Inspirasi...

Harian Metro Kosmo! Berita Harian

Dikuasakan Oleh

CLICK THIS BANNER !!

Wednesday, February 11, 2009

KOSMETIK KARSINOGEN


APA yang anda sapukan pada wajah dan tubuh anda? Bahan untuk mencantikkan diri atau karsinogen yang bertindak umpama racun dalam penggunaan jangka masa panjang?


Pejuang alam sekitar dan kumpulan yang menimbulkan isu ini bukan merujuk kepada hal-hal alergi remeh seperti ruam kulit akibat penggunaan kosmetik.


Menurut aktivis daripada Kumpulan Kerja Alam Sekitar dan Kempen Kosmetik Selamat di Amerika Syarikat, persoalan isu tersebut merujuk kepada kandungan dalam produk kecantikan seperti paraben (digunakan sebagai pengawet), petrokimia (dalam krim kulit, bedak asas, atau salap bibir), serta raksa (dalam maskara dan ubat titisan mata).






Bahan-bahan lain adalah seperti serbuk plumbum (dalam gincu), dioksana (syampu dan sabun badan) serta phtalate (pengilat kuku, semburan rambut dan minyak wangi).


Bukan sahaja bahan-bahan itu sudah dikenal pasti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai unsur karsinogen, malah sesetengahnya dikategorikan sebagai ‘agen penjejas endokrin’ iaitu bahan kimia yang menyerupai atau merencat aktiviti hormon dalam tubuh.


Semua itu dikhuatiri mengganggu aturan hormon semula jadi, terutamanya pada wanita, selain menjadi pemangkin penyakit yang berkaitan gangguan hormon.


p/s : hati2 pilih kosmetik ye...


No comments:

Segala Post Disahkan Oleh...