Inspirasi...

Harian Metro Kosmo! Berita Harian

Dikuasakan Oleh

CLICK THIS BANNER !!

Tuesday, February 24, 2009

Fahami makna cinta



HANYA mereka yang pernah melaluinya pasti menyatakan betapa indahnya meneroka dunia cinta.



Yang gagal pula barangkali serik untuk meneruskannya buat kali kedua. Namun kepada mereka yang suka memburu cinta, istilah tewas, kecewa, pedih atau terluka tiada dalam kamus hidup mereka.

Sayang, cinta, kasih, suka atau obses kepada seseorang adalah elemen yang tertera dalam dunia perkasihan. Anugerah cinta adalah nilai yang tidak terhitung kerana di dalamnya terkandung pelbagai perkara yang memungkinkan anda bertemu dengan pelbagai rencah dan ranjau berbisa sebelum akhirnya menemukan cinta sejati.


Mungkin perasaan sedemikian pernah atau sudah anda lalui tetapi bagi yang baru pertama kali berdepan dengan perasaan dianggap aneh itu, ia mungkin satu pengalaman sukar ditafsirkan.
Hayati makna yang terkandung dalam kata-kata menyukai, menyayangi, mencintai atau apa saja yang berkaitan dengannya sebagai panduan.




  • - Saat kau menyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

  • - Saat kau menyayangi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

  • - Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

  • - Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.

  • - ‘Suka’ adalah saat dia menangis, kau akan berkata: “Sudahlah, jangan menangis.”

  • - ‘Sayang’ adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya.

  • - ‘Cinta’ adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata: “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”

  • - ‘Suka’ adalah saat kau melihatnya kau akan berkata: “Ia sangat tampan dan menawan.”

  • - ‘Sayang’ adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

  • - ‘Cinta’ adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata: “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.”

  • - Di saat orang yang kau suka menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.

  • - Di saat orang yang kau sayang menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.

  • - Di saat orang yang kau cintai menyakitimu, kau akan berkata: “Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”

  • - Di saat kau suka padanya, kau akan ‘memaksanya’ untuk menyukaimu.

  • - Di saat kau sayang padanya, kau akan membiarkannya memilih.

  • - Di saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.

  • - ‘Suka’ adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.

  • - ‘Sayang’ adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.

  • - ‘Suka’ adalah hal yang menuntut. ‘Sayang’ adalah hal memberi dan menerima.

  • - Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.



  • p/s : semoga cinta kita berkekalan selamanya...insyaAllah...



    Isteri naik hantu


    KUALA LUMPUR: Hanya air mata dapat menceritakan keperitan seorang lelaki apabila sering dibelasah isterinya yang disifatkan sebagai ahli gusti gila semata-mata kerana tidak suka mendengar nasihat sejak tiga tahun lalu.


    Lelaki yang dikenali sebagai John itu mendakwa, isterinya berang apabila dinasihat menghentikan tabiat buruk gemar berkaraoke dan berhutang dengan along hingga mengabaikan anak yang sakit.


    Penyelia stor itu berkata, isterinya berusia 30 tahun itu mempunyai kekuatan luar biasa apabila ‘naik hantu’ hingga mampu mencekik sebelum menghempas kepalanya ke dinding rumah.


    Malah, lebih menakutkannya apabila wanita terbabit mengugut mahu membunuhnya dengan pisau dan serpihan kaca botol.


    Ini menyebabkan John kerap melarikan diri apabila isterinya mengamuk.


    John berkata, tingkah laku ganas isterinya sukar dibendung, malah ada kalanya diibaratkan sama seperti haiwan ganas.


    Dalam kejadian terbaru jam 7.30 malam baru-baru ini, dia menghubungi isterinya di pejabat dan meminta segera pulang ke rumah berikutan anak lelaki berusia hampir dua tahun diserang lelah.


    “Saya merayu supaya anak dibawa ke klinik di Wangsa Maju untuk mendapatkan rawatan. Namun, dia memberi alasan sudah mempunyai rancangan untuk berkaraoke bersama rakan selepas waktu pejabat.


    “Lantaran itu, adik kandung saya membantu menghantar anak ke klinik,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


    Menurut John, dia cuba mendapatkan penjelasan daripada isterinya yang pulang tengah malam, tetapi dihadiahkan dua penumbuk di muka.


    Ketika itu, mangsa sedang mendukung anaknya yang menangis sakit. Isterinya pula langsung tidak menunjukkan simpati sebelum menendang suaminya hingga hampir terjatuh.


    Sambil menunjukkan kesan tumbukan isterinya pada tiga pintu bilik rumah, John berkata, dia tidak dapat mempertahankan diri berikutan ketika itu menutup kepala dan badan anaknya kerana bimbang turut dicederakan.


    Selepas puas membelasah suaminya, wanita itu keluar sebelum pulang keesokan hari dengan mengurung diri dalam bilik.


    “Sebaik bangun daripada tidur, dia kembali mengganas mencekik leher saya sebelum menghentak kepala saya ke dinding.


    “Serangan mendadak itu menyebabkan saya terkejut selain anak saya menangis akibat ketakutan. Dia meluru ke dapur sebelum mengambil pisau dan mengacukannya ke arah saya,” katanya.


    Mangsa bagaimanapun merampas pisau berkenaan selepas bergelut dengan isterinya.


    “Isteri saya kemudian mencapai botol kaca minuman sebelum menghentak ke arah rak dapur untuk memecahkannya. Disebabkan ketakutan, saya mencapai anak sebelum melarikan diri,” katanya sambil mendakwa isterinya menelan beberapa biji pil sakit kepala untuk menyambung tidur.


    Dalam kejadian lain, dia sekadar bertanya kepada isterinya menghilang sehari suntuk dengan mengabaikan suami dan anak.


    “Entah mengapa dia tiba-tiba mengamuk dan menjadi agresif sebelum menghempaskan semua perkakas rumah, termasuk pinggan mangkuk di dapur,” katanya.


    Lelaki malang itu berkata, isterinya cuba menyerang anaknya menyebabkan dia terpaksa melarikan diri sebelum menghubungi talian Rakan Cop untuk mendapat bantuan polis.


    “Sebaik polis sampai ke perkarangan rumah, isteri semakin naik angin dan tidak membenarkan kami masuk ke dalam rumah walaupun dirayu supaya mengawal perasaan.


    “Selepas membuka pintu, dia bersembunyi dalam stor. Selepas dinasihati polis, dia akhirnya berjanji tidak mengulangi perbuatannya itu,” katanya.


    John turut mendakwa isterinya menggunakan wang simpanan anak sebanyak RM3,500 untuk berjoli dan memenuhi tabiat buruknya berjudi.


    “Apabila ditanya, dia memberitahu semua wang terbabit sudah habis dibelanjakan, termasuk membayar hutang along,” katanya.


    Dia yang sudah membuat tiga aduan di Balai Polis Setapak, berkata dia sendiri pernah terjumpa kad kuning dalam dompet isterinya mengandungi nombor telefon seorang lelaki serta beberapa tulisan pinjaman along dengan anggaran melebihi puluhan ribu ringgit.


    Dia berkata, isterinya yang sudah meletakkan jawatan kini bersekedudukan dengan beberapa warga asing dari Timur Tengah.


    “Saya dapat berjumpanya di rumah sewa barunya dengan membawa anak. Malangnya, kami dihalau,” katanya.


    Menurutnya, dia kini dibelenggu masalah baru apabila beberapa lelaki dipercayai along datang ke rumahnya untuk menuntut hutang isterinya.



    p/s : ganas gila, harap2 isteriku tak wat gini kat aku nanti...huhu.


    Monday, February 23, 2009

    Lagu Cinta Kita...


    Walaupun video ni dah lama aku edit untuk kekasihku tapi masa tu dia hanya sebagai kekasih tapi sekarang dah bertitle tunang so aku nak tuju sekali lagi lagu ni untuk kesayanganku, hehe. Lagipun tak puas2 aku tengok video ni sebab dia cakap aku lah lelaki pertama edit video untuk dia, wah bangga la (bukan bangla) aku tak terhingga. Aku rasa terharu dan happy sangat2 sebab dia hargai kerja2 aku untuk dia, thanks sygku tunagku bakal isteriku jua, lagu ini untukmu khas daripada ku lelaki mu...huhu.




    Terlihat wajahku dimatamu...
    Yang mendambakan kasih sayang...
    Petanda benih cinta mulai tumbuh...

    Kau jauh disana...
    Bersama rinduku...

    Hanyalah daun berdesis sayup...

    Kuingin dengan ketulusan hati...
    Membuka pintu hatimu...

    Sambil berbisik...
    Aku Sayang Padamu...

    Mulai kini kuserahkan cintaku...
    Sejak hari ini hatiku bersamamu selamanya...
    Dan pasti kuberikan cintaku...
    Mulai saat ini diriku milikmu selamanya...

    Kau jauh disana...
    Dan kau bersama rinduku...
    Oh..hanyalah daun berdesis sayup...

    Kuingin dengar setulus jiwamu...
    Mengalun hangat diriku...
    Sambil berbisik...
    Aku Cinta Padamu...

    Cintaku Untukmu...



    p/s : jiwangnya aku rupanya, hehe, syg suka dops?



    Sunday, February 22, 2009

    Satu kerandut


    JARANG berlaku fenomena lelaki hanya mempunyai sebiji buah zakar kecuali sebab semula jadi atau sebenarnya ia ada, cuma tersangkut di dalam dan mungkin tidak aktif.


    Pembedahan boleh dijalankan untuk menurunkan buah zakar itu ke dalam kerandut, tetapi seelok-eloknya ia dilakukan sebelum berumur dua tahun iaitu selepas doktor melakukan pemeriksaan terhadap bayi dan mendapati berlaku fenomena berkenaan.


    Jika pembedahan lambat dilakukan selepas dikesan, buah kerandut itu mungkin terencat tetapi jika lelaki berkenaan sudah dewasa, tidak mengapa jika prosedur kesihatan terbabit tidak dijalankan.


    Bagaimanapun lelaki perlu tahu, kemungkinan buah zakar yang tersangkut itu menjadi kanser adalah tiga atau empat kali ganda berbanding yang normal.


    Ada segelintir pakar menyarankan buah zakar yang tersangkut itu dibuang melalui pembedahan dan ada yang tidak mengesyorkan apa-apa.


    Kini dengan ujian darah, perubahan kanser dapat dipantau dari semasa ke semasa dan tumbesaran buah zakar yang tersangkut itu dapat dilakukan melalui imbasan MRI atau CATS.


    Berkaitan kesuburan, tiada sebab kenapa lelaki tidak subur jika buah zakar yang satu itu sihat. Bagaimanapun, jika ia kecil atau terencat, sudah tentu ia mampu mengganggu kesuburan.


    Perkara berkaitan kesuburan jika mempunyai hanya sebiji buah zakar itu boleh dikesan melalui ujian air mani, tetapi tidak digalakkan menjalani ujian itu tanpa sebab.


    Jika lelaki berkenaan berkahwin lebih setahun dan kerap bersetubuh tetapi tidak mempunyai zuriat, mungkin ujian air mani itu boleh dijalankan.


    Bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak perlu risau jika hasil ujian dijalankan normal, malah tidak perlu risau sekarang ini kerana ramai lagi yang mempunyai sebiji buah zakar.


    Ramai lelaki yang mengalami masalah berkenaan kini sudah berkahwin dan mempunyai zuriat.


    p/s : bersyukur aku normal, hehe.


    Wednesday, February 18, 2009

    Menuju Alam Perkahwinan

    Kau tercipta untukku...

    Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing-masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan.


    Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu
    "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin".


    Sayangku tunangku, nak cincin macam ni ke?


    KENAL

    Kita disuruh kenal/ta'ruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata-mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah disuruh dan dicari orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya.


    Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.


    "Apakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar
    "Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi...
    "Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?"


    Pelamin kita mesti lagi lawa dari ni kan sayang...


    Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi "Pernahkah kamu bermu'amalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan-kawannya"
    Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya.


    Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab
    dengannya....


    Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali,
    TOLAK-ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara.


    KELAS

    Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan.


    Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam , sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA'
    untuk menjaga akhlak dalam Islam.


    KUFU

    Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya.


    Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlakyang sempurna.


    Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.


    Hantaran kita pun mesti lagi lawa dari ni kan...



    KASIH

    Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis:-


    "Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan."


    Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.


    Rasulullah memberitahu:-

    "Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu."


    Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga..
    Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar-benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki."


    Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga.
    Hadis Nabi ada menyatakan:-


    "Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan"

    "Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan"


    "Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunanya" dan


    "Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya."


    Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasakkan dengan betul. InsyaAllah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.


    REDHA

    Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya,
    Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dengan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka.


    "Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya."


    Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur :ayat 26:-

    "Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik."


    Saat-saat ni yang mendebarkan ni, huhu.


    Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima.


    Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami.


    Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang.


    Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ....Begitu juga sebaliknya masalah berlaku.


    Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA".


    Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk. Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga....



    Ini la perjalanan cinta kita nanti sayangku tunangku jua...


    p/s : kena kuatkan fizikal dan mental sebelum kahwin ni...banyak dugaan menanti, InsyaAllah kita hadapinya dengan tabah dan bahagia wahai bakal isteriku...



    Hasad dengki penyakit hati



    Perasaan marah jika disimpan lama maka ianya amat sukar untuk disembuhkan yang akhirnya akan terpendam lantas menghasilkan rasa dendam. Tanda-tanda itu dapat dikesan apabila individu itu berterusan membenci dan menjauhi orang tersebut. Hasad dengki adalah kesan daripada dendam. Daripada az-Zubair telah bersabda Nabi: "Telah merebak kepada kamu semua penyakit umat-umat yang sebelum kamu iaitu; hasad dan kebencian".





    Dalam Sohehain Nabi bersabda; "Janganlah kamu saling berbencian, janganlah saling memutuskan persaudaraan, janganlah saling memalingkan muka, jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara." Dalam hadis yang lain Nabi berkata; "Sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan-kebaikan sepertimana api yang memakan (membakar) kayu api."



    Disebutkan dalam hadis tentang punca yang menyebabkan seseorang itu memasuki Syurga Allah, sabda Nabi bermaksud; "Akan muncul kepada kamu daripada kaki bukit ini seorang lelaki yang merupakan antara penghuni Syurga, maka muncullah seorang lelaki lantas lelaki itu ditanya tentang amalannya lalu lelaki itu berkata; sesungguhnya aku tidak dapati dalam diri aku ini pembohongan dan juga hasad dengki terhadap kaum muslimin yang dikurniakan kebaikan daripada Allah."



    Imam Ibnu Sirin berkata; 'Aku tidak dengki dengan seseorang keatas sesuatu yang berkaitan dengan dunia, kerana jika dia dikalangan ahli Syurga maka bagaimana aku dengki terhadapnya sedangkan ianya berkaitan dengan urusan dunia dan dia sedang menuju ke Syurga. Jika dia dikalangan ahli Neraka maka bagaimana aku dengki terhadapnya sedangkan ianya berkaitan dengan urusan dunia lantas dia sedang melalui jalan ke Neraka. Iblis telah berkata kepada Nuh alaihissalam, janganlah kamu sesekali berhasad dengki sesungguhnya ianya telah menjadikan aku seperti sekarang ini."



    Perbezaan antara hasad dan ghibtoh;

    Hasad ialah; kamu membenci nikmat yang di anugerahkan kepada saudara kamu dan kamu suka jika nikmat itu hilang daripadanya.


    Ghibtoh ialah; kamu tidak membenci kewujudan nikmat yang ada pada saudara kamu dan kamu tidak suka jika nikmat itu hilang daripadanya akan tetapi kamu menyukai jika nikmat yang sama kamu perolehi untuk diri kamu.



    Bagaimana mengubati penyakit hasad dengki?

    Kadang-kadang ubat yang menghilangkan penyakit ini ialah dengan sifat redho dengan qodho, kadang-kadang ianya dapat dihilangkan dengan sifat zuhud dengan kehidupan dunia, kadang kala ianya dapat dihilangkan dengan kita melihat kepada nikmat tersebut yang biasanya termasuk dalam perkara yang merunsingkan dan akan dihisab di akhirat. Maka akan tawarlah hati kita dan meninggalkan bisikan-bisikan hati yang jahat itu.



    Adapun sikap suka bersaing untuk mendapatkan kebaikan dengan cara yang menepati syarak maka ini adalah perbuatan yang terpuji khususnya jika untuk merebut ganjaran yang disediakan oleh allah. Allah telah berkata; " Dan pada yang demikian maka saling bersainglah orang yang berlumba-lumba) al-Mutoffifin ayat 26.



    Dalam Sohehain Nabi telah berkata; "Tiada hasad dengki kecuali dalam dua perkara; "Seorang lelaki yang Allah berikan padanya al-Quran (menghafaz) maka dia bangun pada waktu malam dan siang hari. Dan juga seorang lelaki yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan dan lelaki itu menginfaqkannya di jalan yang baik siang dan malam."



    Faktor yang membawa kepada hasad dengki;

    1) Permusuhan

    2) Takabbur

    3) Sifat ujub ataupun banggga diri

    4) Cintakan pangkat dan kedudukan

    5) Jiwa yang kotor

    6) Benci membenci


    Semoga penjelasan ringkas ini dapat menghindarkan kita daripada sifat yang keji ini yang mana kesannya ialah menjadikan umat islam tidak berdaya maju, berada di takuk yang lama tanpa ada perubahan dari semua aspek kehidupan. Lihatlah bagaimana lemahnya umat islam dari sudut ekonominya sebagai salah satu contoh yang paling mudah.

    Ingatlah kemaksiatan pertama yang dilakukan oleh makhluk adalah hasad dengki yang akhirnya menjadikan iblis itu angkuh dan sombong lantas dilaknat oleh Allah sehingga hari kiamat. Wallahu a'lam.

    p/s : orang kuat dengki memang busuk hati, orangnya pun busuk kot, hehe.


    Tuesday, February 17, 2009

    Isteri mati pendam rasa


    KEMAMAN: Akibat tertekan dengan khabar angin kononnya suami akan berkahwin lagi, seorang wanita sanggup minum cecair pencuci lantai hingga meragut nyawanya, kelmarin.


    Suami wanita terbabit yang juga seorang guru, berkata dia tidak mahu menuduh siapa bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu yang menjadi punca tindakan nekad isterinya.


    “Saya sangat menyayanginya dan berjanji akan menyelesaikan perselisihan kami, tapi belum sempat berbuat demikian. Kini, dia pergi selama-lamanya meninggalkan saya dan tiga anak yang masih kecil.


    “Sebelum kejadian ketika tiba di sekolah, saya sempat menghantar SMS kepadanya untuk menyelesaikan masalah kami,” katanya ketika dihubungi, semalam.



    Lelaki berusia 38 tahun itu berkata, dia percaya tindakan arwah isterinya akibat tidak tahan menanggung bebanan perasaan berikutan krisis rumah tangga yang berlaku sejak akhir-akhir ini.


    Dia mendakwa tidak pernah curang atau bermain kayu tiga sejak mendirikan rumah tangga, sembilan tahun lalu.


    Namun, kata guru itu, sejak akhir-akhir ini, rumah tangga mereka yang disatukan atas dasar suka sama suka pada 2000 itu goyah hingga tidak bertegur sapa selama beberapa hari.


    Dia mengakui arwah isterinya memendam rasa dan kecewa dengannya, tetapi tidak mengetahui apa yang dipendamnya.


    “Sepanjang berkahwin, saya tidak pernah curang atau menyintai wanita lain, malah tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga saya curahkan sepenuhnya terhadap dia dan tiga anak,” katanya.


    Dia berkata, keluarganya harta yang sangat bernilai.


    “Saya pernah tinggal sendirian di tempat kerja, tetapi kasih sayang terhadapnya menggunung tinggi. Saya tidak sanggup menghancurkan hatinya dan tiga anak yang mengharapkan kasih sayang saya sebagai ketua keluarga,” katanya.


    Mengimbas kejadian terbabit, guru itu berkata dia terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada arwah isterinya yang ketika itu dalam kesakitan selepas dipercayai minum cecair berkenaan jam 8.20 pagi.


    Dia yang ketika itu di sekolah bergegas pulang dan terkejut mendapati isterinya terbaring di hadapan pintu tandas dalam bilik tidur di tingkat atas.


    “Ketika kejadian hanya arwah di rumah, manakala tiga anak berusia lapan, lima dan dua tahun di rumah pengasuh.


    “Melihat keadaan isteri terbaring kaku tapi masih bernafas, saya memanggil kakak ipar yang tinggal berhampiran dan segera membawa isteri ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.


    Bagaimanapun, wanita berusia 35 tahun itu hanya sempat bertahan tujuh jam sebelum menghembuskan nafas terakhir jam 2.50 petang.


    Jenazah isterinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Mentok di sini, jam 11 malam.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat, ketika dihubungi semalam, mengesahkan kejadian berkenaan.


    Katanya, polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan hasil siasatan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.


    “Difahamkan, berlaku perselisihan faham antara pasangan terbabit dan mendakwa ia berlarutan hingga mangsa yang tidak tahan menanggung bebanan perasaan tanpa disedari mengambil tindakan itu,” katanya.


    p/s : bukan begini caranya nak selesaikan masalah...jangan buat macam ni tak baik berdosa besar...


    Sunday, February 15, 2009

    80 kaedah urutan diiktiraf seluruh dunia

    DIANGGARKAN lebih daripada 80 kaedah urutan yang diiktiraf di seluruh dunia.

    Keberkesanannya secara klinikal turut membuatkan urutan terus popular.



    Biarpun tiada kaedah piawaian untuk satu-satu jenis urutan, urutan lazimnya dilakukan ke atas otot, tendon, ligamen, kulit, sendi atau tisu penghubung lain.


    Urutan yang boleh dilakukan menggunakan tangan, jari, siku malah kaki ini sebenarnya sudah terkenal sejak zaman berzaman. Tulisan awal mengenai urutan boleh ditemui dalam tamadun kuno termasuk Rom, India, Jepun Mesir dan Mesopotamia.


    Antaranya adalah urutan yang direkodkan sebelum Masihi lagi yang menceritakan mengenai urutan seharian menggunakan minyak zaitun sebagai sebahagian daripada regim kecantikan wanita.


    Urutan semakin popular di Amerika Syarikat pada pertengahan abad ke-19. Namun ketika era 1930-an hingga 1940-an, pengaruh urutan kian berkurangan lantaran perkembangan dalam bidang perubatan.


    Apapun, pada 1970-an, pengaruh urutan kian meningkat sekali lagi khususnya di kalangan atlit sukan di negara terbabit. Urutan turut digunakan pada era berkenaan oleh jururawat bagi membantu mengurangkan kesakitan di kalangan pesakit serta membantu mereka untuk tidur.


    Ketika kejohanan Olimpik Musim Panas 1996 di Atlanta, urutan ditawarkan buat pertama kali sebagai perkhidmatan perubatan utama.




    Info jenis urutan


    Urutan Thai:


  • - Ia dipercayai dikembangkan oleh ahli perubatan Buddha, Jivaka Kumar Bhaccha, kira-kira lebih daripada 2,500 tahun lalu di India.

  • - Ia kemudian sampai ke Thailand di mana teknik dan falsafah Ayurveda yang digunakannya itu turut dipengaruhi oleh perubatan Cina.

  • - Selama berabad lamanya, urutan Thai dilakukan oleh golongan sami sebagai salah satu komponen perubatan Thai.

  • - Urutan Thai agak lasak dengan penggunaan tangan, lutut dan kaki pakar terapi urutan.

  • - Ramai menganggap urutan Thai memberi kesan merehatkan dan membuatkan diri lebih bertenaga.

  • - Urutan ini tidak menggunakan sebarang minyak yang lazimnya dilakukan di atas lantai berlapik.

  • - Ia boleh mengambil masa antara 60 minit sehingga dua jam.

  • - Urutan ini antara lain membantu seseorang untuk lebih relaks, mengurangkan tekanan, meningkatkan peredaran darah, meningkatkan tenaga serta menyeimbangi keadaan tubuh.

    Urutan aromaterapi

  • - Sejenis urutan yang popular di spa.

  • - Ia menggunakan minyak pati tumbuh-tumbuhan yang digabungkan dengan minyak pembawa. Penggunaan minyak pati sudah dikenali sejak zaman kuno di Mesir, Itali, India dan China.

  • - Minyak pembawa adalah minyak sayur-sayuran yang digunakan sebagai asas untuk mencairkan minyak pati sebelum ia disapu pada kulit. Minyak pembawa digunakan kerana minyak pati terlalu pekat untuk disapu terus pada kulit. Antara minyak pembawa yang popular adalah minyak kelapa, avocado dan badam manis.

    Urutan tidak digalakkan untuk mereka yang mempunyai keadaan berikut:

  • - Penyakit kulit berjangkit, ruam atau luka

  • - Baru menjalani pembedahan

  • - Baru menjalani kemoterapi kecuali disarankan doktor

  • - Cenderung untuk mengalami masalah darah beku.

  • - Wanita hamil (sebaiknya berbincang dengan doktor terlebih dulu sebelum melakukan urutan manakala urutan untuk wanita hamil sebaiknya dilakukan pakar terapi urutan yang bertauliah dalam urutan wanita hamil).

    Petua urutan:

  • - Jangan mengambil makanan berat sebelum mengurut

  • - Tiba awal di spa atau pusat urutan, sekurang-kurangnya 10 minit untuk merehatkan tubuh sebelum memulakan urutan.

  • - Pastikan pakar terapi urutan mengetahui maklumat kesihatan diri kerana sesetengah jenis urutan tidak sesuai dilakukan untuk mereka yang mempunyai masalah tertentu.

  • - Jika rasa tidak selesa semasa diurut, maklumkan pada pakar terapi urutan.

  • - Bernafas membantu diri untuk lebih merehatkan tubuh. Ramai yang kurang bernafas semasa diurut kerana rasa gementar.

  • - Rehatkan diri ketika diurut.

  • - Minum selepas urutan.

  • - Ambil sedikit masa bersendirian selepas urutan bagi membolehkan tubuh 'menerima' manfaat urutan.

  • - Kesan terapeutik urutan mengambil masa justeru, sebaiknya ia dilakukan lebih kerap untuk menikmati manfaatnya. Oleh itu, jika urutan itu bertujuan untuk memulihkan ketegangan otot atau pulih daripada masalah tisu lembut, sesi urutan lazimnya mengambil masa.


  • p/s : bestnya kalu ada org urut aku hari2...hehe


    Suami takut jimak


    KISAHNYA memang pelik, tapi ia benar-benar berlaku. Seorang suami tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan isteri walaupun sudah berkahwin lima tahun. Alasannya, dia malu melihat kemaluan isteri selain takut untuk melakukan seks.


    Menakjubkan juga apabila si isteri bersabar dan dalam masa sama tidak pernah jemu memujuk suami dengan melakukan belaian manja, namun akhirnya suami menarik diri.


    Ia bukan kerana suaminya mengalami masalah dengan alat kelamin, sebaliknya dia terlalu malu selain takut untuk melakukan hubungan seks.


    Akibatnya, selain isteri terseksa daripada segi batin, keluarga mentua menganggap suami terkena buatan orang. Lantas, suami dibawa bertemu bomoh untuk diurut kerana isterinya tidak mengandung walaupun sudah lima tahun berkahwin.


    Apa yang berlaku kepada suami itu memang aneh kerana jarang berlaku keadaan di mana lelaki tidak suka melakukan hubungan seksual.


    Suami terbabit mungkin terfikir hubungan seks membabitkan perkara ‘aneh’ iaitu perlu berdepan pasangan dalam keadaan memalukan, berbogel atau selak kain, perlu sentuhan kepada anggota kelamin dan pelbagai lagi.


    Semua itu mungkin mengaibkan atau membengangkannya. Berdasarkan aduan diterima, si isteri turut cuba membantu menyelesaikan masalah dengan bersama-sama menonton ‘filem dewasa’, tetapi suaminya tetap tidak mahu melakukan seks, sebaliknya lebih gemar menonton filem itu berseorangan.


    Selain itu, belaian diberi kepada suami turut ‘memanaskan’ lelaki itu tetapi apabila syahwat semakin meningkat suami tiba-tiba menarik diri, menyebabkan isterinya terkapai-kapai sendirian.


    Dalam menghadapi masalah sebegini, peranan isteri sangat penting. Memandangkan isteri itu sudah biasa tidak mendapat kepuasan seks selain sentiasa bersabar dengan suami, nyata usahanya membawa kemajuan.


    Biarpun isteri itu secara spesifiknya masih gagal mendapatkan kepuasan seks, terbukti belaian dan cumbuannya mampu membuatkan suaminya ‘panas’ hinggalah dia akhirnya meminta dihentikan.


    Jadi, kepada sesiapa yang menghadapi masalah seperti ini, isteri digalakkan untuk terus membelai dan mendidik suaminya untuk berintiman. Jangan sekali-kali fikir perbuatan isteri meminta adegan intim daripada suami adalah sesuatu yang aneh. Ini kerana ia perbuatan yang sangat diperlukan dalam situasi dihadapi.


    Isteri juga perlu terus bersabar jika mahu mengekalkan kehidupan rumah tangga. Pada masa sama suami perlu mendapat banyak pendedahan daripada pembimbing atau membaca buku panduan supaya mampu membuka minda selain tidak tersalah tafsir berkaitan seks.


    Antara pendekatan sesuai ialah bimbingan dan kaunseling seks dan bantuan pakar perubatan. Ia memang memerlukan masa dan bimbingan susulan perlu dilakukan sehingga berlaku perubahan terhadap si suami.


    Jangan putus asa. Teruskan perjuangan hidup berumahtangga.


    p/s : ish3x...kesiannya isteri dia kn...huhu.


    Saturday, February 14, 2009

    Yakjuj & Makjuj (Berita Gempar Dari NASA!!!)


    Walaupun berita ni dah agak lama, aku tetap nak letak jugak...bacalah walaupun dah baca sebelum ni...hehe.

    WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini.


    “Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”. “Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu.


    “Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.


    Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole”


    “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”. “Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.


    Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau”.


    “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”. Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.


    “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria”, mengikut kata sumber.“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.


    “Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?”


    Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.


    “Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa tanda tanya.


    Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”. Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”. Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.


    Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.


    p/s : erm xtau nk komen pe, yg pasti kite sudah hampir ke penghabisan dunia...


    Thursday, February 12, 2009

    Pokok Jantan...

    Funny Pictures, Images and Photos


    Haha pokok cam ni pun ada, kalu ada kat kampung aku memang ari2 aku gi lepak sini, bleh gak jadi tempat date ngan tunang aku, huhu, besar tu memang power sgt2 ni, korang rasa kalu korang nampak pokok ni ape korang akan wat?

    A) wat2 x nampak..
    B) pegi ambik gambar ngn pokok ni
    C) terus lari kerana malu...
    D) pegi gosok2 pokok ni, hehe
    E) pegi potong / tebang pokok ni
    F) jawapan selain dari diatas...(sila gtaw ye dlm komen, huhu)

    p/s : kalu aku, mesti ar pilih jwpn B ngn D, hahaha :-p

    Ucap 'Aku mencintaimu' secara serius



    BANYAK perkara yang perlu diketahui apabila menjalin hubungan dengan lelaki atau wanita yang baru dikenali.




    Sisi sesebuah perhubungan, lama atau baru bukan persoalan. Namun, menyatukan dua insan yang berlainan pandangan, sikap mahupun latar belakang tidak semudah disangka. Bahkan, ia melalui banyak fasa dalam meneguhkan jalinan yang penuh keindahan pada akhirnya.


    Jika anda sudah lama mengenali, tetapi belum begitu memahami dirinya, petua berikut mungkin boleh menjadi panduan di saat hubungan sedang goyah. Ia juga mungkin bermanfaat jika mahu memulakan satu fasa baru bersama pasangan.




    Aku dan tunangku memang serasi, huhu.



  • - Berikan lebih daripada yang dia harapkan dan lakukan dengan senang hati. Ingat, jangan harap mendapat balasan daripada apa yang anda berikan, selagi dia belum milik anda ataupun jika sudah termaktub dia hak anda sekalipun, biarlah balasan itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta.

  • - Bernikah dengan lelaki atau wanita yang anda cintai. Ketika usia beranjak tua, kebijaksanaan dan keelokan percakapan serta perlakuannya akan membuat anda bahagia sepanjang hayat biarpun tanpa dilimpahi kemewahan.

  • - Jangan percaya dengan apa yang anda dengar, jangan habiskan apa yang anda miliki atau tidur semahunya. Percayalah pada kata hati ketika mendengar segala fitnah dan tohmahan bagi menguji kesetiaan.

  • - Ketika mengucapkan, "Aku mencintaimu", lakukan dengan serius. Semua keputusan yang anda pilih, ada akibatnya oleh itu, bertanggungjawab atas pilihan atau keputusan yang dibuat.

  • - Ketika berkata, "Maafkan saya", pandang matanya. Kata maaf tidak cukup hanya dengan ucapan tetapi perubahan sikap juga penting. Maaf yang tulus adalah daripada hati.

  • - Bertunang dulu sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan sebelum membuat keputusan bernikah kerana ia mampu memberi ruang untuk mengenali hati budinya. Perhubungan harus dilaksanakan tahap demi tahap dalam usaha mencapai keserasian dan keindahannya.

  • - Percayalah pada cinta pandang pertama.

  • - Jangan mentertawakan atau meremehkan impian orang.

  • - Cintailah orang lain dengan mendalam setelah anda melalui kekecewaan dalam cinta pertama. Anda mungkin akan sakit dan terluka tetapi sesungguhnya itulah cara untuk menjalani hidup yang sebenar dalam fasa seterusnya.

  • - Saat pertengkaran atau perdebatan yang hebat, jangan menyebut nama seseorang yang sememangnya dibenci pasangan atau kekasih anda.

  • - Jangan menilai orang dengan siapa mereka berteman.

  • - Bicara biarlah perlahan tetapi berfikir biarlah cepat. Ingat, lidah ibarat sebilah pedang tajam dan setiap saat dapat melukai sesiapa termasuk orang yang anda sayangi.

  • - Ketika seseorang mengajukan pertanyaan yang anda tidak ingin menjawabnya, anda hanya perlu tersenyum dan tanya sebaiknya dalam nada yang tidak menyakitkan.

  • - Cinta dan kejayaan besar memerlukan pengorbanan bukan sedikit.

  • - Ketika kalah, jangan lupa pelajaran yang diperolehi. Kekalahan bukan bererti anda sudah gagal tetapi daripada kegagalan itulah anda sedar dan mulai belajar sesuatu.

  • - Hargai diri sendiri dan orang lain serta bertanggung jawab pada semua yang anda lakukan.

  • - Jangan biarkan pertengkaran kecil memusnahkan persahabatan.

  • - Ketika anda sedar sudah melakukan kesalahan, ambil langkah segera untuk memperbaikinya.

  • - Tersenyumlah saat menerima telefon daripada si dia atau yang teristimewa. Orang yang menghubungi anda akan mendengarnya daripada reaksi atau nada suara anda.

  • - Habiskan waktu sendirian adalah saat tepat untuk anda mengkaji atau bermuhasabah diri.


  • p/s : indahnya percintaanku ini...kn syg kn..




    Pulau berbentuk hati jadi tarikan kekasih




    GAMBAR menunjukkan pulau berbentuk hati di Croatia.


    ZAGREB - Pulau Galesnjak yang terletak di Laut Adriatik di luar pantai Croatia kini menjadi perbualan di kalangan pasangan kekasih kerana bentuknya seperti hati, lapor sebuah akhbar semalam.


    Pulau itu sebelum ini tidak menjadi perhatian banyak pihak walaupun pemiliknya menyedari ia mempunyai bentuk seperti hati.


    Namun, sejurus imej pulau itu muncul dalam laman Google Earth, ramai pasangan kekasih mula menjadikannya sebagai topik perbualan sehingga ada yang mahu mengunjunginya.


    Pulau itu berkeluasan 108.69 meter persegi dan ia merupakan lokasi terbaik untuk meraikan Hari Kekasih pada Sabtu ini.


    Pemilik pulau itu, Vlado Juresko berkata: "Tiada sesiapa tinggal di pulau itu tetapi jika ada kekasih yang mahu menghabiskan masa bersama, ia adalah tempat yang terbaik."


    Namun, dia tidak menjelaskan siapakah pelancong yang mahu tinggal di pulau itu atau bagaimana cara mereka akan memperoleh makanan dan air.


    p/s : tunangku, jom kte gi honeymoon kat sini, hehe.


    Al-Quran tidak dimakan api




    HAKIMI menunjukkan al-Quran yang tidak hangus selepas rumahnya terbakar di Taman Seroja, Kangar semalam.



    KANGAR – Senaskhah al-Quran ditemui masih dalam keadaan elok meskipun terlibat dalam kebakaran yang menyebabkan empat deretan rumah di tingkat atas hangus dijilat api di Taman Seroja di sini awal pagi semalam.


    Penemuan itu mengejutkan pemiliknya, seorang pengawal keselamatan, Hakimi Harun, 49.


    Menurut Hakimi, kitab tersebut ditemui ketika dia sedang melakukan kerja-kerja membersih rumahnya selepas operasi memadam kebakaran selesai dijalankan oleh anggota Bomba dan Penyelamat.


    Katanya, apa yang menghairankannya, hanya kulit al-Quran itu sahaja terbakar tetapi ayat-ayat suci di dalamnya langsung tidak terjejas bahkan tidak basah terkena air bomba.


    “Semua barangan di tingkat atas seperti buku sekolah, katil dan almari pakaian rentung menjadi arang tetapi al-Quran itu ditemui dalam keadaan yang masih elok malah tidak basah terkena air sewaktu operasi memadam dijalankan.


    “Penemuan ini mengagumkan saya dan ini menunjukkan tanda kebesaran Allah. Saya akan terus memelihara kitab suci ini,” katanya ketika ditemui.


    p/s : bukti kekuasaan Allah S.W.T.


    Gelora nafsu lepas bertunang


    ALOR STAR: Belumpun sempat bergelar pengantin baru, malah baru sembilan jam bertunang, sepasang kekasih yang kemaruk cinta dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah motel dekat sini, tengah malam kelmarin.


    Pasangan berusia 20-an dari Pendang itu dikatakan menyewa di bilik di motel itu kerana beranggapan sudah mempunyai 'lesen' untuk hidup bersama, tetapi tindakan mereka mengundang padah.


    TAHAN...anggota penguatkuasa Jaik menyoal siasat dua
    remaja yang dicekup berkhalwat dalam sebuah bilik
    motel di Simpang Kuala, dekat Alor Star, malam kelmarin.



    Si lelaki yang melakukan kerja kampung ditahan bersama pasangannya selepas mereka mengaku baru bertunang ketika pintu bilik dibuka untuk pemeriksaan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).


    Motel itu dikatakan turut diubah suai dan menjadi tempat pasangan muda, terutama pelajar menyewa kerana menawarkan bayaran murah mengikut kiraan jam iaitu sekitar RM20 hingga RM50 bagi satu malam.



    Penyewa juga boleh menyimpan motosikal dalam bilik motel masing-masing bagi mengelak dikesan orang ramai dan jika dilihat dari luar, kawasan motel yang mempunyai 26 bilik itu seperti rumah penduduk.


    Sementara itu, empat pasangan remaja berusia belasan tahun turut dicekup kerana menyewa di bilik motel berkenaan untuk memadu asmara.


    Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Sheikh Muhamad Suhaimi Salleh, berkata pasangan baru bertunang itu antara enam pasangan ditahan di motel terbabit dalam operasi cegah maksiat, malam kelmarin.


    Beliau berkata, kebanyakan pasangan itu memberi pelbagai alasan untuk mengelak ditahan pihak berkuasa.


    Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988.


    Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.


    Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk dibuat laporan siasatan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kota Star untuk diambil keterangan.


    Dalam operasi cegah maksiat siri kelima itu, Muhamad Suhaimi berkata, pihaknya dianggotai sembilan anggota dibantu penguat kuasa dari Kuala Muda, Kulim dan Kota Star bermula jam 9.30 malam hingga 3.30 pagi.


    Katanya, kawasan tertumpu di sekitar pusat bandar raya ini dan Kuala Kedah selain berjaya menahan 18 orang yang disyaki melakukan maksiat di hotel murah.


    p/s : ish3x aku pun bertunang gok tp xdok ar sampai gini, huhu.


    Segala Post Disahkan Oleh...