Inspirasi...

Harian Metro Kosmo! Berita Harian

Dikuasakan Oleh

CLICK THIS BANNER !!

Showing posts with label Hal Ehwal Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Hal Ehwal Lelaki. Show all posts

Wednesday, March 25, 2009

Tabiat Unik...Unik Ke?



Assalamualaikum w.b.t...
Erm...kali ni aku nak citer pasal aku je, jgn jeles k, huhu. Bukan pe satu malam baru2 ni aku explore file2 dlm PC aku ni pastu aku tertengok la gambar2 lama aku dulu. Tak la lame sangat dalam 3,4 tahun lepas ar. Tapi jd kenangan gak kan. Tunang aku yang comel n kiut (tersipu2 ar tu) pun xpnah lg rasenya tgk gambar2 ni so bleh la dia tgk2 aku dulu gane, huhu. Eksklusif untuk pelayar blog aku saje ni (cam artis la plok, huhu). Jom tengok pe dia aku nk tnjuk ni...

Aku nk tnjuk perubahan muka aku setahun ke setahun. Aku ada satu tabiat yang unik sejak 4 tahun yg lalu bila menjelang hari raya. Setiap kali malam raya aku akan ambik pic aku dengan gaya yang sama n ditempat yang sama sejak 4 tahun dulu. Ntah ar dr mane dtgnya idea tu tp jadi cam kemestian plok, hehe. Yang lainnya baju yang aku pkai la xkn baju sama je tiap2 thun. Meh tgk...


Ni gambar (atas) malam raya tahun 2005, 2 November. Muka budok2 lagi skit2 dok mayyis lg org kater, hehe. Siap ada jerawat ag kt pipi, mknanya kuat galok ar tu, haha.



Ni plok gambar (atas) malam raya tahun 2006, 23 Oktober. Nampok matang doh skit tu. Misai ada lg coz ms umur ni aku dok rase pn nk cukur misai, haha. Jerawat xdok doh mknanya kurang doh galok tu (sbb masa ni ada aweks) hehe.


Ni plok gambar (atas) malam raya tahun 2007, 12 Oktober. Masa ni baru la reti nok cukur misai coz masa ni tgh solo so kena smart2 skit ar nk bg aweks ngejah aku, haha. Jerawat pn xdok coz reti doh pkai pncuci muke, huhu.


Ni plok gmbar (atas) malam raya terbaru 2008, 30 September. Cukur abis misai ngan janguut coz esok nok gi raya umah awekku (skrg dh jd tnangku yg comey) hehe. Ok lah yang ni aku ngaku aku pkai baju sama ngan gmbar thun lpas, huhu, coz ni bju tido rasmi aku di kg blik kg je pkai. Dok napok matang mane pn tp jerawat ada plok tmpat sama plok tu skmo kuor situ, geram sgguh. Ni sbb ms ni tgh galok nk nikoh kot, hehe.

Tapi tahun ni n tahun2 seterusnya mgkin aku dok dpt doh truskn tabiat aku ni, kalu dpt pn mgkin tmpatnya dh berbeza, kenapa ek? ada 2 sbbnya...
1. Rumah aku ni akan dirombak smula coz kena ngn projek jalan, aku mgkin pndah lain ar.
2. Tahun ni aku akan beraya sebagai suami !! Wah bestnya !! InsyaAllah xde aral melintang untuk satukan kami bulan 5 ni...amin...


p/s : ish3x xde gaya laen ke aku ni? bajet rock steady ke, huhu. Tak sangka aku dh nak kawen, dulu x pnh terpikir aku akan kawen pd umur 25 thun, bajet dlm 28-30. Alhamdulillah aku dapat jgk brtemu jdoh yg sangt2 serasi n memenuhi citarasa, huhu. Thanks syg...



Sunday, February 22, 2009

Satu kerandut


JARANG berlaku fenomena lelaki hanya mempunyai sebiji buah zakar kecuali sebab semula jadi atau sebenarnya ia ada, cuma tersangkut di dalam dan mungkin tidak aktif.


Pembedahan boleh dijalankan untuk menurunkan buah zakar itu ke dalam kerandut, tetapi seelok-eloknya ia dilakukan sebelum berumur dua tahun iaitu selepas doktor melakukan pemeriksaan terhadap bayi dan mendapati berlaku fenomena berkenaan.


Jika pembedahan lambat dilakukan selepas dikesan, buah kerandut itu mungkin terencat tetapi jika lelaki berkenaan sudah dewasa, tidak mengapa jika prosedur kesihatan terbabit tidak dijalankan.


Bagaimanapun lelaki perlu tahu, kemungkinan buah zakar yang tersangkut itu menjadi kanser adalah tiga atau empat kali ganda berbanding yang normal.


Ada segelintir pakar menyarankan buah zakar yang tersangkut itu dibuang melalui pembedahan dan ada yang tidak mengesyorkan apa-apa.


Kini dengan ujian darah, perubahan kanser dapat dipantau dari semasa ke semasa dan tumbesaran buah zakar yang tersangkut itu dapat dilakukan melalui imbasan MRI atau CATS.


Berkaitan kesuburan, tiada sebab kenapa lelaki tidak subur jika buah zakar yang satu itu sihat. Bagaimanapun, jika ia kecil atau terencat, sudah tentu ia mampu mengganggu kesuburan.


Perkara berkaitan kesuburan jika mempunyai hanya sebiji buah zakar itu boleh dikesan melalui ujian air mani, tetapi tidak digalakkan menjalani ujian itu tanpa sebab.


Jika lelaki berkenaan berkahwin lebih setahun dan kerap bersetubuh tetapi tidak mempunyai zuriat, mungkin ujian air mani itu boleh dijalankan.


Bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak perlu risau jika hasil ujian dijalankan normal, malah tidak perlu risau sekarang ini kerana ramai lagi yang mempunyai sebiji buah zakar.


Ramai lelaki yang mengalami masalah berkenaan kini sudah berkahwin dan mempunyai zuriat.


p/s : bersyukur aku normal, hehe.


Sunday, February 15, 2009

Suami takut jimak


KISAHNYA memang pelik, tapi ia benar-benar berlaku. Seorang suami tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan isteri walaupun sudah berkahwin lima tahun. Alasannya, dia malu melihat kemaluan isteri selain takut untuk melakukan seks.


Menakjubkan juga apabila si isteri bersabar dan dalam masa sama tidak pernah jemu memujuk suami dengan melakukan belaian manja, namun akhirnya suami menarik diri.


Ia bukan kerana suaminya mengalami masalah dengan alat kelamin, sebaliknya dia terlalu malu selain takut untuk melakukan hubungan seks.


Akibatnya, selain isteri terseksa daripada segi batin, keluarga mentua menganggap suami terkena buatan orang. Lantas, suami dibawa bertemu bomoh untuk diurut kerana isterinya tidak mengandung walaupun sudah lima tahun berkahwin.


Apa yang berlaku kepada suami itu memang aneh kerana jarang berlaku keadaan di mana lelaki tidak suka melakukan hubungan seksual.


Suami terbabit mungkin terfikir hubungan seks membabitkan perkara ‘aneh’ iaitu perlu berdepan pasangan dalam keadaan memalukan, berbogel atau selak kain, perlu sentuhan kepada anggota kelamin dan pelbagai lagi.


Semua itu mungkin mengaibkan atau membengangkannya. Berdasarkan aduan diterima, si isteri turut cuba membantu menyelesaikan masalah dengan bersama-sama menonton ‘filem dewasa’, tetapi suaminya tetap tidak mahu melakukan seks, sebaliknya lebih gemar menonton filem itu berseorangan.


Selain itu, belaian diberi kepada suami turut ‘memanaskan’ lelaki itu tetapi apabila syahwat semakin meningkat suami tiba-tiba menarik diri, menyebabkan isterinya terkapai-kapai sendirian.


Dalam menghadapi masalah sebegini, peranan isteri sangat penting. Memandangkan isteri itu sudah biasa tidak mendapat kepuasan seks selain sentiasa bersabar dengan suami, nyata usahanya membawa kemajuan.


Biarpun isteri itu secara spesifiknya masih gagal mendapatkan kepuasan seks, terbukti belaian dan cumbuannya mampu membuatkan suaminya ‘panas’ hinggalah dia akhirnya meminta dihentikan.


Jadi, kepada sesiapa yang menghadapi masalah seperti ini, isteri digalakkan untuk terus membelai dan mendidik suaminya untuk berintiman. Jangan sekali-kali fikir perbuatan isteri meminta adegan intim daripada suami adalah sesuatu yang aneh. Ini kerana ia perbuatan yang sangat diperlukan dalam situasi dihadapi.


Isteri juga perlu terus bersabar jika mahu mengekalkan kehidupan rumah tangga. Pada masa sama suami perlu mendapat banyak pendedahan daripada pembimbing atau membaca buku panduan supaya mampu membuka minda selain tidak tersalah tafsir berkaitan seks.


Antara pendekatan sesuai ialah bimbingan dan kaunseling seks dan bantuan pakar perubatan. Ia memang memerlukan masa dan bimbingan susulan perlu dilakukan sehingga berlaku perubahan terhadap si suami.


Jangan putus asa. Teruskan perjuangan hidup berumahtangga.


p/s : ish3x...kesiannya isteri dia kn...huhu.


Tuesday, February 10, 2009

Sakit bermadu


SEBILANGAN lelaki suka menunjukkan kehandalan mereka dengan berkahwin lebih daripada satu. Yang merana bukan isteri, sebaliknya mereka juga. Apa tidak, setiap isteri memberi tekanan, hendakkan masa bersama dengannya, mahu menjadi isteri yang istimewa.

Akibat persaingan antara isteri, badan suami merana. Seks tidak seronok lagi untuknya kerana terpaksa melayani kerenah isteri yang makin lama makin mencabar. Pada waktu itu baru terasa bermadu itu tidak lagi manis, masam dan pahit. Lebih-lebih lagi jika mula mengalami masalah kesihatan.


Dalam keadaan tertekan, simptom penyakit menjadi lebih ketara. Mood dan minat melakukan seks kurang apabila perasaan syahwat mula tergugat.

Jika dulu mudah mencapai ereksi walaupun hanya melihat bayangan isteri, kini tidak lagi. Tengok isteri tercegat depan mata tanpa pakaian pun tidak jadi apa-apa. Tidak lagi mendongak, malah terlentuk. Ketika itu baru sedar langit tinggi rendah. Hendak bermadu konon.

Perkahwinan itu satu tanggungjawab, bukan setakat hendak menjamu selera. Jika sudah buat pilihan, sepatutnya anda membuat persediaan seperti mengetahui bukan saja kemampuan harta benda dan wang ringgit, tetapi juga kesihatan.

Bukan saja kesihatan ketika itu, malah kesihatan masa depan dengan mengambil kira penyakit keturunan. Jangan lupa pula penyakit akibat tekanan. Ini besar pengaruhnya kepada tahap kesihatan anda secara menyeluruh dan bayangkan ancamannya kepada hubungan dengan semua pasangan anda, ‘mati berdiri’ kata orang.

Apa hendak dibuat, jika bermadu, terima saja risiko kesihatan. Tiada lelaki yang ada lebih satu isteri duduk senang lenang. Ada saja masalah. Jika lelaki itu berkahwin tanpa memberitahu isteri, kahwin ‘curi’ atau ‘sembunyi’, bayangkan tekanan yang mereka alami, jantung berdebar-debar, takut jika pecah tembelang, nahas nanti.

Jangan pula fikir masalah selesai apabila isteri tahu. Perang dingin selama-lamanya. Jadi tidak hairan jika mereka kerap jumpa doktor untuk masalah kesihatan dan didapati mereka lebih kerap menjalani rawatan pelbagai penyakit seperti masalah kolesterol tinggi dan sakit koronari.

Bagi sebilangan lagi yang berkahwin dengan izin dan pengetahuan isteri atau berkahwin lagi atas sebab tertentu, mungkin keadaan mereka berbeza. Lelaki tidak rasa tertekan dan isteri tidak perlu berebut masa bersama, selain tidak memberi tekanan kepada pasangan. Mereka dapat menunaikan kewajipan syahwat tanpa tekanan dan mengikut kemampuan.

Namun yang banyak kita dengar ialah cerita seronok saja, seolah-olah bermadu semacam nikmat di syurga dengan bidadari, sedangkan realitinya tidak sebegitu.

Bagi lelaki bermadu dan memerlukan tips penjagaan kesihatan, senaman untuk stamina, kekuatan fizikal dan ditambah dengan senaman kegel (senaman kemut) untuk lelaki. Anda boleh mengawal tahap dan kekuatan ereksi ketika bersama isteri. Anggota seksual anda sentiasa mantap jika senaman itu dijadikan amalan. Maklumat senaman ini ada dalam laman web www.kegelexcercise.com.

Secara ringkas, ketika hendak lakukan kemut, pastikan kedua-dua paha rapat, cengkam lubang najis dan sekali gus tahan kencing dan kekalkan cengkaman itu antara lima hingga 10 saat.

Lakukan dalam 10 cengkaman setiap sesi senaman itu dan lakukan lima kali sehari atau pada bila-bila masa.

Lakukan sentuhan dan belaian lembut kepada anggota kelamin dua kali sehari selepas mandi dan guna krim pelembut kulit atau krim perapi anggota kelamin lelaki seperti krim ‘virile’ untuk lelaki. Mengikut saranan Imam al-Nawawi, anggota sulit perlu dibelai untuk menjaga dan menyegarkannya.

Suplemen herba yang anda boleh amalkan untuk penjagaan kesihatan syahwat dan tenaga batin ialah mengambil ekstrak Tongkat Ali yang larut dalam air. Antara yang disyorkan ialah NU-PREP dan NU-PREP 75 serta dos pengambilan mengikut maklumat yang dipaparkan di depan botol.

Yang lain saya tidak syorkan kerana tidak pernah diuji kaji keberkesanannya. Jangan makan ubat kuat dan ubat sembarangan seperti disyorkan kawan atau syarikat MLM yang kebanyakannya tidak berkesan.

Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala memandangkan cabaran luar biasa anda yang berkahwin lebih daripada satu sedikit sebanyak boleh memberi kesan kesihatan. Jangan teragak-agak berjumpa doktor apabila mengalami masalah seksual. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa.

Saya tidak galakkan mana-mana lelaki berkahwin lebih daripada satu kerana lambang kelelakian bukan pada bilangan wanita yang ditidurinya atau jumlah isteri.

Berpasangan dengan wanita idamannya dan sama-sama mengecapi kebahagiaan serta keharmonian rumah tangga secara aman, tenang dan ceria. Ini hanya dapat dilakukan dalam perkahwinan suami dan seorang isteri. Bagaimanapun, ini hanya pendapat saya.


p/s : yang nak pasang ramai tu pikir la baik2 dulu k...


Percaya mitos minyak lintah


SATU ketika dulu minyak ular amat popular di Amerika Syarikat (AS) untuk tujuan menguat dan membesarkan zakar, dan ia menyebabkan ular hampir pupus. Kini, khasiat minyak ular ini menjadi bahan cerita lawak apabila orang Amerika jumpa minyak yang dijual untuk tujuan sama.

Saya pernah juga dengar beberapa pelancong dari Indonesia yang geli hati dengan orang kita yang mudah percaya dengan minyak lintah yang kononnya dapat membesarkan zakar memandangkan tiada kaitan lintah dengan saiz anggota sulit.


Hanya yang nyata ialah lintah yang kecut itu menjadi besar dan panjang apabila sedut darah manusia. Ya, lintah menyedut darah dan darah itu mengalir dengan senang akibat kandungan hirudin dalam salur air liur lintah.

Lintah digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kebengkakan dan air liurnya diproses sebagai ubat heparin untuk mencairkan darah beku. Ia tiada apa-apa kandungan yang lain untuk tujuan membesarkan zakar.

Bagaimana pengusaha yang bijaksana itu dapat kaitkan minyak lintah dengan pembesaran zakar saya tidak tahu, tapi kata orang asalkan poket penuh, teruskan saja kerana sikat pun boleh dijual kepada orang botak!

Kini, dalam pasaran ada pelbagai minyak dan krim untuk tujuan pemantapan alat sulit. Kebanyakan produk itu dapat kelulusan pihak berkuasa. Namun itu tidak bermakna produk itu dapat pengesahan.

Sama ada produk itu benar-benar berkesan atau sebaliknya, itu isu lain pula. Jika anda layari laman web Kementerian Kesihatan (KKM), Unit Kawalan Perubatan, anda akan dapat melihat senarai produk perubatan yang diharamkan penjualannya. Namun produk itu masih dijual di pasaran.

Jika tiada orang beritahu, pegawai penguatkuasa perubatan KKM pun tidak tahu. Saya tidak pasti produk minyak lintah ini, jika sesiapa yang mendapati ada kesan sampingan atau risalah tidak benar tanpa kelulusan KKM, anda boleh buat laporan pada KKM dan tindakan sewajar akan dibuat oleh pihak itu.

Bercerita mengenai produk kesihatan anggota kelamin, dua produk kesihatan anggota kelamin yang dikaji didapati memberi kebaikan kepada pengguna. Krim yang dimaksudkan itu ialah krim perapi anggota kelamin lelaki yang dikenali sebagai Virile cream untuk lelaki dan O'Must cream untuk wanita.

Kedua-dua krim ini sudah diuji kaji dan didapati berkesan untuk kesegaran alat kelamin. Kajian kosmetik dan dermatologi mendapati krim ini tiada kesan alahan kepada kulit dan selamat digunakan. Kedua-dua krim ini berdaftar dengan FDA (Amerika Syarikat).

Saya terbabit dengan kajian krim itu dan berpendapat semua produk tradisional perlu diuji kaji supaya ia dipastikan benar-benar selamat digunakan. Produk yang karut, minyak lintah itu hanya memalukan, sedangkan Malaysia mampu menghasilkan banyak produk bertaraf antarabangsa.



p/s : erm...tak tahu la, baik x payah guna, yang semulajadi dah la, huhuhu.


Sakit terpulas


BUAH zakar ialah organ yang sangat sensitif dan kecederaan paling ringan yang berlaku kepadanya boleh mengakibatkan sakit atau tidak selesa.

Kesakitan dalam kerandut buah zakar boleh berpunca daripada buah zakar, dalam kerandut buah zakar atau daripada pundi epididimis yang terletak di belakang buah zakar.


Sakit di bahagian bawah pusat atau di paras tundun juga boleh terasa di bahagian buah zakar. Bagaimanapun, lokasi masalah sebenar punca sakit itu hanya dapat dikesan apabila tempat sakit itu ditinjau melalui pemeriksaan.

Jadi, mustahak untuk pesakit berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan, selain ujian yang diperlukan serta ujian susulan jika itu juga diperlukan. Sakit buah zakar boleh berlaku akibat beberapa masalah kesihatan seperti berikut:

  • Infeksi atau keradangan pundi epididimis (epididymitis) atau buah zakar (orchitis). Epididymitis ialah menjasi penyebab utama sakit buah zakar untuk lelaki dewasa.

  • Kecederaan ringan kepada kerandut buah zakar seperti tertendang. Kesakitan yang berlaku tertakluk kepada tahap kecederaan dan jika ringan, walaupun sungguh menyakitkan, ia tidak kekal dan akan beransur reda.

  • Batu karang bergerak dalam bahagian bawah salur ureter juga boleh mengakibatkan sakit dalam buah zakar tempat yang sama dengan kedudukan batu karang itu.

  • Kebengkakan dan puntalan ven dalam kerandut buah zakar yang dikenali sebagai ‘varikosel’ (varicocele).

  • Cecair dalam buah zakar saperti hidrosel atau ‘spermatosel’.

  • Jarang infeksi dalam perut dan pendarahan dalam perut.

    Penyebab serius sakit buah zakar ialah buah zakar terpulas atau ‘testicular torsion’ — keadaan yang berlaku apabila buah zakar dan salur sperma terpulas atau ‘twisted’.

    Oleh kerana buah zakar yang terpulas mengakibatkan perjalanan darah ke dalam buah zakar tergendala atau terputus, bahagian itu membengkak dan radang dan ini memerlukan bantuan kecemasan perubatan.

    Kanser buah zakar juga boleh menyebabkan kesakitan buah zakar, tetapi ia jarang berlaku. Jumpa doktor tanpa berlengah. Jangan terlalu risaukan punca masalah atau kesakitan itu kerana jika terus dibiarkan, sakit lebih ketara atau kesihatan anda tergugat.

    Bagi masalah batu karang, setiap kali batu karang bergerak dalam salur kencing, penghidapnya berasa sakit dan ketika itu mungkin jika dibuat ujian air kencing kelihatan sel darah merah atau kristal. Apabila batu karang kecil itu sudah keluar, kesakitan akan hilang.

  • p/s : kena hati2 ar lepas ni nmpak gayanya, hehehe.


    Patah, bengkak


    ‘FRACTURE’ atau patah boleh berlaku pada zakar dan ada lelaki yang gagal mendapat ereksi penuh akibat kecederaan berkenaan.

    Ada juga lelaki yang berdepan situasi kepala zakar menjadi lembik berbanding pangkalnya akibat kecederaan terbabit.


    Ia berlaku kerana kecederaan di bahagian tisu lembut zakar tetapi ia tidak boleh dibiarkan kerana bimbang perkara tidak diingini berkaitan kesihatan lelaki.

    Istilah fracture memang tepat jika zakar yang patah itu benar-benar keras seperti kayu, lebih-lebih lagi jika kepatahan itu lebih ke bahagian pangkal.

    Jika ia berlaku berhampiran penghujung zakar selain ketika itu zakar berkenaan tidak begitu keras, kecederaan tidak ketara.

    Apabila zakar bengkak, cara melegakan keradangan itu ialah mendemahnya dengan ais (seperti pek ais).

    Jika bengkak itu ketara, lebih baik berjumpa doktor dan pesakit akan diperiksa untuk memastikan sama ada salur darah tercedera atau wujud darah beku di dalam otot zakar.

    Jika rasa sakit berkurangan tetapi hujung zakar masih kelihatan kecut, ia menandakan otot hujung zakar tidak kembang. Mungkin keadaan akan berubah apabila radang di bahagian itu reda.

    Jika pesakit membiarkan masalah yang dialami tanpa rawatan atau ubat-ubatan, kemungkinan bahagian yang patah atau cedera itu mampu mengeras dan jika kekerasan ketara, zakar boleh bengkok apabila erek.

    Keadaan berkenaan dikenali sebagai ‘Peyronie Disease’. Saya syorkan mereka yang mengalami masalah ini segera berjumpa pakar bedah atau urologis untuk menjalani pemeriksaan.

    Jika perlu, doktor akan melakukan ujian ultrasound untuk mengesan jika salur darah turut tercedera. Hasil pemeriksaan itu, baru boleh diketahui jenis rawatan susulan yang diperlukan.


    p/s : ish3x boleh patah jugak rupanya wlpn xde tulang, hehehe.


    Mengecut, kecil


    PENGAMBILAN makanan kesihatan oleh segelintir ahli bina badan selain individu yang gemar bersenam secara mengangkat besi boleh menyebabkan buah dada membesar, manakala zakar pula mengecut dan kecil, menjadikannya kurang mantap ketika ‘beraksi’.

    Kesan sampingan itu bukan perkara baru, malah sering dialami ahli bina badan dan angkat besi hasil pengambilan makanan kesihatan mengandungi steroid tanpa mendapat nasihat doktor.


    Pada mulanya, individu yang berdepan perkara terbabit mempunyai saiz zakar normal, tetapi masalah timbul apabila mereka mula bersenam dengan mengangkat besi untuk membentuk anggota tubuh.

    Individu yang mengambil steroid untuk membuatkan otot mantap, tegap, timbul dan membesar, perlu mendapatkan nasihat doktor kerana mungkin ia kelihatan seperti makanan kesihatan biasa tetapi sebenarnya mengandungi bahan berkenaan.

    Steroid yang diambil tanpa nasihat doktor boleh mengakibatkan hormon testosteronnya menurun hingga membuatkan zakar mengecil selain mengecut.

    Mereka perlu memastikan apa yang diambil sebagai makanan kesihatan itu tidak mengandungi steroid atau hormon Androgen (selain hormon testosterone) seperti Androsteindion dan DHEA yang menjadi makanan kesihatan biasa dalam produk bina badan.

    Androsteindion boleh berubah kepada hormon estrogen dalam badan dan ini akhirnya menyebabkan buah dada pengambilnya besar, manakala zakar pula mengecil selain kurang mantap.

    Mereka digalak meneruskan senaman tetapi dinasihatkan berhenti mengambil steroid bagi mengelak masalah terbabit berpanjangan hingga mengganggu kelancaran hubungan seksual.

    Individu yang terbabit dalam sukan bina badan atau angkat besi tanpa menggunakan steroid juga berdepan risiko zakar mengecut.

    Bagaimanapun, ia berlainan kerana jika zakar mengecut, ia disebabkan kekerapan bersenam dan mengangkat besi membuatkan semua otot badan, termasuk otot kemut, dalam keadaan mencengkam untuk mengukuhkan struktur tubuh ketika senaman lasak dilakukan.

    Ketika itu, zakar yang tidak menegang tertarik ke dalam dan selepas otot lega ia kembali kepada keadaan normal.


    p/s : nasib baik tak ambik kos bina badan, hehe.



    MASALAH jantung berdebar tidak tentu masa, termasuk ketika melakukan hubungan kelamin, bukan perkara baru. Apabila berlaku, ia mampu mengganggu kelancaran proses berkenaan.

    Akibatnya, individu berkaitan mengalami kegagalan untuk mengekalkan ereksi, seterusnya tidak mencapai kepuasan diharapkan dalam hubungan kelamin.


    Simptom jantung berdebar adalah satu daripada tanda masalah jantung, tetapi untuk mendapatkan kepastian, individu yang mengalaminya perlu bertemu doktor.

    Kebiasaannya, doktor akan mendengar degupan jantung selain memeriksa nadi sebagai asas utama mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan masalah dihidapi.

    Jika denyutan nadi kurang daripada degupan jantung, ia petanda degupan jantung individu itu ketara.

    Keadaan itu dikenali sebagai ‘tachycardia’ atau debaran jantung yang melebihi biasa dan jika ia berlaku sekali-sekala, masalah berkenaan dikenali sebagai ‘paroxismal tachycardia’.

    Bagaimanapun, jika degupan jantung itu keterlaluan, bahagian berkenaan tidak dapat menerima pancaran gelombang selain arahan cengkaman dengan tepat.

    Akibatnya, darah tidak dapat dihantar ke lokasi sasaran. Risikonya pula, individu berkaitan boleh pengsan.

    Masalah pancaran gelombang yang membuatkan jantung berdebar dapat dikesan melalui pengambilan ECG serta rawatan susulan daripada doktor.

    Selain itu, masalah peningkatan hormon tiroid dari kelenjar tiroid yang terletak di depan leher juga boleh mengakibatkan jantung berdebar.

    Ia akibat cengkaman bahagian atria jantung dan ini juga dapat dikesan melalui ECG. Jika individu berkenaan was-was berkaitan rawatan yang diberikan, mereka boleh bertemu pakar perubatan.

    Debaran jantung juga boleh berlaku disebabkan perasaan resah dan gelisah. Apabila ia berlaku, individu berkenaan boleh mengalami kegagalan mengekalkan ereksi ketika bersama pasangan. Apabila perasaan resah gelisah itu dapat dikawal, fungsi syahwat akan kembali normal.


    p/s : aduh la kena kawal debaran jantung la plak....huhuhu.


    Punca kurang sperma



    TIDAK ada satu masa pun dalam riwayat hidup lelaki bilangan spermanya ada pada paras tinggi. Kadangkala bilangan sperma rendah dan adakalanya langsung tiada sperma.

    Bagaimanapun, mustahak untuk lelaki itu menjalani ujian air mani beberapa kali dalam masa sebulan jika mahu mengetahui kedudukan sebenar profil spermanya.


    Proses penghasilan sperma dalam kawalan hormon kesuburan Hormon Folikel rangsangan (FSH — Follicle Stimulating Hormone) dan tahap kesihatan. Gaya hidup juga mempengaruhi penghasilan sperma.

    Lelaki yang merokok, minum minuman keras, terdedah kepada cuaca atau suhu panas dan bahan kimia akan mendapati bilangan sperma mereka kurang. Selain itu kualitinya juga merosot.

    Pakaian dalam yang ketat dan padat juga mempengaruhi bilangan sperma. Jika kedudukan buah zakar ke bawah, menampungnya ke atas akan memberi tekanan kepada pemerosesan sperma dan bilangan sperma akan berkurangan.

    Justeru, lelaki itu perlu pakai pakaian dalam yang longgar atau tidak memakai seluar dalam langsung jika dia memakai seluar ketat!

    Sesetengah ubat juga memberi kesan kepada penghasilan sperma. Ubat antibiotik mengandungi sulfur, ubat nyah kulat seperti ‘ketoconazole’, ubat gastrik seperti Tagamet juga mengakibatkan sperma kurang.

    Apabila ubat dihentikan atau tukar kepada ubat lain, bilangan sperma akan pulih kembali.

    Pemeriksaan kesuburan lelaki, termasuk pemeriksaan buah zakar dan jika ujian air mani menunjukkan profil sperma yang tidak normal, ujian darah untuk menyukat hormon kesuburan FSH perlu dilakukan. Jika FSH rendah, ubat penyubur boleh diberi sekurang-kurangnya tiga bulan dan ujian air mani disusuli dengan ujian FSH.

    Jika ada peningkatan, kemungkinan isteri mengandung. Jika semua normal dan isteri tidak juga hamil, pemeriksaan lanjut kepada isteri perlu dilakukan. Selain ubat khusus, ubat alternatif dalam bentuk herba diberi jika ubat khas itu tidak memberi kesan positif.

    Tribestan dari herba Tribulus atau Ekstrak larut dalam air akar Tongkat Ali juga didapati berkesan menambah bilangan sperma. Bagaimanapun, lebih baik berjumpa doktor yang mahir dalam pengendalian masalah kesuburan lelaki daripada mencuba ubat yang bukan-bukan.


    p/s : ni rase nak gi check kesuburan cepat2 ni sblum kawen, hehehe.



    Kencing dalam tidur



    KENCING malam atau ‘nocturnal enuresis’ tidak berlaku kepada kanak-kanak saja, malah membabitkan ramai lelaki serta wanita dewasa.

    Golongan yang mengalami gejala berkenaan juga tidak perlu malu atau berasa aib mendapatkan nasihat doktor kerana jika tidak diberi perhatian, masalah itu sukar diselesaikan.


    Mengikut kajian, seorang daripada 30 hingga 40 golongan dewasa di United Kingdom (UK) berdepan masalah kencing malam dan jumlah itu mungkin hampir sama di kalangan kita.

    Walaupun perkara itu biasa berlaku, puncanya tidak jelas biarpun ia biasa dikaitkan dengan pundi kencing yang meragam.

    Kencing malam dalam tidur berlaku apabila pundi kencing penuh dan isyarat untuk bangun serta menahan kencing gagal diterima otak, maka individu itu kencing tanpa disedarinya.

    Ada beberapa perkara yang mungkin menjadi penyebab kencing malam. Antaranya, kemungkinan produksi kencing masih lancar waktu malam (biasanya produksi kencing lancar sebelah pagi).

    Jika individu berkenaan terkencing dalam tidur pada waktu malam, kemungkinan pengeluaran hormon vasopressin kurang, maka buah pinggang menghasilkan banyak kencing yang tidak dapat dikawal pundi kencing.

    Kemungkinan juga pundi kencing tidak besar. Ini bermakna individu itu tidak dapat menyimpan kencing kurang daripada biasa atau anda mempunyai pundi kencing yang meragam atau ‘overactive’.

    Apabila pundi kencing meragam atau lebih aktif, otot pundi kencing tidak melega untuk memberi ruang kepada kencing yang dihasilkan buah pinggang, maka ia mula mencengkam untuk mengeluarkannya tanpa amaran.

    Kemungkinan juga individu itu sukar bangun walaupun pundi kencing sudah penuh, jadi dia terkencing walaupun dalam tidur. Kajian menunjukkan kejadian kencing dalam tidur boleh berlaku walaupun seseorang itu tidur ringan.

    Sebab lain termasuk penyakit kencing kotor menyebabkan pundi kencing radang dan juga tekanan yang boleh mencetuskan kekerapan kencing malam.

    Beberapa perkara boleh dilakukan bagi membantu masalah kencing malam seperti mendapatkan bantuan doktor untuk menjalani pemeriksaan, selain membaca risalah gejala terbabit.

    Individu itu juga boleh menyimpan diari untuk mencatat waktu selain perkara yang membuatkannya terkencing dalam tidur. Ini boleh membuatkannya berjaga-jaga mengenai perkara yang mampu mencetuskan punca dia kencing malam.

    Kita perlu sedar, perkara ini bukan dibuat-buat dan ia berlaku secara tidak sengaja. Mungkin menenangkan minda dan emosi sedikit sebanyak dapat mengurangkan kekerapan ia berlaku.

    Dalam masa sama, individu itu boleh berusaha membuang air kecil waktu malam, bangun tidur beberapa jam sebelum waktu kebiasaannya bangun untuk membuang air kecil dan menggunakan rutin itu jika ia berkesan menangani masalah terbabit.

    Kurangkan minum air sebelum tidur dan pastikan juga buang air kecil sebelum tidur. Jika menggunakan penyaman udara, pastikan ia tidak sejuk kerana suhu sejuk boleh meningkatkan proses penghasilan air kencing.

    Kajian menunjukkan individu yang teruja permainan ‘on-line’ komputer dan tidur kerap mengalami mimpi basah serta kencing malam.

    Mereka digalakkan tidak melakukan aktiviti yang membuatkan mereka mudah teruja sebelum tidur untuk mengelak kencing malam.

    Panduan di atas dapat membantu satu daripada enam individu yang mengalami masalah kencing malam ketika dalam tidur.

    Bagaimanapun, jika masalah itu berlarutan, eloklah bertemu doktor.


    p/s : jaga2 wahai lelaki diluar sana, kalu ini terjadi cepat2 jumpa doktor ye, jgn nk operate sendiri plak, hehehe.



    Segala Post Disahkan Oleh...