, dekat sini, untuk bertemu kekasih hatinya.

Bagaimanapun, dia dikenakan saman mengikut Seksyen 5 EKJSK 1988 kerana berkelakukan tidak senonoh di khalayak ramai di Pantai Leman, Kuala Kedah, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Sungai Petani itu memberi alasan datang ke bandar ini untuk membeli peralatan sekolah.

p/s : ish3x dah kena byk kali pn xserik2, mmg laku ar janda ni agaknya, hehe.


Segala Post Disahkan Oleh...