Inspirasi...

Harian Metro Kosmo! Berita Harian

Dikuasakan Oleh

CLICK THIS BANNER !!

Monday, February 9, 2009

BIARLAH RASA CINTA ITU PERGI


“Ya Allah! Tabahkan hatiku menghadapi dugaan cinta yang entah bila akan berlalu dan pergi dari sekeping hati yang sedang kecewa. Puas kupujuk hati agar dapat melupakan perasaan cinta itu padanya. Namun acapkali aku telah memungkiri. Aku menjadi lemah dan tak mampu untuk menolak badai cinta yang tiba-tiba datang di saat aku kembali diketemukan setelah bertahun berlalu. Masih menyintainya sebagaimana zaman pertemuan pertama di universiti dulu. Tak dapat kubayangkan bahawa aku terlalu menyintainya…”Hati kecil ini merintih lagi. Mengenangkan pertemuan kedua kali ini. Pertemuan yang masih membuatkan hati May kaku. Kelu untuk meluahkan kata cinta yang dipendam sejak zaman kampus lagi. Tak terluah hingga kini menyatakan dia mencintai insan yang bernama Syed Izat.

“Perasaan cinta ini datang lagi Wana. Bahkan semakin parah. Apatah lagi disaat aku ingin memberitahu kata itu yang tak terluah lagi. Tapi sayang jantungku bagaikan direntap dari tangkai hati. Rupanya…”

“May! Maafkan aku juga. Aku tak sepatutnya membawa kau ke sini. Aku pasti kau akan bertemu dengannya di sini. Apatah lagi semua ini bagaikan dirancang kawan-kawan. Aku yakin kau tak dapat mengawal perasaanmu.”
“Tidak Wana! Aku datang ke Melaka ini pun kerana aku mahu sangat berjumpa dengan keluarga angkatku. Setahun lebih aku tak jumpa dia orang. Dan aku sudah tekad, andai aku diketemukan lagi dengan pujaanku ini aku harus tabah.”

“May! Aku tahu kau tak mampu sebenarnya menempuhi badai ini. Walaupun kau ingin menjadikan dirimu seteguh batuan di Tanjung Bidara sekali pun aku yakin kau kan tewas jua.”


“Entahlah Wana! Memang aku kecewa. Memang aku merana lagi. Nasib baik ada kau yang masih sudi mendengar luahan ini. Mungkin juga kau dah jemu. Memang aku kecewa tak menyatakan kesungguhan cinta ini walaupun aku yakin cintaku hanya bertepuk sebelah tangan. Kini aku sedar siapalah aku. Salahkan aku kerana membenci cinta. Membenci cinta lantaran satu perasaan yang tak mampu kubuang jauh.”

“May! Aku tahu semua itu. Kau tak patut membenci dia. Dan membenci cinta yang lahir. Cinta yang lahir itu suci dan tak boleh dipaksa. Cuma kau saja yang tak meluahkan rasa cinta itu.”

“Kerana lelaki itu air mataku ini tak putus-putus mengalir. Bicara aku mati jua. Dan aku tak henti-henti menangis semenjak kehilangannya. Baru ku cuba merawat luka aku merana lagi kerana satu pertemuan semalam. Ini bermakna meranaku jua akan berpanjangan..”
“Katakan saja padanya. Luahkan saja kau menyintainya. Kau hanya memendam rasa selama ini. Luahkan segalanya.”
“Hajat ku memang untuk meluahkan segalanya kali ini. Namun aku sudah terlewat. Faridah jua adalah kawanku…”
“Jangan menangis May.”

“Faridah kawanku jua memang menaruh harapan yang tinggi. Dan aku yakin dia akan memiliki cinta yang aku mahu terlebih dahulu. Aku sudah terlewat. Sia-sia saja aku berangan untk memiliki dia selama ini.”

“Patutlah Faridah beria benar mahu ke Melaka. Rupanya ada udang di sebalik batu. Ingin menemui pujaan hatinya. Atau mereka sememangnya saling meminati sejak dari universiti lagi. Bercinta sudah lama. Aku tahu Faridah cantik, seksi dan seorang yang berani untuk menyatakan cinta. Tapi aku hanya bermain dengan perasaan saja sepanjang mengenali Izat.”

“May kau jangan layan perasaan sangat. Takkan kau tak tahu dengan pertemuan pertama. Izat betul-betul terkejut dan gembira berjumpa denganmu. Mahu bergurau senda seperti dulu. Dan aku yakin Izat juga berada disituasi yang sama. Kamu berdua masing-masing memendam perasaan. Malu untuk meluahkan kata itu. Tidak mahu dengan luahan itu akan menjejaskan hubungan persahabatan yang dibina sejak dulu. Malu pada kawan-kawan bila kamu digosipkan bercinta.”

“Entahlah! Aku pun tak tahu. Tapi kau tahu tak perasaan aku masa itu. Aku sakit hati bila Faridah dengan seksinya melayan Izat. Tergambar keceriaan di wajah Faridah. Dengan lentok dia terus bergurau dengan Izat. Sampai aku di belakangnya di pandang sebelah mata. Aku cuba tabahkan hatiku masa itu.”

“Aku faham May.”
“Memang aku sakit hati. Tapi dalam masa yang sama aku harus jaga persahabatan antara aku dan Faridah. Tapi dalam masa yang sama aku puas. Puas dapat curi-curi melihat wajahnya yang aku puja selama ini. Ternyata setahun lebih aku tak jumpa dia makin kacak. Wajah itulah yang sering mengganggu tidur malam ku selama ini. Wajahnya dan namanyalah jua yang kutulis dalam diari sepanjang berada diuniversiti. Tak puas ku tatap wajahnya. Itulah kebahagiaan yang sebenarnya aku rasakan.”
“Dan aku dapat rasakan dia juga rindukan kau. Rindu mahu bergurau dengan kau. Memang aku nampak semuanya. Cuma kau saja tak melayannya.”
“Aku tak boleh menurut hati melayannya. Sebab setiap tingkah langkahnya adalah melibatkan hatiku. Setiap langkah dan perbuatan maka setiap itulah degupan jantungku berdetik. Jadi berdiam diri adalah langkah terbaik aku rasakan.”

“May! Sampai bila lagi kau harus pendam perasaan. Tamatkanlah saja di sini. Aku kalau boleh ingin lihat kau bersatu. Aku kesian juga tengok Izat itu masih mengusik kau. Adrian sendiri cakap dia terdengar Izat bergurau ingin menciummu.”

“Memang dia mahu menciumku. Tapi itu hanya gurauan. Kalau benar sekalipun aku tak sanggup. Kerana aku akan merana. Tengoklah sampai berakhir pertemuan hari itu dia seolah-olah tak puas bergurau dan menegurku. Tapi aku terpaksa tidak melayan kehendak hati. Makin layan makin parah hati ini. Kerana ku tahu selama ini lelaki itulah jua yang membuatkan airmataku tak henti jatuh ke pipi..”

“Sempat lagi dia bercerita pasal SMS rindu itu. Kau dan dia rupanya main SMS luahkan rasa rindu selama ini.”

“Ah! Itu hanyalah gurauan dalam persahabatan. Biasalah sejak habis belajar hanya SMS peneman setiaku. Melepaskan rindu yang bersarang.”

“Dia membalas bermaksud dia juga menerimamu May!”

“Mana ada! Dan aku tak sangka Faridah mendengarnya. Mungkin jua Faridah mendendamiku. Ah! Tidak. Aku bukan bercinta apatah lagi menjadi kekasih Izat. Faridah adalah terbaik buat Izat. Bahkan malam itu aku dah berjanji dengan Faridah bahawa aku rela berundur. Membiarkan ikatan antara mereka erat tanpa adanya aku. Tak mahu perasaan Izat berbelah bagi. Aku rela demi seorang kawan. Aku tak mahu bersaing utnuk memiliki cinta seorang lelaki. Walau pun hakikatnya aku dah kecewa bertahun lamanya.”May meluahkan segalanya pada teman baiknya Wana petang itu. Namun sekali lagi perbualan itu dikejutkan oleh satu panggilan telefon dari Faridah. Katanya ada hal penting yang ingin disampaikan pada semua.


# # #
Dari jauh lagi May dan Wana melihat Faridah dan Izat berpegangan tangan sambil melambai ke arah mereka yang sedang menanti. Hati May berdegup kencang. Dengki akan hubungan mereka.
“Hei! Sorry le lewat.”Pinta Faridah sambil memeluk May dan Wana. Izat hanya tersenyum sinis melihat gelagat semua.
“Apa yang penting sangat itu Faridah!”Wana bertanya.
“Kau tahu tak. Minggu depan Izat akan datang melamar aku. Dan kami akan berkahwin tak lama lagi!”Faridah meninggikan suara sambil memeluk May..May jadi terkejut. Tak sangka semua in boleh berlaku. Dah sah semuanya sudah berakhir. Izat dan Faridah sebenarnya bercinta dalam diam.

“Betul ke Izat?”Wana inginkan kepastian. Namun dibalas oleh satu senyuman oleh Izat.

“Takkan aku nak tipu. Alah kita dah lama kenal le. Masa semester pertama universiti lagi. Sekarang aku cadangkan Izat masuk meminang aku le sebab aku tak mahu Izat jatuh ke tangan orang lain. Memang selama ini aku menyintai Izat. Dan semuanya telah aku luahkan.”
“Tahniah Faridah!”
“Terima kasih Wana, May!”Sekali lagi Faridah memeluk May dan Wana.
Namun disebalik kegembiraan itu rupanya ada hati sedang berduka lara. Mahu saja May pergi dari situ. Berlari sepuas hati. Memijak pasir di Tanjung Bidara itu. Bertempik sepuas hati. Menangis tak berlagu. Mengkhabarkan pada dunia bahawa kekasih yang dipuja diambil orang.

# # #


“May! Kau buat apa kat sini!”

“Izat!”May sedikit terkejut dengan pertemuan yang tak disangka itu. Dia cuba menyembunyikan resah dihati.
“Kenapa duduk di sini!”
“Saja duduk di sini. Ambil angin petang katakan. Esok nak pulang semula ke Kuala Lumpur.
“Mana Wana, Adrian dan lain-lain.”
“Dia orang ada kerja. Jadi saya datang sorang saja. Seronok datang ke sini. Tempat ini banyak menyimpan sejarahkan. Dulu masa program keluarga angkat ramai-ramai ke sini. Tapi esok dah nak balik dah…”

“May! Sebenarnya ada sesuatu yang ingin Izat sampaikan..”Kata-kata Izat itu membuatkan hati May gementar. Entah mengapa dia merasakan bahawa Izat sudah mengetahui akan hajat hatinya yang memendam rasa. Ataupun untuk memberitahu akan pertunangannya dengan Faridah akan dipercepatkan. Atau menyuruh dirinya membantu mereka membuat persiapan pertunangan mereka.

“Apa dia Izat cakap sajalah?”May cuba setenang mungkin.”
“Indahkan hidup ini andai apa yang kita citakan akan menjadi kenyataan.”Izat memulakan bicara sambil memandang May. May tertuduk malu.
“Apa maksud Izat?”
“Izat pun tak tahu sebenarnya. Cuma Izat betul-betul nak tanya. Betul kah sepanjang kita berkawan ini May hanya memendam rasa pada seseorang.”Soalan yang ditanya bagaikan Izat sudah mengetahui akan isi hatinya.”

“Ada! Tapi sebagai seorang kawan saja. Sebab May belum jumpa yang sesuai. Biasalah kawan-kawan saja. Tak macam Izat dan Faridah yang berani meluahkan kata cinta dan menjadi pasangan bahagia. Tak lama lagi akan bertunang. Tahniah sekali lagi diucapkan.”

“Tapi bagai mana perasaan May terhadap Izat?”Soalan kali ini bagai merentap jantung hatinya. May cuba setenang mungkin. Merah mukanya kali ini. Melontarkan jauh pandangan ke arah lautan.

“May! Katakan saja. Katakan saja selama ini May ada menaruh perasaan dalam diam.”Izat betul-betul memaksa.
“Mustahil!”
“Kebenaran sudah terbukti May. Jangan cuba nak sembunyikan perasaan itu lagi. Rupanya antara kita adalah sama. Kita rupa-rupanya memendam rasa. Izat juga mengalami persaaan sebagai mana May.”
“Izat…”
“Katakan saja May. May menyintai Izat. Izat dah ketahui segalanya. Dan Izat juga menyintai May!”
“Tidak Izat. Jangan cakap begitu. Semua sudah terlambat.”
“Kenapa kita tersiksa begini. Kenapa kita tak mulakan semua dari awal dulu. Kita merana selama ini May. Cinta kita hanya…”
“Faridah adalah terbaik buat Izat sekarang ini. Tahniah diucapka kerana tak lama lagi Izat akan bertunang. Moga Izat akan bahagia..”Kali ini entah mengapa airmata May mengalir laju. Segala rahsia hatinya telah diketahui. Perasaan yang dipendam selama ini akhirnya telah terbongkar.
“Izat juga cintakan kau May. Katakan saja bahawa kau juga menyintai Izat. Izat juga merana selama ini. Wana dah menceritakan segalanya..”
“Wana…”
“Jangan salahkan Wana. Dia cuba selamatkan keadaan.”
“Tapi segalanya sudah terlambat…”May tak dapat meneruskan kata-kata. Tangisan makn kuat.
“Jangan menagnis May. Lauhkan saja. Luahkan segalnaya. Luahkan saja perasaan yagn kau pendamkan itu sejak bertahun lamanya. Katakan saja…”
“Memang May menyintai kau Izat. Memagn May memendam rasa sejak bertahun lamanya. May terlalu menyintai kau…”
“Izat juga menyintai kau May.”
“Tapi…”
“Tapi apa May. Katakan saja.”
“Tapi sebagai seorang kawan…”
“May! Kenapa semua ini boleh terjadi.”
“Ya! Sebagai seorang kawan. Ingatlah kenangan masa kat universiti dulu. Hanya itu yang mampu kita kutip. Cinta kita lahir sebagai seorang kawan bukan cinta sebagai kekasih. Faridah adalah yang abadi dan kekal buat Izat. Kita hanya memendam perasaan saja bukan menunaikan rasa cinta itu sebagaimana yang lain. Cinta kita berputik dari dalam bukannya mekar dan penuh dengan ikatan. Cinta kita bukan lafaz. Hanya memendam perasaaan. Cinta kita juga bukan ucapan. Faridah terlebih dahulu menunaikan dan meluahkan rasa cinta itu.”
“Izat cintakan kau May.”

“Kau akan bertunang. May tak nak kau lukakan hati Faridah. Dia baik. Dan May tak mahu kerana perkara ini May dan Faridah bergaduh. Pergilah kepada Faridah, Izat. Anggaplah antara kita dah tak ada jodoh. Walau pun semua kebenaran telah diketahui. Cinta kita hanya di hujung waktu saja. Semua sudah terlambat. Izat dan Faridah harus disatukan.”May makin sebak kali ini.

“Sampai hati May buat semua ini pada Izat. Izat tetap cintakan May sebagai mana dulu.”

“May buat apa yang terbaik. Kembalilah Izat pada Faridah. Esok May akan pulang ke Kuala Lumpur. Janji satu perkara jangan beritahu perkara ini pada Faridah. Dia adalah milikmu abadi.Kita sama-sama bersalah dalam hal ini. Anggap semua ini pengajaran buat kita dan semua. Jangan hanya memendam rasa. Apa yang kita impikan takkan menjadi kenyataan. Hubungan kita hanya sebagai kawan selamanya. Cinta kita hanya cinta sebagai seorang kawan. Tak lebih dari itu. Kita tetap berkawan seperti biasa hingga ke akhir hayat. Ini keputusan muktamad May. Assalamualaikum…”

“May! Jangan pergi May! Aku cintakan kau May. Kau tetap milik aku. May jangan pergi!”Izat terus memangil nama May. Dia betul-betul kecewa. Baru dia meluahkan kata cinta tapi semuanya sudah hancur. Mungkin ada benarnya kata May itu. Dua-dua bersalah kerana hanya memendam rasa. Tidak memulakan segalanya dari awal. Semua sudah terlambat. Semua harus terima hakikat.

# # # #

“Tapi kau tak ikhlas. Kau tak patut tipu diri sendiri. Empat tahun lebih kau merana. Tak cukupkah lagi kau seksa perasaan kau dengan melihat pujaan jatuh ke tangan orang lain. Aku takut Izat terus terima Faridah bila dapat tahu kau cuba jauhkan dari dia.

“Aku rasa itulah terbaik. Biarlah aku merana. Aku akan lebih bahagia bila mendengar antara mereka merupakan pasangan kekasih. Biarlah kita doakan kebahagiaan antara mereka. Lagipun semasa kat Tanjung Bidara dulu aku dah berjanji dan meluahkan segalanya. Mungkin sudah jodoh dia. Buat apa kita kesali lagi. Mungkin dengan cara inilah perasaan cinta aku pada Izat bertukar benci. Dan yang pasti aku tak nak adanya lagi pertemuan antara aku dah Izat. Sedetik pertemuan untuk berpanjangan aku merinduinya. Biarlah dia pergi terus dari hidupku...”

“Kau sudah tekad. Aku harap kau tak akan tarik lagi kata-kata kau. Cinta kau akan berubah menjadi cinta pada kawan. Lambat laun kau akan temui cinta sejati. Jangan hanya memendam rasa saja.”

“Aku akan cuba. Aku tak ingin menangis lagi. Cuba kikiskan perasaan cinta itu pergi. Aku akan lupakan rasa itu. Kerana ku sedar aku takkan bersatu dibumi yang nyata. Aku tak mungkin memiliki insan yang aku suka walaupun segunung cintaku sekalipun.”
“Bagus le tu May. Aku harap kau temui cinta yang sebenar.”

“ Moga tidak tertulis namanya lagi dalam diari hidupku suatu hari nanti. Itulah doaku yang sebenar. Kerana ku sedar aku hanya memendam rasa. Moga mimpiku tak dibayangi rasa itu lagi. Tuhan sudah takdirkan aku begini. Aku takkan menyesali. Biarlah rasa cinta itu pergi. Aku akan cuba sedaya upaya walaupun memakan masa bertahun lamanya. Keranaku sedar kini. Untuk memiliki Izat tidak sekali-kali. Dia bukan ditakdirkan untukku…”May sudah nekad. Matanya tidak merah lagi. Sekali sekala melihat pada hadiah perkahwinan yang akan diberikan pada temannya itu. Sama-sama berkongsi hari bahagia. Dalam diri berharap hubungan yang dibina akan kekal bahagia. Walaupun dia terlebih dahulu memendam rasa pada Izat.

---Tamat---


1 comment:

~Tieha~ said...
This comment has been removed by the author.

Segala Post Disahkan Oleh...