Inspirasi...

Harian Metro Kosmo! Berita Harian

Dikuasakan Oleh

CLICK THIS BANNER !!

Tuesday, February 10, 2009

Suratan Atau Kebetulan...? (Episod 2)



“Astagfirullahala’zim..kau dah terlanjur ? Tapi dengan siapa” Lin hampir terjerit mendengar kata-kata Fadzila. “Aku telah terlanjur menyintainya la, apa yang kau fikirkan?” Masih boleh bergurau lagi si Fadzila walaupun dalam tangisan. Itulah dia Fadzila seorang gadis yang periang, ceria dan ramah.
“Ish..kau ni buat suspen aku je la…sedih-sedih pun masih sempat lagi..dah la kesat airmata kau tu. Buruk muka dah tua-tua menangis” Getus Lin geram kerana dikenakan olah Fadzila. “Cuba kau beritahu aku siapakah jejaka yang dah menambat hati kau tu?”

“Lin aku serius ni…. Kau dan Sadz sahabat aku. Aku minta tolong kau cuba rahsiakan perkara ini daripada Sadz. Aku tak nak nanti hubungan kita terjejas.”
“Ok aku janji.” Lin bersetuju dengan permintaan Fadzila.
“Sebenarnya semenjak pertemuan pertama kita dengan abang Azhar dan Azizan aku amat tertarik dengannya. Redup matanya, senyum manisnya betul-betul membuatkan aku terpana”


“Wait..wait…wait…kau biar betul ni Ila” Gusar Lin sambil memberikan isyarat kepada Fadzila supaya tidak meneruskan kata-katanya. “Kalau bukan abang Azizan kau jangan cakap dengan aku yang kau terpikat dengan Abang Azhar.”
“Ye..Lin..memang aku menyintai Abang Azhar!” Akhirnya Fadzila bersuara lesu sambil matanya merenung ke lantai rumah. Lin terkejut mendengar pengakuan sahabatnya. Tidak pernah dia menyangka semua itu akan berlaku. Mengapa mesti Azhar yang Fadzila cintai. Itu tak mungkin berlaku. Tak mungkin. Selama ini Azizan yang berusaha untuk memenangi hati Fadzila bukannya Azhar. Azhar tidak pernah menunjukkan sikap yang dia menyukai Fadzila. Malah Azhar adalah kekasih Sadz sekarang ni. Mereka adalah pasangan bahagia. Malah mereka bagaikan tidak dapat dipisahkan lagi.
“Ila….what happened to you..? kenapa jadi macam ni….Kau tahu kan Abang Azhar milik Sadz sekarang ni..kenapa kau bermain dengan perasaan…” Lin bertanya lembut.
“Aku tak tahu Lin…aku tak tahu..aku tak berdaya menghalang perasaanku”
“Sebab tu setiap kali Sadz bercerita dengan kita mengenai hubungannya dengan abang Azhar aku tidak memberikan reaksi positif. Setiap kali terpandang mereka berdua..hatiku dipagut pilu..hati aku terluka. Keakraban mereka membuatkan aku sengsara.” Fadzila meluahkan segala yang terbuku dihatinya.
“Ila…kalaulah Sadz tahu hal ni apa perasaan dia agaknya. Pasti dia akan terkejut beruk” Lin separuh melawak.
“Aku minta tolong dari kau jangan beritahu Sadz tentang perkara ni ye: Fadzila merayu.
Lin yang masih di dalam keadaan bingung hanya mampu mengangguk tanda bersetuju.
“Terima kasih Lin” Ucap Fadzila sambil memeluk erat sahabatnya itu.
"Aku tak tahu... setiap kali melihat kemesraan mereka, aku jadi cemburu...setiap kali Sadz bercerita tentang percintaan mereka hati aku terhiris pilu..." Fadzila menambah.
"Ila... kau tak boleh bersikap begitu.. terimalah kenyataan yang Azhar bukan milikmu.. kalaulah Sadz tahu perkara ni mesti dia sedih..kalau kau sayangkan Sadz dan ingin melihat dia bahagia lupakanlah perkara ni. Kau mesti tabahkan hati..cubalah terima Abang Iz yang betul-betul menyintaimu...berilah peluang padanya, sanggupkah kita berputus sahabat demi seorang lelaki..dari sekolah lagi kita telah menjadi sahabat..takkan kita nak biarkan ia musnah...selama ini suka dan duka kita lalui bersama..susah senang juga mcm tu.." Lin bersuara memujuk. Fadzila menangis didalam dakapan sahabatnya itu.
"Ya..demi kerana persahabatan ini aku akan cuba untuk menghindari perasaan ini jauh dariku," Fadzila bersuara lesu sambil meleraikan pelukannya.

Mampukah Fadzila untuk melupakan perasaannya buat Azhar..ahh dia sendiri tidak pasti.

************************************************************************

"Ila..abang tengok ila macam tak gembira je hari ni, marahkan abang ke? Abang dah buat sesuatu yang menyakiti hati ila?... Beritahulah abang...please," rayu Azizan. Memang sedari awal pertemuan tadi Fadzila hanya membisu. Sepuluh patah Azizan berkata-kata hanya sepatah yang dijawabnya.
Kalaulah dia tahu apa yang tersirat dihati Fadzila pasti dia akan kecewa. "Tidak! aku takkan biarkan perasaan ini terus menghantui dan memusnahkan diri sendiri." Getus gadis itu didalam hati.
"Takde apa-apalah abang...ila cuma rasa tak sihat hari ni. Letih sikit." Ila membuat helah. Berharap agar lelaki yang berada dihadapannya tidak dapat menangkap apa yang sedang difikirkannya.
"Ila tak sihat ke? Nak abang tolong ubatkan...abang ni walaupun belum habis kursus lagi tapi sikit-sikit tu tahulah.." Azizan menawarkan dirinya dalam nada bergurau. Pemuda yang masih didalam kursus perubatan dibawah Angkatan Tentera Malaysia itu memang tidak lokek dengan senyuman.
"Ala...sikit je..nanti kejap lagi oklah kot..Ila laparlah abang...jom kita pergi makan..?" Cuba mengalih percakapan pemuda itu.
"Ok...tapi janji dengan abang...jangan muram-muram lagi.. hilang manisnya...kalau ila senyum boleh buat abang tak tidur malam tau.." Azizan mengusik gadis yang mencuri hatinya kini. Memang gadis itulah yang bermain di setiap ruang hidupnya kini. Seharian tidak mendengar berita boleh gila jadinya. Tapi adakah gadis itu menaruh harapan yang sama dengannya...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Boleh abang tanya Ila sesuatu?" Tiba-tiba Azizan bersuara cuba menghidupkan suasana. Hanya mereka berdua sahaja yang sedang menikmati makan malam di restoran itu. Mungkin malam masih terlalu muda lagi. "Tanyalah...sejak bila pula bertanya pun kena minta kebenaran ni?" Fadzila membalas.
"Abang harap ila tak marah kalau abang bertanya...hmmm…Ila..kenapa sukar untuk Ila menerima abang didalam hati Ila?” Dengan suara yang teragak-agak Azizan bertanya. Terhenti suapan Fadzila mendengarkan soalan Azizan. Tersentak dengan soalan yang tidak disangka itu.
"Kalau ila sudi abang ingin menjadi seorang yang istimewa dihati ila...Abang ingin jadikan Ila teman istimewa abang..." Lancar sekali dia melafazkan kata-kata itu.
Ila yang telah terganggu makannya terus tertutup selera untuk meneruskan menikmati hidangan makan malam itu.
"Kenapa tiba-tiba soalan ini yang abang tanya....Ila dah pernah jelaskan dahulu…Ila rasa abang masih ingat….lagipun…..." Suaranya terhenti setakat itu.
"Lagipun apa Ila..? Apa kelemahan abang yang ila tak boleh terima abang sedar..abang ni tak berharta..tak ada rupa? macam tu....Atau ila dah ada pilihan sendiri? Azizan terus menyambung kata-kata ila yang terhenti tadi.
"Bukan begitu abang, ila bukan pandang harta benda atau rupa...atau pun dah ada pilihan sendiri..ila cuma rasa tak bersedia lagi untuk itu.." Ila bersuara lagi.
"Tak bersedia? Kenapa? Cuba ila lihat kemesraan Sadz dan abang Azhar. Abang cemburu tengok mereka ila. Mereka adalah pasangan yang amat serasi?" Azizan menambah. Berdebar-debar hati gadis itu mendengar nama Azhar disebut. Memang Ila cuba untuk melupakan perasaan terhadap lelaki itu jauh-jauh. Tetapi setiap kali mendengar nama itu hatinya sering berdebar-debar. Memang dia juga cemburu melihat kemesraan Sadz dan Azhar. Tetapi cemburu yang Azizan rasakan berlainan dengan cemburu yang dirasakannya. Dia cemburu kerana dia menaruh hati pada Azhar tetapi Azizan cemburu kerana tidak berpeluang untuk menjadi seperti mereka. Bukankah berlainan rasa cemburu itu.
"Maafkan ila, ila nak balik...tolong hantar ila pulang??" Fadzila terus bangun dari kerusi dan keluar dari restoran itu. Setelah membayar tanpa mengambil duit baki Azizan bergegas membuntuti langkah Ila.
"Ila...Ila...nanti dulu...maafkan abang...abang bukan nak sakitkan hati ila... Tapi ila percayalah sejak pertemuan pertama kita dulu abang dah terpikat dengan ila. Abang jadi tak menentu dan hati abang sering merindui ila..abang harap Ila faham.." Azizan merayu memohon simpati.
Fadzila mematikan langkahnya seraya berkata , " Abang...berilah Ila masa untuk memikirkan hal ini. Tolonglah jangan desak Ila ye.." Azizan mengaku kalah dan mengangguk lesu.

Sesampainya dirumah dilihatnya Lin sedang tekun membaca majalah. Fadzila terus menghempaskan punggungnya disofa berdekatan dengan Lin.
"Hai...baru balik anak dara...muncung je mulut tu...boleh sangkut baju tau." Lin cuba mengusik.
"Macam-macam lah kau ni...mana Sadz?" Fadzila bertanya setelah tidak melihat kelibat sahabatnya yang seorang lagi.
"Hmmm...apa lagi keluarlah. Tadi petang Abang Azhar datang ambil dia..katanya nak ajak pergi makan malam...sudahnya aku tinggal sorang-sorang kat umah. Nak keluar pun 'cek abe' balik kampung. " Lin menjawab tanpa memandang kearah Fadzila. Tekun betul dia dengan pembacaannya.
Fadzila hanya mendiamkan diri mendengarkan jawapan dari Lin.
Setelah menyedari Fadzila tidak bersuara Lin berpaling memandang kearah sahabatnya itu.
"Eh..kenapa pula ni? Bergaduh dengan Abang Iz ye...? " Lin mengusik.
"A..aa..takde la...aku didalam dilema la Lin," akhirnya Fadzila bersuara menunjukkan dia ingin berkongsi sesuatu dengan Lin.
"Tadi abang Iz meluahkan isi hatinya padaku lagi..aku...aku...tak beri jawapan padanya lagi." Fadzila meneruskan kata-katanya.
" Kan aku dah kata abang Iz tu betul-betul suka kat kau. Tapi kau je yang buat tak reti. Jual mahal lah tu...apa lagi.. mungkin bila kau terima dia kau boleh lupakan perasaan kau pada abang Azhar...dia tu handsome kawan...sape pun cair tau tengok senyumannya tau..kau je yang tak nak.." Lin tersenyum meleret.
"Susahlah Lin...aku tak tahu perasaan aku ni...nak kata aku sayang kat dia macam tak...nak kata tak sayang...aku suka berada disisi dia. Kadang kala aku pun pening kepala memikirkannya." Fadzila buntu.
"Ala Ila...aku tahu kau manaruh harapan pada abang Azhar kan..Hello...dia tu dah ada yang punya...sahabat kita sendiri...jangan lupa tu..." Lin mengingatkan.
"Ye ...tu aku tahu.....mungkin aku belum bersedia..?" Fadzila mengeluh.
"Dah lah aku nak mandi..lain kali je la aku bercerita...." Fadzila akhirnya menamatkan perbualan. Malas dia nak berpanjangan bercerita hal yang takde kesudahannya

************************************************************************

“Hai Ila…” Sadz melabuhkan punggungnya disebelah Fadzila yang sedang khusuk menonton drama kegemarannya. “Hai…dah lama kau tak terperap kat rumah. Hari ni tak keluar” Antara ikhlas dengan tidak.
“Well…burung pun ada sangkarnya.Lagipun burung ni belum tentu lama lagi tinggal di rumah ni so kenalah puas-puas duduk kat umah dulu” Sadz bersuara. “Fadzila tersenyum kelat. Tidak mengerti maksud yang tersirat disebalik kata-kata Sadz. “Macammana dengan hubungan kau dan Abang Iz? Takkan takde perubahan? Kesian aku tengok Abang Iz tu..dah lama dia menantikan kau..kenapa kau tak terima je dia? Tengok macam aku ngan Abang Azhar..bahagia..tak sangka kan ..rasa macam mimpi tau Ila. Aku ingat aku takde peluang untuk merasai kasih sayang seorang lelaki.”
Terusik hati Fadzila mendengar kata-kata sahabatnya. Dia sedar hubungan Sadz dan Azhar bukan main-main. Mereka seakan merpati dua sejoli…bagaikan belangkas. Kasih mereka sungguh kukuh. Tak mungkin Fadzila tergamak untuk merosakkan kebahagiaan mereka.
“Sadz..Ila…rancak nampaknya..apa yang kau orang bualkan. Tak ajak aku join pun?” Lin tiba-tiba mencelah perbualan mereka. Sedari tadi gadis itu memerap didalam biliknya. Entah apa yang dilakukannya. Hanya dia yang tahu.
“Takde apa..kami hanya berbual kosong je…duduklah sini..yang kau memerap dalam bilik tu buat apa?” Lin hanya tersengih mendengar kata-kata Sadz.
“Aku ada berita baik untuk korang, kau orang sahabat aku dari dulu lagi…aku nak beritahu berita baik dengan korang ni” Sadz membuatkan sahabatnya tertanya-tanya.
“Aku dengan Abang Azhar akan bertunang minggu depan!!” Terlopong kedua-dua sahabat mendengar berita dari Sadz. Fadzila merasakan seolah-olah halilintar menggegar bumi mendengarkan berita itu. Mukanya terasa panas. Lin yang seakan faham perasaan Fadzila hanya mampu untuk memandang. Tidak menyangka secepat itu mereka akan bertunang. Sedangkan umur mereka masih setahun jagung lagi. Belum mencapai umur 20-an pun. Malahan mereka sama-sama sedang menunggu panggilan untuk melanjutkan pelajaran di IPT.
“Kau orang macam tak happy je mendengar berita ni” Sadz bersuara lagi setelah mendapat reaksi negative dari kedua-dua sahabatnya.
‘Eh..eh..tak la kami sudah tentu gembira. Bukan ke kegembiraan kau kegembiraan kita bersama” Fadzila cuba tersenyum semanis yang mungkin. “Ye la Sadz ni. Kitaorang Cuma terkejut sebab tak sangka secepat ini” Lin menyokong kata-kata Fadzila. “Apa pun kami doakan semoga hubungan kamu akan berkekalan sehingga ke akhirat nanti.”
Fadzila menahan sebak dihatinya demi seorang sahabat. Memang terbuktilah kini Azhar tidak akan menjadi miliknya. Mulai saat ini dia akan terus melupakan perasaannya pada Azhar. Dia harus terima hakikat ini. Lagipun memang silapnya sendiri. Tidak berterus-terang dari awal perkenalan mereka lagi. Dulu sebelum Sadz rapat dengan Azhar sering juga mereka keluar sekadar bersiar-siar. Itupun bukan mereka berdua sahaja tetapi Sadz dan Abang Azhar pun ikut bersama. Mereka makan bersama-sama. Bermain air digigi pantai Klebang. Memang pada mulanya dia selalu bergandingan dengan Abang Azhar. Dan lelaki itu melayannya dengan baik sekali. Setiap butir bicaranya memikat hati. Perbualannya diselang selikan dengan cerita-cerita ceria, lawak jenaka dan gurau senda. Membuatkan hati Fadzila begitu tertarik. Tetapi entah dimana silapnya hubungan mereka mulai renggang setelah Abang Iz meluahkan perasaannya pada Fadzila. Setiap kali mereka keluar, Azhar akan menjauhkan diri dari Fadzila. Malahan lebih senang bergandingan dengan Sadz. Kini berita yang baru diterima amat mencengkam perasaannya. Sahlah harapannya akan terkubur begitu sahaja.

Perlukah dia merelakan segalanya…..



1 comment:

~Tieha~ said...

xperlu merelakan... biar r dy kawen ngn azhar.... cz abg xleh kawen ngn ila....
tp syg nk kawen ngn abg....
hahahahaha

Segala Post Disahkan Oleh...