Inspirasi...

Harian Metro Kosmo! Berita Harian

Dikuasakan Oleh

CLICK THIS BANNER !!

Tuesday, February 10, 2009

Salah sendiri jika lubang virus terbuka


PERKEMBANGAN pesat sektor perniagaan menarik peluang peniaga untuk memperluaskan pasaran yang memerlukan banyak transaksi data keluar masuk sehingga menyebabkan lapisan keselamatan terabai secara sengaja atau tidak.


Ia membuka 'lubang' untuk kegiatan jahat secara 'online' menyusup masuk bagi mencuri maklumat perniagaan daripada rangkaian yang mengandungi jutaan data termasuk kandungan rahsia serta maklumat peribadi pekerja.


Menurut Naib Presiden Eksekutif Ketua Pegawai Teknologi Symantec Corp, Mark Bregman, kebanyakan pekerja dalam sesebuah organisasi menggunakan web dengan sepenuhnya bertujuan untuk melancarkan operasi perniagaan, bersosial dengan rakan sekerja atau rakan perniagaan lain atau membina jaringan perniagaan baru.


"Perlindungan data amat penting tapi terdapat syarikat memiliki perisian keselamatan yang menyekat akses kepada laman sosial seperti Facebook walaupun ia bukanlah mengganggu operasi syarikat," katanya.


Bregman berkata, terdapat syarikat penyelesaian keselamatan yang menyekat aplikasi tidak berniat jahat sehingga menyukarkan proses kerja organisasi.


"Berikutan masalah terbabit, Symantec mengkaji rumusan baru berdasarkan sistem keselamatan yang meliputi reputasi tertentu melalui Teknologi dan Tindak Balas Symantec (STAR)," ujar Bregman.


Katanya, industri kini bergelut dengan program 'malicious' yang dibina seolah-olah program sebenar menyukarkan pengguna membuat perbandingan sama ada data terbabit.


p/s : tak tahu dah nak pakai Antivirus yang mane...huhu


1 comment:

~Tieha~ said...

pkai avira yg abg v kt syg ari tu...hehehehe

Segala Post Disahkan Oleh...