Inspirasi...

Harian Metro Kosmo! Berita Harian

Dikuasakan Oleh

CLICK THIS BANNER !!

Monday, February 9, 2009

MEMORI CINTA LUKA



“Sesungguhnya aku tidak bertahan lagi menanggung rasa malu. Malu pada keluarga dan rakan sekerjaku. Dulu memang aku berbangga memiliki Zaki. Seorang doktor dan suami yang penyayang. Aku tak pernah pedulikan sindiran rakan-rakan sekeliling atau bantahan keluarga. Asalkan aku dapat hidup bersama Zaki.”Azwana melihat kembali album lama. Zaman dia dan Zaki disatukan. Tapi itu dulu. Itu hanyalah lakonan semata-mata yang dibuat Zaki.

Dia mengenali Zaki melalui seorang rakan karibnya Sally sewaktu menghadiri majlis makan malam yang diadakan oleh syarikat tempat kerja Zaki di sebuah hotel di Putrajaya. Kerana sikap peramah, senyuman manis ditambah kacamata membuatkan Azwana tertarik untuk berbual dengan Zaki.
Peringkat awal perkenalannya dengan Zaki hanya biasa saja. Cuma Sally yang beria-ia mahu ketemukan Zaki dan Azwana. Tapi Odah kawannya juga sibuk memperkatakan keburukan Zaki. Ini membuatkan Azwana sedikit keliru.

“Alah tak payah kacau le Wana. Tak payah berangan habis?”Odah memerli lagi dengan skirt singakat dan terbelah ditepi. Mekap yang dihias tebal, dilengkapi bulu mata lentik membuatkan ramai mata memandang. Tak kurang pula Sally yang hanya berbaju sendat bertali halus menampakkan pusat. Ini seolah-olah membuatkan Sally ratu dalam hotel tersebut.

“Kenapa pula Odah. Ke kau yang dengki. Maklumlah aku nampak kau yang tergedik sakan. Seolah-olah dah lupa kau dah ada Izat. Kau tu tunangan orang?”Azwana memerli. Odah buat-buat tak dengar pula.
“Aku saja je. Lagipun dari perhatian aku yakin si doktor tu buaya besar. Pastu dari apa yang aku dengar dari Hasnah, Faridah bahawa Zaki tu suami orang!”
“Eh! Betul ke?”Azwana sedikit terkejut. Minatnya sedikit pudar pada Zaki yang betul-betul sempurna sebagai lelaki. Zaki memang kacak sangat malam itu. Perempuan ramai menjeling mata ke arah pemuda Johor itu. Sempurna sebagai lelaki.

“Eh! Mana ada Wana. Odah ni sengaja bawa mulut. Odah sebenarnya dengki. Maklumlah Izat kan dok kat luar negara sekarang.”Tiba-tiba Sally terdengar perbualan itu.
“Aku tahu sangatlah siapa Zaki tu. Miza, Awa, Amira, Tania bahkan ramai lagi yang beritahu aku Zaki tu kaki perempuan. Bahkan sebelum dia kahwin dengan Afza dia pernah kecewakan hati Adriana. Bahkan Adriana nyaris bunuh diri kerana di doktor tu. Balik berubat kat Sabah. Entah-entah…”Pantas Odah memberitahu segalanya.
“Hei! Aku dah ada Zek le. Buat apa aku nak cuba lagi. Aku nak tolong Wana. Lagi pun memang Zaki ada minat kat Wana.”
“Aku tak sanggup menjadi perampas suami orang!”kata-kata Azwana membuatkan Odah tersenyum. Sally pula menarik muka masam. Terus berlalu dari situ.

Walau bagaimanapun selepas majlis makan malam itu berlalu Azwana tak mahu apa-apa ikatan terjalin dengan Zaki. Bila mengingatkan kata-kata Odah dia jadi takut. Apatah lagi pesan keluargaa supaya tak memilih suami orang sebagai teman hidup masih segar dalam ingatan. Pakcik Fazrul dan pasangannya Sharifah pasti marah bila anaknya jatuh ke tangan suami orang.
Panggilan telefon dari Zaki ketika Azwana di pejabat betul-betul mengejutkannya. Dia masih ingat lagi dalam keterpaksaan dia memberi nombor telefon pejabat pada Zaki. Ini pun kerana Sally yang beria benar. Tapi Azwana cuba mengelak untuk bercakap panjang dengan Zaki. Tapi dia rasa berdosa buat Zaki begitu. Apa salah dia nak sakiti hati Zaki yang baru dikenali dua hari yang lalu. Layanan dia mungkin sebagai seorang kawan. Sally pun tumpang gembira bila Zaki selalu menghubungi Zaki di pejabat. Tapi bila melihat layanan Azwana dia sedikit gelisah.

“Kenapa dengan kau ni Wana. Setiap kali Zaki telefon kau macam nak lari saja?”Tanya Sally seperti selalu.
“Kan dia tu suami orang. Tak ada faedahnya aku rapat sangat dengan dia.”Jawab Azwana bersahaja.
“Kesian Zaki. Dia tu ada hati kat kau. Dia menyintai kau sepenuh hati!”Ujar Sally lagi.
“Eh! Tolong sikit. Aku tak mahu jadi perampas suami orang tau!”Azwana meninggikan suara kerana tak bersetuju dengan kata-kata Sally. Sally pula tak putus asa. Dia terus bercerita panjang semata-mata nak ketemukan segera jodoh mereka berdua. Kata Sally, Zaki tak bahagia dengan isterinya Afza. Sudah lima tahun mereka kahwin tapi isterinya tak juga beranak. Sedangkan Zaki inginkan anak.
“Siapa yang salah? Zaki atau isterinya?”Tanya Azwana sedikit berminat.
“Isterinya mandul!”Lancang mulut Sally.
“Mana kau tahu wahai Sally?”Azwana inginkan penjelasan.
“Alah! Zaki sendiri yang beritahu aku macam tu. Lagipun kawan Zaki si Syukra tu aku kenal sangat. Apatah lagi si Syukri.”Balas Sally dengan yakin. Namun Azwana terfikir juga, mungkin itu sekadar alasan seorang lelaki. Alasan untuk berkahwin lagi satu. Tapi Azwana memang tak mahu ambil tahu lebih lanjut masalah Zaki dan Afza. Itu masalah mereka.

Dalam pada itu, Zaki masih lagi berterusan menelefon Azwana di pejabat. Tak lebih dari itu jambangan bunga sentiasa memenuhi meja Azwana. Mungkin Zaki tak tahu nombor telefoon rumah. Kalau tidak tentu malam-malam pun dia akan menganggu diri Azwana.
Suatu hari Zaki mendesak untuk bertemu dengan Azwana. Mulanya dia menolak. Tapi rayuan berulang kali membuatkan Azwana tewas. Dia tak berdaya untuk menolak lagi.
“Mungkinkah dengan pertemuan ini biarlah aku berterus terang supaya Zaki tidak mengganggu aku lagi. Kalau dia ingin berkahwin lagi dia carilah wanita lain.”Azwana tekad.

# # #

“Wana! Zaki betul-betul berharap ni. Biarlah Zaki berterus terang. Zaki ingin mengambil Wana sebagai isteri kedua!”Betulkah apa yang Azwana dengar itu. Dia terkejut dan tak menduga hasrat yang lahir dari lelaki kacak itu. Sebelum Azwana sempat berterus terang akan niatnya untuk menjauhkan dari lelaki itu, Zaki terlebih dahulu menyampaikan kemahuan hatinya.
“Aku memang ada masalah dengan Afza. Lima tahun kami berkahwin. Afza tak dapat mengandung. Dia hidap kanser rahim. Dia tak mungkin bagi anak padaku. Tak mungkin bagi zuriat dari darah dagingku ini.”Zaki bersuara sedih. Penuh teratur dan betul-betul menagih simpati. Merintih sedih.

“Sabar Zaki! Ini semua tetentuan Ilahi.”Entah mengapa naluri kewanitaan Azwana terasa. Bahkan di depan Zaki dii menitiskan air mata. Zaki seterusnya menyapu airmata yang keluar dari kelopak mata cantik Azwana. Azwana pula merasa hebatnya layanan Zaki. Dia tak tahu kenapa. Yang pasti setelah mendengar cerita Zaki dia menjadi betul-betul kasihan pada Zaki. Bahkan dia menjadi lembut hati untuk menerima seadanya kehadiran Zaki dalam hidupnya.
Pertemuan itu membuatkan makin hari makin sayang rasa cinta pada Zaki. Pertemuan seterusnya memberikan jawapan bahawa Azwana bersedia untuk menjadi isteri kedua Zaki.

“Terima kasih Wana. Kau seorang yang sungguh baik. Usia bukan penghalang buat kita. Apatah lagi hajat kita ini direstui Afza. Direstui semua orang,”Zaki terus mengucup tangan Azwana berulang kali.
Namun bantahan dari keluarga tetap tak dipedulikan oleh Azwana. Berulang kali pak Fazrul dan makcik Sharifah memarahi Azwana. Namun sedikitpun tak dihiraukan. Begitu juga nasihat Odah, Hasnah dan rakan-rakan sepejabat. Cuma Sally saja yang terus memberi sokongan padu. Hanya Sally yang memahami. Sally kawan yang baik.

“Kau orang ni dia nak bina masjid kau patut sokong!”Marah Sally pada teman-teman. Yang lain menarik muka masam.
Bagi Azwana apa lagi yang dia perlu fikirkan. Kawan baik menyokong itu dah cukup. Memandangkan usianya juga telah mencecah 40 tahun. Kalau bukan Zaki siapa lagi yang mahu padaya. Zaki datang membawa cinta. Cukuplah Zaki sayang padanya itu dah memadai.

Akhirnya Azwana dan Zaki disatukan sebagai suami isteri. Sungguhpun ramai yang tak bersetuju namun semua redha dengan pilihan itu. Sally tersenyum puas melihat kawan baiknya bersanding atas pelamin indah. Setelah berkahwin Zaki mengajaknya tinggal di rumah yang didiaminya sekarang. Bahkan dalam masa yang sama Afza telah pulang ke kampung dan tinggal dengan keluarga. Mungkin kecewa dengan sikap Zaki. Timbul pula rasa kasihan di hati Azwana. Namun Afza kena terima hakikat dirinya kini bermadu.

Maka tinggallah Azwana dan Zaki suami isteri di kota. Sebelum berkahwin dengan Zaki, Azwana memang banyak harta. Azwana telah memiliki sebuah rumah dan kereta sendiri. Gaji bulanan yang dia dapati hanya untuk membiayai dirinya sendiri. Tak perlu dengan bantuan keluarganya kerana mereka juga orang senang. Zaki menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.
Selepas lima bulan hidup bersama Zaki, suaminya bercadang untuk menjual kereta lamanya dan membeli kereta baru. Zaki minta Azwana membantunya dengan menambah wang yang tidak mencukupi.

“Apa salahnya Wana membantu abang. Kereta abang kereta Wana juga,”Akhirnya Azwana bersetuju mengeluarkan wang sebanyak RM40000 untuk membantu Zaki membeli kereta baru. Zaki betul-betul gembira dengan isterinya itu.
Sebulan selepas itu, Zaki pula bercadang untuk membeli sebuah rumah lagi. Dia meminta Azwana menjual rumah lama dan hasil jualan itu boleh digunakan untuk membeli rumah baru. Tapi Azwana tidak bersetuju dengan cadangan Zaki itu dan meminta agar dia berfikir dahulu.

“Kau jangan jadi gila Wana!”Lancang mulut Odah bila suatu hari dia memberitahu cadangan Zaki. Sesekali Odah melihat ke arah Sally yang sedang menggoda pekerja baru di syarikat. Nash merasa serba salah menghadapi situasi baru itu.
“Kau jangan mengikut kemahuan Zaki itu. Kalau terjadi apa-apa antara kau dan Zaki sekurangnya kau ada rumah sendiri.”Hasnah pula tekun menasihati Wana pula. Azwana terpaksa mengikut nasihat rata-rata rakannya itu. Tapi Sally tetap menyokong Azwana. Azwana memerlukan sedikit masa untuk menilainya.
Rupanya nasihat rakan sepejabatnya ada kebaikan juga. Setelah memiliki kereta baru, Zaki mula buat perangai. Dia jarang pulang ke rumah dan masa untuk bersama Azwana semakin berkurangan.
“Wana! Kalau aku bagi tahu sesuatu kau jangan marah!”Odah sedikit membuka mulut. Dia berpalingn kepada Hasnah.
“Sebenarnya Zaki dah ada wanita lain. Aku nampak mereka tadi di Sogo. Berpegangan tangan.”Hasnah berterus terang.
“Tidak! Aku tak percaya!”Azwana marah. Lalu terus berlalu dari situ. Terkedu kawan-kawan dibuatnya. Tapi disebabkan hatinya tak pernah rasa tenang sejak mengetahui perkara itu suatu hari Azwana mengambil keputusan bersemuka Zaki. Pergaduhan juga berlaku.

“Memang! Memang abang ada wanita lain!”Akhirnya Zaki mengaku dia mempunyai wanita lain dalam hidupnya. Betapa hancur luluh hati Azwana. Dunia terasa gelap gelita.
“Aku sayangkan Fredica. Dia akan masuk Islam. Aku kena bantu. Bahkan kami akan berkahwin tak lama lagi. Aku inginkan anak. Kahwin dengan kau apa yang aku dapat. Kau tu dah berumur!”Suara Zaki lantang. Pedih sungguh hati Azwana. Kata-kata itu seolah menghinanya. Dia terus menangis lagi.
“Dalam tempoh perkahwinan kita kau tak de tanda-tanda akan mengandung. Usia kau dah tua sebab tu lambat dapat anak. Rumah yang aku minta tak dapat.”
“Tapi bang Wana dah berusaha bermacam-macam cara untuk mengandung. Tapi tak ada rezeki lagi. Pasal rumah tu Wana akan bagi kalau itu yang abang mahukan!”Balas Azwana sambil mengesat air mata yang laju menuruni pipi.
“Ah! Sudah terlambat. Kalau macam tu lebih baik kita bercerai saja. Aku ceraikan kau dengan talak satu!”Zaki melafazkan kata itu sebelum beredar. Azwana jatuh ditepi kerusi. Lama dia meratap nasib diri.

“Wana!”Tiba-tiba ada satu suara memangggil.
“Odah!Azwana bersuara lemah dan terus memeluk rakannya.
“Aku dah diceraikan Zaki!”
“Sabar Wana!”
“Aku memang menyesal berkahwin dengan Zaki. Mungkin ini kerana aku tak dengar nasihat orang lain termasuk keluargaku. Baru aku tahu dia kahwin dengan aku kerana harta.”
“Syukurlah Wana. Kau tak terus menjadi mangsa Zaki. Kau tak layak kahwin dengan Zaki dari dulu lagi. Zaki memang lelaki pisau cukur.”Odah menangis juga.
“Mujur aku tak sempat menjual rumahku. Kalau tak apa lagi yang ada padaku. Oh! Tuhan aku betul-betul bersyukur padamu.”
“Wana sebenarnya Afza juga telah diceraikan Zaki sebelum kamu kahwin lagi. Afza bukan sakit. Ini hanya rekaan Zaki. Dan Sally juga merupakan dalang dalam hal ini. Mereka telah berpakat memiliki harta kau.”

“Ya Allah Sally! Zaki kau tak pernah puas. Dia memang mata duitan. Bukan cinta sejati sebagai mana aku terlalu menyintainya. Dan aku sangat kesal kawan baikku Sally rupanya musuhku selama ini.”Azwana tak dapat meneruskan kata-kata. Lemah dalam pelukan Odah. Jauh di sudut hati moga Zaki dan Sally akan menerima balasannya.

---TAMAT---


2 comments:

~Tieha~ said...

ish...ish..ish.... pisau cukur ketiak rupenye c zaki

-TiEizZ seLLa- said...

yeke, truk tul kn zaki tu, hehe (padahal x baca lg)

Segala Post Disahkan Oleh...