Inspirasi...

Harian Metro Kosmo! Berita Harian

Dikuasakan Oleh

CLICK THIS BANNER !!

Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Tuesday, February 10, 2009

Suratan Atau Kebetulan...? (Episod 2)



“Astagfirullahala’zim..kau dah terlanjur ? Tapi dengan siapa” Lin hampir terjerit mendengar kata-kata Fadzila. “Aku telah terlanjur menyintainya la, apa yang kau fikirkan?” Masih boleh bergurau lagi si Fadzila walaupun dalam tangisan. Itulah dia Fadzila seorang gadis yang periang, ceria dan ramah.
“Ish..kau ni buat suspen aku je la…sedih-sedih pun masih sempat lagi..dah la kesat airmata kau tu. Buruk muka dah tua-tua menangis” Getus Lin geram kerana dikenakan olah Fadzila. “Cuba kau beritahu aku siapakah jejaka yang dah menambat hati kau tu?”

“Lin aku serius ni…. Kau dan Sadz sahabat aku. Aku minta tolong kau cuba rahsiakan perkara ini daripada Sadz. Aku tak nak nanti hubungan kita terjejas.”
“Ok aku janji.” Lin bersetuju dengan permintaan Fadzila.
“Sebenarnya semenjak pertemuan pertama kita dengan abang Azhar dan Azizan aku amat tertarik dengannya. Redup matanya, senyum manisnya betul-betul membuatkan aku terpana”


“Wait..wait…wait…kau biar betul ni Ila” Gusar Lin sambil memberikan isyarat kepada Fadzila supaya tidak meneruskan kata-katanya. “Kalau bukan abang Azizan kau jangan cakap dengan aku yang kau terpikat dengan Abang Azhar.”
“Ye..Lin..memang aku menyintai Abang Azhar!” Akhirnya Fadzila bersuara lesu sambil matanya merenung ke lantai rumah. Lin terkejut mendengar pengakuan sahabatnya. Tidak pernah dia menyangka semua itu akan berlaku. Mengapa mesti Azhar yang Fadzila cintai. Itu tak mungkin berlaku. Tak mungkin. Selama ini Azizan yang berusaha untuk memenangi hati Fadzila bukannya Azhar. Azhar tidak pernah menunjukkan sikap yang dia menyukai Fadzila. Malah Azhar adalah kekasih Sadz sekarang ni. Mereka adalah pasangan bahagia. Malah mereka bagaikan tidak dapat dipisahkan lagi.
“Ila….what happened to you..? kenapa jadi macam ni….Kau tahu kan Abang Azhar milik Sadz sekarang ni..kenapa kau bermain dengan perasaan…” Lin bertanya lembut.
“Aku tak tahu Lin…aku tak tahu..aku tak berdaya menghalang perasaanku”
“Sebab tu setiap kali Sadz bercerita dengan kita mengenai hubungannya dengan abang Azhar aku tidak memberikan reaksi positif. Setiap kali terpandang mereka berdua..hatiku dipagut pilu..hati aku terluka. Keakraban mereka membuatkan aku sengsara.” Fadzila meluahkan segala yang terbuku dihatinya.
“Ila…kalaulah Sadz tahu hal ni apa perasaan dia agaknya. Pasti dia akan terkejut beruk” Lin separuh melawak.
“Aku minta tolong dari kau jangan beritahu Sadz tentang perkara ni ye: Fadzila merayu.
Lin yang masih di dalam keadaan bingung hanya mampu mengangguk tanda bersetuju.
“Terima kasih Lin” Ucap Fadzila sambil memeluk erat sahabatnya itu.
"Aku tak tahu... setiap kali melihat kemesraan mereka, aku jadi cemburu...setiap kali Sadz bercerita tentang percintaan mereka hati aku terhiris pilu..." Fadzila menambah.
"Ila... kau tak boleh bersikap begitu.. terimalah kenyataan yang Azhar bukan milikmu.. kalaulah Sadz tahu perkara ni mesti dia sedih..kalau kau sayangkan Sadz dan ingin melihat dia bahagia lupakanlah perkara ni. Kau mesti tabahkan hati..cubalah terima Abang Iz yang betul-betul menyintaimu...berilah peluang padanya, sanggupkah kita berputus sahabat demi seorang lelaki..dari sekolah lagi kita telah menjadi sahabat..takkan kita nak biarkan ia musnah...selama ini suka dan duka kita lalui bersama..susah senang juga mcm tu.." Lin bersuara memujuk. Fadzila menangis didalam dakapan sahabatnya itu.
"Ya..demi kerana persahabatan ini aku akan cuba untuk menghindari perasaan ini jauh dariku," Fadzila bersuara lesu sambil meleraikan pelukannya.

Mampukah Fadzila untuk melupakan perasaannya buat Azhar..ahh dia sendiri tidak pasti.

************************************************************************

"Ila..abang tengok ila macam tak gembira je hari ni, marahkan abang ke? Abang dah buat sesuatu yang menyakiti hati ila?... Beritahulah abang...please," rayu Azizan. Memang sedari awal pertemuan tadi Fadzila hanya membisu. Sepuluh patah Azizan berkata-kata hanya sepatah yang dijawabnya.
Kalaulah dia tahu apa yang tersirat dihati Fadzila pasti dia akan kecewa. "Tidak! aku takkan biarkan perasaan ini terus menghantui dan memusnahkan diri sendiri." Getus gadis itu didalam hati.
"Takde apa-apalah abang...ila cuma rasa tak sihat hari ni. Letih sikit." Ila membuat helah. Berharap agar lelaki yang berada dihadapannya tidak dapat menangkap apa yang sedang difikirkannya.
"Ila tak sihat ke? Nak abang tolong ubatkan...abang ni walaupun belum habis kursus lagi tapi sikit-sikit tu tahulah.." Azizan menawarkan dirinya dalam nada bergurau. Pemuda yang masih didalam kursus perubatan dibawah Angkatan Tentera Malaysia itu memang tidak lokek dengan senyuman.
"Ala...sikit je..nanti kejap lagi oklah kot..Ila laparlah abang...jom kita pergi makan..?" Cuba mengalih percakapan pemuda itu.
"Ok...tapi janji dengan abang...jangan muram-muram lagi.. hilang manisnya...kalau ila senyum boleh buat abang tak tidur malam tau.." Azizan mengusik gadis yang mencuri hatinya kini. Memang gadis itulah yang bermain di setiap ruang hidupnya kini. Seharian tidak mendengar berita boleh gila jadinya. Tapi adakah gadis itu menaruh harapan yang sama dengannya...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Boleh abang tanya Ila sesuatu?" Tiba-tiba Azizan bersuara cuba menghidupkan suasana. Hanya mereka berdua sahaja yang sedang menikmati makan malam di restoran itu. Mungkin malam masih terlalu muda lagi. "Tanyalah...sejak bila pula bertanya pun kena minta kebenaran ni?" Fadzila membalas.
"Abang harap ila tak marah kalau abang bertanya...hmmm…Ila..kenapa sukar untuk Ila menerima abang didalam hati Ila?” Dengan suara yang teragak-agak Azizan bertanya. Terhenti suapan Fadzila mendengarkan soalan Azizan. Tersentak dengan soalan yang tidak disangka itu.
"Kalau ila sudi abang ingin menjadi seorang yang istimewa dihati ila...Abang ingin jadikan Ila teman istimewa abang..." Lancar sekali dia melafazkan kata-kata itu.
Ila yang telah terganggu makannya terus tertutup selera untuk meneruskan menikmati hidangan makan malam itu.
"Kenapa tiba-tiba soalan ini yang abang tanya....Ila dah pernah jelaskan dahulu…Ila rasa abang masih ingat….lagipun…..." Suaranya terhenti setakat itu.
"Lagipun apa Ila..? Apa kelemahan abang yang ila tak boleh terima abang sedar..abang ni tak berharta..tak ada rupa? macam tu....Atau ila dah ada pilihan sendiri? Azizan terus menyambung kata-kata ila yang terhenti tadi.
"Bukan begitu abang, ila bukan pandang harta benda atau rupa...atau pun dah ada pilihan sendiri..ila cuma rasa tak bersedia lagi untuk itu.." Ila bersuara lagi.
"Tak bersedia? Kenapa? Cuba ila lihat kemesraan Sadz dan abang Azhar. Abang cemburu tengok mereka ila. Mereka adalah pasangan yang amat serasi?" Azizan menambah. Berdebar-debar hati gadis itu mendengar nama Azhar disebut. Memang Ila cuba untuk melupakan perasaan terhadap lelaki itu jauh-jauh. Tetapi setiap kali mendengar nama itu hatinya sering berdebar-debar. Memang dia juga cemburu melihat kemesraan Sadz dan Azhar. Tetapi cemburu yang Azizan rasakan berlainan dengan cemburu yang dirasakannya. Dia cemburu kerana dia menaruh hati pada Azhar tetapi Azizan cemburu kerana tidak berpeluang untuk menjadi seperti mereka. Bukankah berlainan rasa cemburu itu.
"Maafkan ila, ila nak balik...tolong hantar ila pulang??" Fadzila terus bangun dari kerusi dan keluar dari restoran itu. Setelah membayar tanpa mengambil duit baki Azizan bergegas membuntuti langkah Ila.
"Ila...Ila...nanti dulu...maafkan abang...abang bukan nak sakitkan hati ila... Tapi ila percayalah sejak pertemuan pertama kita dulu abang dah terpikat dengan ila. Abang jadi tak menentu dan hati abang sering merindui ila..abang harap Ila faham.." Azizan merayu memohon simpati.
Fadzila mematikan langkahnya seraya berkata , " Abang...berilah Ila masa untuk memikirkan hal ini. Tolonglah jangan desak Ila ye.." Azizan mengaku kalah dan mengangguk lesu.

Sesampainya dirumah dilihatnya Lin sedang tekun membaca majalah. Fadzila terus menghempaskan punggungnya disofa berdekatan dengan Lin.
"Hai...baru balik anak dara...muncung je mulut tu...boleh sangkut baju tau." Lin cuba mengusik.
"Macam-macam lah kau ni...mana Sadz?" Fadzila bertanya setelah tidak melihat kelibat sahabatnya yang seorang lagi.
"Hmmm...apa lagi keluarlah. Tadi petang Abang Azhar datang ambil dia..katanya nak ajak pergi makan malam...sudahnya aku tinggal sorang-sorang kat umah. Nak keluar pun 'cek abe' balik kampung. " Lin menjawab tanpa memandang kearah Fadzila. Tekun betul dia dengan pembacaannya.
Fadzila hanya mendiamkan diri mendengarkan jawapan dari Lin.
Setelah menyedari Fadzila tidak bersuara Lin berpaling memandang kearah sahabatnya itu.
"Eh..kenapa pula ni? Bergaduh dengan Abang Iz ye...? " Lin mengusik.
"A..aa..takde la...aku didalam dilema la Lin," akhirnya Fadzila bersuara menunjukkan dia ingin berkongsi sesuatu dengan Lin.
"Tadi abang Iz meluahkan isi hatinya padaku lagi..aku...aku...tak beri jawapan padanya lagi." Fadzila meneruskan kata-katanya.
" Kan aku dah kata abang Iz tu betul-betul suka kat kau. Tapi kau je yang buat tak reti. Jual mahal lah tu...apa lagi.. mungkin bila kau terima dia kau boleh lupakan perasaan kau pada abang Azhar...dia tu handsome kawan...sape pun cair tau tengok senyumannya tau..kau je yang tak nak.." Lin tersenyum meleret.
"Susahlah Lin...aku tak tahu perasaan aku ni...nak kata aku sayang kat dia macam tak...nak kata tak sayang...aku suka berada disisi dia. Kadang kala aku pun pening kepala memikirkannya." Fadzila buntu.
"Ala Ila...aku tahu kau manaruh harapan pada abang Azhar kan..Hello...dia tu dah ada yang punya...sahabat kita sendiri...jangan lupa tu..." Lin mengingatkan.
"Ye ...tu aku tahu.....mungkin aku belum bersedia..?" Fadzila mengeluh.
"Dah lah aku nak mandi..lain kali je la aku bercerita...." Fadzila akhirnya menamatkan perbualan. Malas dia nak berpanjangan bercerita hal yang takde kesudahannya

************************************************************************

“Hai Ila…” Sadz melabuhkan punggungnya disebelah Fadzila yang sedang khusuk menonton drama kegemarannya. “Hai…dah lama kau tak terperap kat rumah. Hari ni tak keluar” Antara ikhlas dengan tidak.
“Well…burung pun ada sangkarnya.Lagipun burung ni belum tentu lama lagi tinggal di rumah ni so kenalah puas-puas duduk kat umah dulu” Sadz bersuara. “Fadzila tersenyum kelat. Tidak mengerti maksud yang tersirat disebalik kata-kata Sadz. “Macammana dengan hubungan kau dan Abang Iz? Takkan takde perubahan? Kesian aku tengok Abang Iz tu..dah lama dia menantikan kau..kenapa kau tak terima je dia? Tengok macam aku ngan Abang Azhar..bahagia..tak sangka kan ..rasa macam mimpi tau Ila. Aku ingat aku takde peluang untuk merasai kasih sayang seorang lelaki.”
Terusik hati Fadzila mendengar kata-kata sahabatnya. Dia sedar hubungan Sadz dan Azhar bukan main-main. Mereka seakan merpati dua sejoli…bagaikan belangkas. Kasih mereka sungguh kukuh. Tak mungkin Fadzila tergamak untuk merosakkan kebahagiaan mereka.
“Sadz..Ila…rancak nampaknya..apa yang kau orang bualkan. Tak ajak aku join pun?” Lin tiba-tiba mencelah perbualan mereka. Sedari tadi gadis itu memerap didalam biliknya. Entah apa yang dilakukannya. Hanya dia yang tahu.
“Takde apa..kami hanya berbual kosong je…duduklah sini..yang kau memerap dalam bilik tu buat apa?” Lin hanya tersengih mendengar kata-kata Sadz.
“Aku ada berita baik untuk korang, kau orang sahabat aku dari dulu lagi…aku nak beritahu berita baik dengan korang ni” Sadz membuatkan sahabatnya tertanya-tanya.
“Aku dengan Abang Azhar akan bertunang minggu depan!!” Terlopong kedua-dua sahabat mendengar berita dari Sadz. Fadzila merasakan seolah-olah halilintar menggegar bumi mendengarkan berita itu. Mukanya terasa panas. Lin yang seakan faham perasaan Fadzila hanya mampu untuk memandang. Tidak menyangka secepat itu mereka akan bertunang. Sedangkan umur mereka masih setahun jagung lagi. Belum mencapai umur 20-an pun. Malahan mereka sama-sama sedang menunggu panggilan untuk melanjutkan pelajaran di IPT.
“Kau orang macam tak happy je mendengar berita ni” Sadz bersuara lagi setelah mendapat reaksi negative dari kedua-dua sahabatnya.
‘Eh..eh..tak la kami sudah tentu gembira. Bukan ke kegembiraan kau kegembiraan kita bersama” Fadzila cuba tersenyum semanis yang mungkin. “Ye la Sadz ni. Kitaorang Cuma terkejut sebab tak sangka secepat ini” Lin menyokong kata-kata Fadzila. “Apa pun kami doakan semoga hubungan kamu akan berkekalan sehingga ke akhirat nanti.”
Fadzila menahan sebak dihatinya demi seorang sahabat. Memang terbuktilah kini Azhar tidak akan menjadi miliknya. Mulai saat ini dia akan terus melupakan perasaannya pada Azhar. Dia harus terima hakikat ini. Lagipun memang silapnya sendiri. Tidak berterus-terang dari awal perkenalan mereka lagi. Dulu sebelum Sadz rapat dengan Azhar sering juga mereka keluar sekadar bersiar-siar. Itupun bukan mereka berdua sahaja tetapi Sadz dan Abang Azhar pun ikut bersama. Mereka makan bersama-sama. Bermain air digigi pantai Klebang. Memang pada mulanya dia selalu bergandingan dengan Abang Azhar. Dan lelaki itu melayannya dengan baik sekali. Setiap butir bicaranya memikat hati. Perbualannya diselang selikan dengan cerita-cerita ceria, lawak jenaka dan gurau senda. Membuatkan hati Fadzila begitu tertarik. Tetapi entah dimana silapnya hubungan mereka mulai renggang setelah Abang Iz meluahkan perasaannya pada Fadzila. Setiap kali mereka keluar, Azhar akan menjauhkan diri dari Fadzila. Malahan lebih senang bergandingan dengan Sadz. Kini berita yang baru diterima amat mencengkam perasaannya. Sahlah harapannya akan terkubur begitu sahaja.

Perlukah dia merelakan segalanya…..



Suratan Atau Kebetulan...? (Episod 1)



"Bangun!!!!!..." Kedengaran nyaring suara gadis itu mengejutkan penghuni bilik itu.

"Mmmm..apa ni sadz...orang mengantuk lagi la...kacau betul" rungut lin kerana tidurnya diganggu.
"Entahlah sadz ni orang baru nak masuk bab pegi dating ngan Brad Pitt ni, kacau betul", Fadzila pula menambah.
"Eh..anak dara 2 orang ni...tak reti-reti nak bangun..dah pukul berapa ni? kata nak pergi Tanjung Bidara..lewat nanti..dah le kita nak naik bas kalau naik kapal terbang ke..takpe juga...takpun ada kenderaan sendiri...bangun lah woi", Sadz, gadis genit itu menyambung.
"Tanjung Bidara!!?", sahut lin dan Fadzila hampir serentak.


Hari ini tiga sahabat itu telah berjanji untuk pergi ke Tanjung Bidara bersama. Langit kelihatan cerah dengan suara unggas berkicau riang menandakan cuaca baik hari ini. Mereka sampai ketika jam menunjukkan hampir pukul 11.00 pagi.

Kelihatan ramai pengunjung disitu. Kebanyakkan mereka adalah dari kalangan yang berkeluarga. Kanak-kanak berlari riang meredah ombak yang menghempas lembut. Udara yang segar, pemandangan yang cantik dengan batu-batuan disitu menambahkan lagi daya tarikan dipantai Tanjung Bidara ini.

Fadzila, Lin dan Sadz berjalan menyusuri pantai. Menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi.

"Eh..kau lihat tu, mereka asyik memandang kearah kita dari tadi," Ujar Lin kepada kedua-dua sahabatnya. " Ye la, ala...biasalah tu...kau tu lawa sangat." Fadzila mengusik Lin yang sememangnya pantang diusik, merah padam muka menahan malu.
"Pandailah kau" Lin menjawab. Sadz yang dari tadi mendiamkan diri masih tidak bersuara. Hanya mengangguk tanda setuju.
Mereka kemudian mengambil keputusan untuk bermandi-manda dipantai itu, bergurau senda, ketawa riang...tanpa menyedari dua pasang mata memerhati kearah mereka.
Tanpa disangka-sangka cuaca yang cerah tadi mula bertukar wajah. Langit mulai mendung dengan angin bertiup semakin kuat. Pengunjung-pengunjung yang bermandi-manda mula meninggalkan pantai. Termasuklah ketiga-tiga sahabat tadi. Hujan mula turun mencurah-curah.
"Tak sangka kan..tadi cerah bukan main, tiba-tiba je hujan." Ujar Fadzila terketar-ketar menahan kesejukan. Mereka berlindung dibawah pondok dimana mereka meletakkan beg pakaian yang dibawa.
"Hujan rahmat kot." Lin menambah.
Hampir 30 minit kemudian, hujan mula berhenti. Mereka bertiga menuju ke gerai makan untuk mengisi perut. Sedang mereka asyik menikmati makanan yang dipesan tadi..kedengaran suara seseorang menegur.
"Assalamulaikum…adik-adik semua..hmmm tengah..makan ke.?" Sapa seorang pemuda yang entah bila dan dari mana datangnya. Disisnya berdiri seorang jejaka tampan berkulit cerah. Mungkin kawannya.
"Eh..taklah..kitaorang tengah tidur ni," Lin menjawab. Huh boleh tahan juga anak dara sorang ni. Berani dia buat lawak bodohnya.
Pemuda itu hanya tersenyum memandang. Tanpa dipelawa mereka menarik bangku dan duduk semeja dengan mereka bertiga.
"Saya Azhar dan ini kawan saya Azizan," Pemuda yang menyapa tadi memperkenalkan dirinya. Matanya tajam merenung Sadz yang berada betul-betul dihadapannya. Senyap..tiada respon dari ketiga-tiga sahabat itu.
"Macam tak sudi berkenalan dengan kami je," Pemuda yang bernama Azhar tadi menambah, manakala temannya hanya mendiamkan diri.
"Sebenarnya dari tadi kami memerhati cik adik bertiga ni, maaflah kalau mengganggu, kami ni sebenarnya hanya nak berkenalan, itupun kalau sudi." Rendah nada suaranya seakan meraih simpati.
Ketiga-tiga sahabat itu hanya memandang antara satu sama lain. Akhirnya salam perkenalan diterima oleh ketiga-tiga gadis itu.

"Eh, ila kenapa termenung je ni?" sapa lin membuatkan Fadzila tersentak. Hilang terus segala apa yang dikenangkannya tadi.
"Lin, terkejut aku. Takde apa-apalah." Ila menjawab.
"Kalau takde apa-apa takkanlah kau termenung...cubalah cerita pada aku apa masalah kau sebenarnya."
"Takde apa-apa aku Cuma teringat masa mula-mula kita mengenali abang Azhar dan Azizan…”
“Ohhh kau rindukan abang Iz ke? Hei..cinta dah berputik ye?”

“Lin, kau takkan faham…memang aku dah jatuh cinta...”Fadzila bersuara perlahan.
"Ila ceritalah..kalau aku boleh tolong aku tolong..ni mesti pasal abang Iz kan..baguslah kalau kau dah boleh terima dia…sejak bila kau jatuh cinta dengan dia ha…dulu bukan main lagi kau tolak cintanya mentah-mentah..nak bersahabat je konon ?". Lin mengusik.

Lin..kalaulah kau tahu apa yang tersirat dihatiku pasti kau akan terkejut, pasti kau akan mengatakan aku kawan yang makan kawan. Hati Fadzila berkata-kata sendiri . Memang aku telah jatuh cinta tapi bukan dengan Abang Iz seperti yang kau fikirkan. Walaupun lelaki itu sering melayanku dengan baik dan tidak pernah berputus asa untuk merebut hatiku, namun hatiku belum terbuka untuknya. Aku tidak tahu kenapa sukar untuk ku menerima cinta yang dihulurkan. Hampir setahun perkenalan dengan Abang Iz. Pada mulanya aku tidak menyangka lelaki itu menaruh hati padaku. Sehinggalah suatu hari ketika kami bertemu di tempat dimana buat pertama kalinya kami bertemu..pantai Tanjung Bidara. Disitulah segala rahsia hatinya padaku diluahkan. Tapi apakan daya hatiku belum dapat menerima cintanya.

“Ila...ila...tu pun jadi masalah ke..kan dia pun sukakan kau apa lagi…” Lin bersuara mematikan lamunannya.
"Entahlah Lin, aku tak tahu...sukar untuk aku meluahkannya. Memang aku dah jatuh cinta …tapi cintaku bukan untuk Abang Iz..itu yang merunsingkan aku.”
“Eh..kalau bukan dengan Abang Iz dengan siapa lagi? Setahu aku kau mana ada kawan lelaki lain..apatah lagi yang rapat macam Abang Iz tu.” Tanya Lin kehairanan. Risau melihatkan kekeruhan diwajah sahabatnya itu. Entah apa yang tersirat dihatinya Lin sendiri tidak faham.
Fadzila masih keliru dengan perasaannya sendiri. Dia kesal mengapa hatinya bukan untuk Azizan.
“Lin aku ingin dicintai dan menyintai…tapi malangnya aku menyintai seseorang yang tak mungkin menjadi milik aku…dan ‘dia’ bukanlah Abang Iz…dan ‘dia’ tak mungkin menyintaiku…” Fadzila mula tersedu menahan rasa hati yang bergolak dijiwanya kini.
“Aku tak berdaya melupakannya…aku telah terlanjur………” Fadzila tidak dapat meneruskan kata-katanya. Hatinya dipagut pilu. Jiwanya merana.

Siapakah sebenarnya yang kau cintai….apakah rahsia disebaliknya……?


Monday, February 9, 2009

MEMORI CINTA LUKA



“Sesungguhnya aku tidak bertahan lagi menanggung rasa malu. Malu pada keluarga dan rakan sekerjaku. Dulu memang aku berbangga memiliki Zaki. Seorang doktor dan suami yang penyayang. Aku tak pernah pedulikan sindiran rakan-rakan sekeliling atau bantahan keluarga. Asalkan aku dapat hidup bersama Zaki.”Azwana melihat kembali album lama. Zaman dia dan Zaki disatukan. Tapi itu dulu. Itu hanyalah lakonan semata-mata yang dibuat Zaki.

Dia mengenali Zaki melalui seorang rakan karibnya Sally sewaktu menghadiri majlis makan malam yang diadakan oleh syarikat tempat kerja Zaki di sebuah hotel di Putrajaya. Kerana sikap peramah, senyuman manis ditambah kacamata membuatkan Azwana tertarik untuk berbual dengan Zaki.
Peringkat awal perkenalannya dengan Zaki hanya biasa saja. Cuma Sally yang beria-ia mahu ketemukan Zaki dan Azwana. Tapi Odah kawannya juga sibuk memperkatakan keburukan Zaki. Ini membuatkan Azwana sedikit keliru.

“Alah tak payah kacau le Wana. Tak payah berangan habis?”Odah memerli lagi dengan skirt singakat dan terbelah ditepi. Mekap yang dihias tebal, dilengkapi bulu mata lentik membuatkan ramai mata memandang. Tak kurang pula Sally yang hanya berbaju sendat bertali halus menampakkan pusat. Ini seolah-olah membuatkan Sally ratu dalam hotel tersebut.

“Kenapa pula Odah. Ke kau yang dengki. Maklumlah aku nampak kau yang tergedik sakan. Seolah-olah dah lupa kau dah ada Izat. Kau tu tunangan orang?”Azwana memerli. Odah buat-buat tak dengar pula.
“Aku saja je. Lagipun dari perhatian aku yakin si doktor tu buaya besar. Pastu dari apa yang aku dengar dari Hasnah, Faridah bahawa Zaki tu suami orang!”
“Eh! Betul ke?”Azwana sedikit terkejut. Minatnya sedikit pudar pada Zaki yang betul-betul sempurna sebagai lelaki. Zaki memang kacak sangat malam itu. Perempuan ramai menjeling mata ke arah pemuda Johor itu. Sempurna sebagai lelaki.

“Eh! Mana ada Wana. Odah ni sengaja bawa mulut. Odah sebenarnya dengki. Maklumlah Izat kan dok kat luar negara sekarang.”Tiba-tiba Sally terdengar perbualan itu.
“Aku tahu sangatlah siapa Zaki tu. Miza, Awa, Amira, Tania bahkan ramai lagi yang beritahu aku Zaki tu kaki perempuan. Bahkan sebelum dia kahwin dengan Afza dia pernah kecewakan hati Adriana. Bahkan Adriana nyaris bunuh diri kerana di doktor tu. Balik berubat kat Sabah. Entah-entah…”Pantas Odah memberitahu segalanya.
“Hei! Aku dah ada Zek le. Buat apa aku nak cuba lagi. Aku nak tolong Wana. Lagi pun memang Zaki ada minat kat Wana.”
“Aku tak sanggup menjadi perampas suami orang!”kata-kata Azwana membuatkan Odah tersenyum. Sally pula menarik muka masam. Terus berlalu dari situ.

Walau bagaimanapun selepas majlis makan malam itu berlalu Azwana tak mahu apa-apa ikatan terjalin dengan Zaki. Bila mengingatkan kata-kata Odah dia jadi takut. Apatah lagi pesan keluargaa supaya tak memilih suami orang sebagai teman hidup masih segar dalam ingatan. Pakcik Fazrul dan pasangannya Sharifah pasti marah bila anaknya jatuh ke tangan suami orang.
Panggilan telefon dari Zaki ketika Azwana di pejabat betul-betul mengejutkannya. Dia masih ingat lagi dalam keterpaksaan dia memberi nombor telefon pejabat pada Zaki. Ini pun kerana Sally yang beria benar. Tapi Azwana cuba mengelak untuk bercakap panjang dengan Zaki. Tapi dia rasa berdosa buat Zaki begitu. Apa salah dia nak sakiti hati Zaki yang baru dikenali dua hari yang lalu. Layanan dia mungkin sebagai seorang kawan. Sally pun tumpang gembira bila Zaki selalu menghubungi Zaki di pejabat. Tapi bila melihat layanan Azwana dia sedikit gelisah.

“Kenapa dengan kau ni Wana. Setiap kali Zaki telefon kau macam nak lari saja?”Tanya Sally seperti selalu.
“Kan dia tu suami orang. Tak ada faedahnya aku rapat sangat dengan dia.”Jawab Azwana bersahaja.
“Kesian Zaki. Dia tu ada hati kat kau. Dia menyintai kau sepenuh hati!”Ujar Sally lagi.
“Eh! Tolong sikit. Aku tak mahu jadi perampas suami orang tau!”Azwana meninggikan suara kerana tak bersetuju dengan kata-kata Sally. Sally pula tak putus asa. Dia terus bercerita panjang semata-mata nak ketemukan segera jodoh mereka berdua. Kata Sally, Zaki tak bahagia dengan isterinya Afza. Sudah lima tahun mereka kahwin tapi isterinya tak juga beranak. Sedangkan Zaki inginkan anak.
“Siapa yang salah? Zaki atau isterinya?”Tanya Azwana sedikit berminat.
“Isterinya mandul!”Lancang mulut Sally.
“Mana kau tahu wahai Sally?”Azwana inginkan penjelasan.
“Alah! Zaki sendiri yang beritahu aku macam tu. Lagipun kawan Zaki si Syukra tu aku kenal sangat. Apatah lagi si Syukri.”Balas Sally dengan yakin. Namun Azwana terfikir juga, mungkin itu sekadar alasan seorang lelaki. Alasan untuk berkahwin lagi satu. Tapi Azwana memang tak mahu ambil tahu lebih lanjut masalah Zaki dan Afza. Itu masalah mereka.

Dalam pada itu, Zaki masih lagi berterusan menelefon Azwana di pejabat. Tak lebih dari itu jambangan bunga sentiasa memenuhi meja Azwana. Mungkin Zaki tak tahu nombor telefoon rumah. Kalau tidak tentu malam-malam pun dia akan menganggu diri Azwana.
Suatu hari Zaki mendesak untuk bertemu dengan Azwana. Mulanya dia menolak. Tapi rayuan berulang kali membuatkan Azwana tewas. Dia tak berdaya untuk menolak lagi.
“Mungkinkah dengan pertemuan ini biarlah aku berterus terang supaya Zaki tidak mengganggu aku lagi. Kalau dia ingin berkahwin lagi dia carilah wanita lain.”Azwana tekad.

# # #

“Wana! Zaki betul-betul berharap ni. Biarlah Zaki berterus terang. Zaki ingin mengambil Wana sebagai isteri kedua!”Betulkah apa yang Azwana dengar itu. Dia terkejut dan tak menduga hasrat yang lahir dari lelaki kacak itu. Sebelum Azwana sempat berterus terang akan niatnya untuk menjauhkan dari lelaki itu, Zaki terlebih dahulu menyampaikan kemahuan hatinya.
“Aku memang ada masalah dengan Afza. Lima tahun kami berkahwin. Afza tak dapat mengandung. Dia hidap kanser rahim. Dia tak mungkin bagi anak padaku. Tak mungkin bagi zuriat dari darah dagingku ini.”Zaki bersuara sedih. Penuh teratur dan betul-betul menagih simpati. Merintih sedih.

“Sabar Zaki! Ini semua tetentuan Ilahi.”Entah mengapa naluri kewanitaan Azwana terasa. Bahkan di depan Zaki dii menitiskan air mata. Zaki seterusnya menyapu airmata yang keluar dari kelopak mata cantik Azwana. Azwana pula merasa hebatnya layanan Zaki. Dia tak tahu kenapa. Yang pasti setelah mendengar cerita Zaki dia menjadi betul-betul kasihan pada Zaki. Bahkan dia menjadi lembut hati untuk menerima seadanya kehadiran Zaki dalam hidupnya.
Pertemuan itu membuatkan makin hari makin sayang rasa cinta pada Zaki. Pertemuan seterusnya memberikan jawapan bahawa Azwana bersedia untuk menjadi isteri kedua Zaki.

“Terima kasih Wana. Kau seorang yang sungguh baik. Usia bukan penghalang buat kita. Apatah lagi hajat kita ini direstui Afza. Direstui semua orang,”Zaki terus mengucup tangan Azwana berulang kali.
Namun bantahan dari keluarga tetap tak dipedulikan oleh Azwana. Berulang kali pak Fazrul dan makcik Sharifah memarahi Azwana. Namun sedikitpun tak dihiraukan. Begitu juga nasihat Odah, Hasnah dan rakan-rakan sepejabat. Cuma Sally saja yang terus memberi sokongan padu. Hanya Sally yang memahami. Sally kawan yang baik.

“Kau orang ni dia nak bina masjid kau patut sokong!”Marah Sally pada teman-teman. Yang lain menarik muka masam.
Bagi Azwana apa lagi yang dia perlu fikirkan. Kawan baik menyokong itu dah cukup. Memandangkan usianya juga telah mencecah 40 tahun. Kalau bukan Zaki siapa lagi yang mahu padaya. Zaki datang membawa cinta. Cukuplah Zaki sayang padanya itu dah memadai.

Akhirnya Azwana dan Zaki disatukan sebagai suami isteri. Sungguhpun ramai yang tak bersetuju namun semua redha dengan pilihan itu. Sally tersenyum puas melihat kawan baiknya bersanding atas pelamin indah. Setelah berkahwin Zaki mengajaknya tinggal di rumah yang didiaminya sekarang. Bahkan dalam masa yang sama Afza telah pulang ke kampung dan tinggal dengan keluarga. Mungkin kecewa dengan sikap Zaki. Timbul pula rasa kasihan di hati Azwana. Namun Afza kena terima hakikat dirinya kini bermadu.

Maka tinggallah Azwana dan Zaki suami isteri di kota. Sebelum berkahwin dengan Zaki, Azwana memang banyak harta. Azwana telah memiliki sebuah rumah dan kereta sendiri. Gaji bulanan yang dia dapati hanya untuk membiayai dirinya sendiri. Tak perlu dengan bantuan keluarganya kerana mereka juga orang senang. Zaki menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.
Selepas lima bulan hidup bersama Zaki, suaminya bercadang untuk menjual kereta lamanya dan membeli kereta baru. Zaki minta Azwana membantunya dengan menambah wang yang tidak mencukupi.

“Apa salahnya Wana membantu abang. Kereta abang kereta Wana juga,”Akhirnya Azwana bersetuju mengeluarkan wang sebanyak RM40000 untuk membantu Zaki membeli kereta baru. Zaki betul-betul gembira dengan isterinya itu.
Sebulan selepas itu, Zaki pula bercadang untuk membeli sebuah rumah lagi. Dia meminta Azwana menjual rumah lama dan hasil jualan itu boleh digunakan untuk membeli rumah baru. Tapi Azwana tidak bersetuju dengan cadangan Zaki itu dan meminta agar dia berfikir dahulu.

“Kau jangan jadi gila Wana!”Lancang mulut Odah bila suatu hari dia memberitahu cadangan Zaki. Sesekali Odah melihat ke arah Sally yang sedang menggoda pekerja baru di syarikat. Nash merasa serba salah menghadapi situasi baru itu.
“Kau jangan mengikut kemahuan Zaki itu. Kalau terjadi apa-apa antara kau dan Zaki sekurangnya kau ada rumah sendiri.”Hasnah pula tekun menasihati Wana pula. Azwana terpaksa mengikut nasihat rata-rata rakannya itu. Tapi Sally tetap menyokong Azwana. Azwana memerlukan sedikit masa untuk menilainya.
Rupanya nasihat rakan sepejabatnya ada kebaikan juga. Setelah memiliki kereta baru, Zaki mula buat perangai. Dia jarang pulang ke rumah dan masa untuk bersama Azwana semakin berkurangan.
“Wana! Kalau aku bagi tahu sesuatu kau jangan marah!”Odah sedikit membuka mulut. Dia berpalingn kepada Hasnah.
“Sebenarnya Zaki dah ada wanita lain. Aku nampak mereka tadi di Sogo. Berpegangan tangan.”Hasnah berterus terang.
“Tidak! Aku tak percaya!”Azwana marah. Lalu terus berlalu dari situ. Terkedu kawan-kawan dibuatnya. Tapi disebabkan hatinya tak pernah rasa tenang sejak mengetahui perkara itu suatu hari Azwana mengambil keputusan bersemuka Zaki. Pergaduhan juga berlaku.

“Memang! Memang abang ada wanita lain!”Akhirnya Zaki mengaku dia mempunyai wanita lain dalam hidupnya. Betapa hancur luluh hati Azwana. Dunia terasa gelap gelita.
“Aku sayangkan Fredica. Dia akan masuk Islam. Aku kena bantu. Bahkan kami akan berkahwin tak lama lagi. Aku inginkan anak. Kahwin dengan kau apa yang aku dapat. Kau tu dah berumur!”Suara Zaki lantang. Pedih sungguh hati Azwana. Kata-kata itu seolah menghinanya. Dia terus menangis lagi.
“Dalam tempoh perkahwinan kita kau tak de tanda-tanda akan mengandung. Usia kau dah tua sebab tu lambat dapat anak. Rumah yang aku minta tak dapat.”
“Tapi bang Wana dah berusaha bermacam-macam cara untuk mengandung. Tapi tak ada rezeki lagi. Pasal rumah tu Wana akan bagi kalau itu yang abang mahukan!”Balas Azwana sambil mengesat air mata yang laju menuruni pipi.
“Ah! Sudah terlambat. Kalau macam tu lebih baik kita bercerai saja. Aku ceraikan kau dengan talak satu!”Zaki melafazkan kata itu sebelum beredar. Azwana jatuh ditepi kerusi. Lama dia meratap nasib diri.

“Wana!”Tiba-tiba ada satu suara memangggil.
“Odah!Azwana bersuara lemah dan terus memeluk rakannya.
“Aku dah diceraikan Zaki!”
“Sabar Wana!”
“Aku memang menyesal berkahwin dengan Zaki. Mungkin ini kerana aku tak dengar nasihat orang lain termasuk keluargaku. Baru aku tahu dia kahwin dengan aku kerana harta.”
“Syukurlah Wana. Kau tak terus menjadi mangsa Zaki. Kau tak layak kahwin dengan Zaki dari dulu lagi. Zaki memang lelaki pisau cukur.”Odah menangis juga.
“Mujur aku tak sempat menjual rumahku. Kalau tak apa lagi yang ada padaku. Oh! Tuhan aku betul-betul bersyukur padamu.”
“Wana sebenarnya Afza juga telah diceraikan Zaki sebelum kamu kahwin lagi. Afza bukan sakit. Ini hanya rekaan Zaki. Dan Sally juga merupakan dalang dalam hal ini. Mereka telah berpakat memiliki harta kau.”

“Ya Allah Sally! Zaki kau tak pernah puas. Dia memang mata duitan. Bukan cinta sejati sebagai mana aku terlalu menyintainya. Dan aku sangat kesal kawan baikku Sally rupanya musuhku selama ini.”Azwana tak dapat meneruskan kata-kata. Lemah dalam pelukan Odah. Jauh di sudut hati moga Zaki dan Sally akan menerima balasannya.

---TAMAT---


BIARLAH RASA CINTA ITU PERGI


“Ya Allah! Tabahkan hatiku menghadapi dugaan cinta yang entah bila akan berlalu dan pergi dari sekeping hati yang sedang kecewa. Puas kupujuk hati agar dapat melupakan perasaan cinta itu padanya. Namun acapkali aku telah memungkiri. Aku menjadi lemah dan tak mampu untuk menolak badai cinta yang tiba-tiba datang di saat aku kembali diketemukan setelah bertahun berlalu. Masih menyintainya sebagaimana zaman pertemuan pertama di universiti dulu. Tak dapat kubayangkan bahawa aku terlalu menyintainya…”Hati kecil ini merintih lagi. Mengenangkan pertemuan kedua kali ini. Pertemuan yang masih membuatkan hati May kaku. Kelu untuk meluahkan kata cinta yang dipendam sejak zaman kampus lagi. Tak terluah hingga kini menyatakan dia mencintai insan yang bernama Syed Izat.

“Perasaan cinta ini datang lagi Wana. Bahkan semakin parah. Apatah lagi disaat aku ingin memberitahu kata itu yang tak terluah lagi. Tapi sayang jantungku bagaikan direntap dari tangkai hati. Rupanya…”

“May! Maafkan aku juga. Aku tak sepatutnya membawa kau ke sini. Aku pasti kau akan bertemu dengannya di sini. Apatah lagi semua ini bagaikan dirancang kawan-kawan. Aku yakin kau tak dapat mengawal perasaanmu.”
“Tidak Wana! Aku datang ke Melaka ini pun kerana aku mahu sangat berjumpa dengan keluarga angkatku. Setahun lebih aku tak jumpa dia orang. Dan aku sudah tekad, andai aku diketemukan lagi dengan pujaanku ini aku harus tabah.”

“May! Aku tahu kau tak mampu sebenarnya menempuhi badai ini. Walaupun kau ingin menjadikan dirimu seteguh batuan di Tanjung Bidara sekali pun aku yakin kau kan tewas jua.”


“Entahlah Wana! Memang aku kecewa. Memang aku merana lagi. Nasib baik ada kau yang masih sudi mendengar luahan ini. Mungkin juga kau dah jemu. Memang aku kecewa tak menyatakan kesungguhan cinta ini walaupun aku yakin cintaku hanya bertepuk sebelah tangan. Kini aku sedar siapalah aku. Salahkan aku kerana membenci cinta. Membenci cinta lantaran satu perasaan yang tak mampu kubuang jauh.”

“May! Aku tahu semua itu. Kau tak patut membenci dia. Dan membenci cinta yang lahir. Cinta yang lahir itu suci dan tak boleh dipaksa. Cuma kau saja yang tak meluahkan rasa cinta itu.”

“Kerana lelaki itu air mataku ini tak putus-putus mengalir. Bicara aku mati jua. Dan aku tak henti-henti menangis semenjak kehilangannya. Baru ku cuba merawat luka aku merana lagi kerana satu pertemuan semalam. Ini bermakna meranaku jua akan berpanjangan..”
“Katakan saja padanya. Luahkan saja kau menyintainya. Kau hanya memendam rasa selama ini. Luahkan segalanya.”
“Hajat ku memang untuk meluahkan segalanya kali ini. Namun aku sudah terlewat. Faridah jua adalah kawanku…”
“Jangan menangis May.”

“Faridah kawanku jua memang menaruh harapan yang tinggi. Dan aku yakin dia akan memiliki cinta yang aku mahu terlebih dahulu. Aku sudah terlewat. Sia-sia saja aku berangan untk memiliki dia selama ini.”

“Patutlah Faridah beria benar mahu ke Melaka. Rupanya ada udang di sebalik batu. Ingin menemui pujaan hatinya. Atau mereka sememangnya saling meminati sejak dari universiti lagi. Bercinta sudah lama. Aku tahu Faridah cantik, seksi dan seorang yang berani untuk menyatakan cinta. Tapi aku hanya bermain dengan perasaan saja sepanjang mengenali Izat.”

“May kau jangan layan perasaan sangat. Takkan kau tak tahu dengan pertemuan pertama. Izat betul-betul terkejut dan gembira berjumpa denganmu. Mahu bergurau senda seperti dulu. Dan aku yakin Izat juga berada disituasi yang sama. Kamu berdua masing-masing memendam perasaan. Malu untuk meluahkan kata itu. Tidak mahu dengan luahan itu akan menjejaskan hubungan persahabatan yang dibina sejak dulu. Malu pada kawan-kawan bila kamu digosipkan bercinta.”

“Entahlah! Aku pun tak tahu. Tapi kau tahu tak perasaan aku masa itu. Aku sakit hati bila Faridah dengan seksinya melayan Izat. Tergambar keceriaan di wajah Faridah. Dengan lentok dia terus bergurau dengan Izat. Sampai aku di belakangnya di pandang sebelah mata. Aku cuba tabahkan hatiku masa itu.”

“Aku faham May.”
“Memang aku sakit hati. Tapi dalam masa yang sama aku harus jaga persahabatan antara aku dan Faridah. Tapi dalam masa yang sama aku puas. Puas dapat curi-curi melihat wajahnya yang aku puja selama ini. Ternyata setahun lebih aku tak jumpa dia makin kacak. Wajah itulah yang sering mengganggu tidur malam ku selama ini. Wajahnya dan namanyalah jua yang kutulis dalam diari sepanjang berada diuniversiti. Tak puas ku tatap wajahnya. Itulah kebahagiaan yang sebenarnya aku rasakan.”
“Dan aku dapat rasakan dia juga rindukan kau. Rindu mahu bergurau dengan kau. Memang aku nampak semuanya. Cuma kau saja tak melayannya.”
“Aku tak boleh menurut hati melayannya. Sebab setiap tingkah langkahnya adalah melibatkan hatiku. Setiap langkah dan perbuatan maka setiap itulah degupan jantungku berdetik. Jadi berdiam diri adalah langkah terbaik aku rasakan.”

“May! Sampai bila lagi kau harus pendam perasaan. Tamatkanlah saja di sini. Aku kalau boleh ingin lihat kau bersatu. Aku kesian juga tengok Izat itu masih mengusik kau. Adrian sendiri cakap dia terdengar Izat bergurau ingin menciummu.”

“Memang dia mahu menciumku. Tapi itu hanya gurauan. Kalau benar sekalipun aku tak sanggup. Kerana aku akan merana. Tengoklah sampai berakhir pertemuan hari itu dia seolah-olah tak puas bergurau dan menegurku. Tapi aku terpaksa tidak melayan kehendak hati. Makin layan makin parah hati ini. Kerana ku tahu selama ini lelaki itulah jua yang membuatkan airmataku tak henti jatuh ke pipi..”

“Sempat lagi dia bercerita pasal SMS rindu itu. Kau dan dia rupanya main SMS luahkan rasa rindu selama ini.”

“Ah! Itu hanyalah gurauan dalam persahabatan. Biasalah sejak habis belajar hanya SMS peneman setiaku. Melepaskan rindu yang bersarang.”

“Dia membalas bermaksud dia juga menerimamu May!”

“Mana ada! Dan aku tak sangka Faridah mendengarnya. Mungkin jua Faridah mendendamiku. Ah! Tidak. Aku bukan bercinta apatah lagi menjadi kekasih Izat. Faridah adalah terbaik buat Izat. Bahkan malam itu aku dah berjanji dengan Faridah bahawa aku rela berundur. Membiarkan ikatan antara mereka erat tanpa adanya aku. Tak mahu perasaan Izat berbelah bagi. Aku rela demi seorang kawan. Aku tak mahu bersaing utnuk memiliki cinta seorang lelaki. Walau pun hakikatnya aku dah kecewa bertahun lamanya.”May meluahkan segalanya pada teman baiknya Wana petang itu. Namun sekali lagi perbualan itu dikejutkan oleh satu panggilan telefon dari Faridah. Katanya ada hal penting yang ingin disampaikan pada semua.


# # #
Dari jauh lagi May dan Wana melihat Faridah dan Izat berpegangan tangan sambil melambai ke arah mereka yang sedang menanti. Hati May berdegup kencang. Dengki akan hubungan mereka.
“Hei! Sorry le lewat.”Pinta Faridah sambil memeluk May dan Wana. Izat hanya tersenyum sinis melihat gelagat semua.
“Apa yang penting sangat itu Faridah!”Wana bertanya.
“Kau tahu tak. Minggu depan Izat akan datang melamar aku. Dan kami akan berkahwin tak lama lagi!”Faridah meninggikan suara sambil memeluk May..May jadi terkejut. Tak sangka semua in boleh berlaku. Dah sah semuanya sudah berakhir. Izat dan Faridah sebenarnya bercinta dalam diam.

“Betul ke Izat?”Wana inginkan kepastian. Namun dibalas oleh satu senyuman oleh Izat.

“Takkan aku nak tipu. Alah kita dah lama kenal le. Masa semester pertama universiti lagi. Sekarang aku cadangkan Izat masuk meminang aku le sebab aku tak mahu Izat jatuh ke tangan orang lain. Memang selama ini aku menyintai Izat. Dan semuanya telah aku luahkan.”
“Tahniah Faridah!”
“Terima kasih Wana, May!”Sekali lagi Faridah memeluk May dan Wana.
Namun disebalik kegembiraan itu rupanya ada hati sedang berduka lara. Mahu saja May pergi dari situ. Berlari sepuas hati. Memijak pasir di Tanjung Bidara itu. Bertempik sepuas hati. Menangis tak berlagu. Mengkhabarkan pada dunia bahawa kekasih yang dipuja diambil orang.

# # #


“May! Kau buat apa kat sini!”

“Izat!”May sedikit terkejut dengan pertemuan yang tak disangka itu. Dia cuba menyembunyikan resah dihati.
“Kenapa duduk di sini!”
“Saja duduk di sini. Ambil angin petang katakan. Esok nak pulang semula ke Kuala Lumpur.
“Mana Wana, Adrian dan lain-lain.”
“Dia orang ada kerja. Jadi saya datang sorang saja. Seronok datang ke sini. Tempat ini banyak menyimpan sejarahkan. Dulu masa program keluarga angkat ramai-ramai ke sini. Tapi esok dah nak balik dah…”

“May! Sebenarnya ada sesuatu yang ingin Izat sampaikan..”Kata-kata Izat itu membuatkan hati May gementar. Entah mengapa dia merasakan bahawa Izat sudah mengetahui akan hajat hatinya yang memendam rasa. Ataupun untuk memberitahu akan pertunangannya dengan Faridah akan dipercepatkan. Atau menyuruh dirinya membantu mereka membuat persiapan pertunangan mereka.

“Apa dia Izat cakap sajalah?”May cuba setenang mungkin.”
“Indahkan hidup ini andai apa yang kita citakan akan menjadi kenyataan.”Izat memulakan bicara sambil memandang May. May tertuduk malu.
“Apa maksud Izat?”
“Izat pun tak tahu sebenarnya. Cuma Izat betul-betul nak tanya. Betul kah sepanjang kita berkawan ini May hanya memendam rasa pada seseorang.”Soalan yang ditanya bagaikan Izat sudah mengetahui akan isi hatinya.”

“Ada! Tapi sebagai seorang kawan saja. Sebab May belum jumpa yang sesuai. Biasalah kawan-kawan saja. Tak macam Izat dan Faridah yang berani meluahkan kata cinta dan menjadi pasangan bahagia. Tak lama lagi akan bertunang. Tahniah sekali lagi diucapkan.”

“Tapi bagai mana perasaan May terhadap Izat?”Soalan kali ini bagai merentap jantung hatinya. May cuba setenang mungkin. Merah mukanya kali ini. Melontarkan jauh pandangan ke arah lautan.

“May! Katakan saja. Katakan saja selama ini May ada menaruh perasaan dalam diam.”Izat betul-betul memaksa.
“Mustahil!”
“Kebenaran sudah terbukti May. Jangan cuba nak sembunyikan perasaan itu lagi. Rupanya antara kita adalah sama. Kita rupa-rupanya memendam rasa. Izat juga mengalami persaaan sebagai mana May.”
“Izat…”
“Katakan saja May. May menyintai Izat. Izat dah ketahui segalanya. Dan Izat juga menyintai May!”
“Tidak Izat. Jangan cakap begitu. Semua sudah terlambat.”
“Kenapa kita tersiksa begini. Kenapa kita tak mulakan semua dari awal dulu. Kita merana selama ini May. Cinta kita hanya…”
“Faridah adalah terbaik buat Izat sekarang ini. Tahniah diucapka kerana tak lama lagi Izat akan bertunang. Moga Izat akan bahagia..”Kali ini entah mengapa airmata May mengalir laju. Segala rahsia hatinya telah diketahui. Perasaan yang dipendam selama ini akhirnya telah terbongkar.
“Izat juga cintakan kau May. Katakan saja bahawa kau juga menyintai Izat. Izat juga merana selama ini. Wana dah menceritakan segalanya..”
“Wana…”
“Jangan salahkan Wana. Dia cuba selamatkan keadaan.”
“Tapi segalanya sudah terlambat…”May tak dapat meneruskan kata-kata. Tangisan makn kuat.
“Jangan menagnis May. Lauhkan saja. Luahkan segalnaya. Luahkan saja perasaan yagn kau pendamkan itu sejak bertahun lamanya. Katakan saja…”
“Memang May menyintai kau Izat. Memagn May memendam rasa sejak bertahun lamanya. May terlalu menyintai kau…”
“Izat juga menyintai kau May.”
“Tapi…”
“Tapi apa May. Katakan saja.”
“Tapi sebagai seorang kawan…”
“May! Kenapa semua ini boleh terjadi.”
“Ya! Sebagai seorang kawan. Ingatlah kenangan masa kat universiti dulu. Hanya itu yang mampu kita kutip. Cinta kita lahir sebagai seorang kawan bukan cinta sebagai kekasih. Faridah adalah yang abadi dan kekal buat Izat. Kita hanya memendam perasaan saja bukan menunaikan rasa cinta itu sebagaimana yang lain. Cinta kita berputik dari dalam bukannya mekar dan penuh dengan ikatan. Cinta kita bukan lafaz. Hanya memendam perasaaan. Cinta kita juga bukan ucapan. Faridah terlebih dahulu menunaikan dan meluahkan rasa cinta itu.”
“Izat cintakan kau May.”

“Kau akan bertunang. May tak nak kau lukakan hati Faridah. Dia baik. Dan May tak mahu kerana perkara ini May dan Faridah bergaduh. Pergilah kepada Faridah, Izat. Anggaplah antara kita dah tak ada jodoh. Walau pun semua kebenaran telah diketahui. Cinta kita hanya di hujung waktu saja. Semua sudah terlambat. Izat dan Faridah harus disatukan.”May makin sebak kali ini.

“Sampai hati May buat semua ini pada Izat. Izat tetap cintakan May sebagai mana dulu.”

“May buat apa yang terbaik. Kembalilah Izat pada Faridah. Esok May akan pulang ke Kuala Lumpur. Janji satu perkara jangan beritahu perkara ini pada Faridah. Dia adalah milikmu abadi.Kita sama-sama bersalah dalam hal ini. Anggap semua ini pengajaran buat kita dan semua. Jangan hanya memendam rasa. Apa yang kita impikan takkan menjadi kenyataan. Hubungan kita hanya sebagai kawan selamanya. Cinta kita hanya cinta sebagai seorang kawan. Tak lebih dari itu. Kita tetap berkawan seperti biasa hingga ke akhir hayat. Ini keputusan muktamad May. Assalamualaikum…”

“May! Jangan pergi May! Aku cintakan kau May. Kau tetap milik aku. May jangan pergi!”Izat terus memangil nama May. Dia betul-betul kecewa. Baru dia meluahkan kata cinta tapi semuanya sudah hancur. Mungkin ada benarnya kata May itu. Dua-dua bersalah kerana hanya memendam rasa. Tidak memulakan segalanya dari awal. Semua sudah terlambat. Semua harus terima hakikat.

# # # #

“Tapi kau tak ikhlas. Kau tak patut tipu diri sendiri. Empat tahun lebih kau merana. Tak cukupkah lagi kau seksa perasaan kau dengan melihat pujaan jatuh ke tangan orang lain. Aku takut Izat terus terima Faridah bila dapat tahu kau cuba jauhkan dari dia.

“Aku rasa itulah terbaik. Biarlah aku merana. Aku akan lebih bahagia bila mendengar antara mereka merupakan pasangan kekasih. Biarlah kita doakan kebahagiaan antara mereka. Lagipun semasa kat Tanjung Bidara dulu aku dah berjanji dan meluahkan segalanya. Mungkin sudah jodoh dia. Buat apa kita kesali lagi. Mungkin dengan cara inilah perasaan cinta aku pada Izat bertukar benci. Dan yang pasti aku tak nak adanya lagi pertemuan antara aku dah Izat. Sedetik pertemuan untuk berpanjangan aku merinduinya. Biarlah dia pergi terus dari hidupku...”

“Kau sudah tekad. Aku harap kau tak akan tarik lagi kata-kata kau. Cinta kau akan berubah menjadi cinta pada kawan. Lambat laun kau akan temui cinta sejati. Jangan hanya memendam rasa saja.”

“Aku akan cuba. Aku tak ingin menangis lagi. Cuba kikiskan perasaan cinta itu pergi. Aku akan lupakan rasa itu. Kerana ku sedar aku takkan bersatu dibumi yang nyata. Aku tak mungkin memiliki insan yang aku suka walaupun segunung cintaku sekalipun.”
“Bagus le tu May. Aku harap kau temui cinta yang sebenar.”

“ Moga tidak tertulis namanya lagi dalam diari hidupku suatu hari nanti. Itulah doaku yang sebenar. Kerana ku sedar aku hanya memendam rasa. Moga mimpiku tak dibayangi rasa itu lagi. Tuhan sudah takdirkan aku begini. Aku takkan menyesali. Biarlah rasa cinta itu pergi. Aku akan cuba sedaya upaya walaupun memakan masa bertahun lamanya. Keranaku sedar kini. Untuk memiliki Izat tidak sekali-kali. Dia bukan ditakdirkan untukku…”May sudah nekad. Matanya tidak merah lagi. Sekali sekala melihat pada hadiah perkahwinan yang akan diberikan pada temannya itu. Sama-sama berkongsi hari bahagia. Dalam diri berharap hubungan yang dibina akan kekal bahagia. Walaupun dia terlebih dahulu memendam rasa pada Izat.

---Tamat---


Segala Post Disahkan Oleh...