Inspirasi...

Harian Metro Kosmo! Berita Harian

Dikuasakan Oleh

CLICK THIS BANNER !!

Wednesday, February 11, 2009

Terbaru daripada Porsche


PENGGEMAR kenderaan berprestasi tinggi, Porsche bakal menyaksikan kelahiran satu lagi model terkini, GT3 yang lebih berkuasa, pantas daripada pesaingnya.



PENGGEMAR kenderaan berprestasi tinggi, Porsche bakal menyaksikan kelahiran satu lagi model terkini, GT3 yang lebih berkuasa, pantas daripada pesaingnya.


Generasi kedua daripada siri 911 itu bukan saja dicipta untuk kegunaan perlumbaan, malah mampu menyusuri jalan raya tanpa perlu melakukan sebarang pengubahsuaian.


Model terbaru itu akan dipamerkan kepada umum pada Pameran Motor Geneva bulan depan dan pastinya bakal mencuri tumpuan pengunjung.


Porsche 911 GT3 menawarkan dua ciri pemanduan terbaik merangkumi pemanduan berkuasa dan ciri dinamik bagi mereka yang hanya mementingkan gaya serta kemewahan.


Model berkenaan dilengkapi enjin Boxer 3.8 L enam silinder yang berupaya menghamburkan 435 kuasa kuda (bhp), meningkat 20 bhp daripada model terdahulu.


Peningkatan kuasa itu disebabkan penggunaan sistem ekzos yang direka semula oleh VarioCam yang cukup dikenali dalam kalangan peminat jentera bertaraf Supercar.


Sistem terbaru berkenaan membolehkan GT3 dipandu pada kelajuan biasa dengan lebih santai tetapi itu tidak bermakna jentera terbabit tidak berkuasa.


Ia mampu memecut pada kelajuan 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 4.1 saat selain mencatatkan kelajuan maksimum sehingga 312 km/j.


Selain enjin yang berkuasa tinggi, Porsche 911 GT3 dilengkapi sistem Porsche Stability Management (PSM ) yang membolehkan pemandu mengawal fungsi kawalan kestabilan (SC) dan kawalan kuasa (TC) secara manual.


Ini membolehkan mereka melakukan pelbagai aksi secara individu tanpa campur tangan komputer.


Selain itu, daya tekanan graviti juga dikurangkan bagi memberi lebih kawalan dan ciri aerodinamik terbaik dalam kelasnya.


Porsche 911 GT3 bakal dijual di Eropah dengan harga 98,100 Euro manakala RM392,700 (AS$112,200 - sebelum cukai) bagi penggemar Porsche di Amerika Syarikat.


p/s : kalu dapat yang ni mesti tunang aku jeles nnt aku dok layan kete je, huhuhu..



No comments:

Segala Post Disahkan Oleh...