Inspirasi...

Harian Metro Kosmo! Berita Harian

Dikuasakan Oleh

CLICK THIS BANNER !!

Showing posts with label Gajet Terkini. Show all posts
Showing posts with label Gajet Terkini. Show all posts

Wednesday, February 11, 2009

Terbaru daripada Porsche


PENGGEMAR kenderaan berprestasi tinggi, Porsche bakal menyaksikan kelahiran satu lagi model terkini, GT3 yang lebih berkuasa, pantas daripada pesaingnya.



PENGGEMAR kenderaan berprestasi tinggi, Porsche bakal menyaksikan kelahiran satu lagi model terkini, GT3 yang lebih berkuasa, pantas daripada pesaingnya.


Generasi kedua daripada siri 911 itu bukan saja dicipta untuk kegunaan perlumbaan, malah mampu menyusuri jalan raya tanpa perlu melakukan sebarang pengubahsuaian.


Model terbaru itu akan dipamerkan kepada umum pada Pameran Motor Geneva bulan depan dan pastinya bakal mencuri tumpuan pengunjung.


Porsche 911 GT3 menawarkan dua ciri pemanduan terbaik merangkumi pemanduan berkuasa dan ciri dinamik bagi mereka yang hanya mementingkan gaya serta kemewahan.


Model berkenaan dilengkapi enjin Boxer 3.8 L enam silinder yang berupaya menghamburkan 435 kuasa kuda (bhp), meningkat 20 bhp daripada model terdahulu.


Peningkatan kuasa itu disebabkan penggunaan sistem ekzos yang direka semula oleh VarioCam yang cukup dikenali dalam kalangan peminat jentera bertaraf Supercar.


Sistem terbaru berkenaan membolehkan GT3 dipandu pada kelajuan biasa dengan lebih santai tetapi itu tidak bermakna jentera terbabit tidak berkuasa.


Ia mampu memecut pada kelajuan 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 4.1 saat selain mencatatkan kelajuan maksimum sehingga 312 km/j.


Selain enjin yang berkuasa tinggi, Porsche 911 GT3 dilengkapi sistem Porsche Stability Management (PSM ) yang membolehkan pemandu mengawal fungsi kawalan kestabilan (SC) dan kawalan kuasa (TC) secara manual.


Ini membolehkan mereka melakukan pelbagai aksi secara individu tanpa campur tangan komputer.


Selain itu, daya tekanan graviti juga dikurangkan bagi memberi lebih kawalan dan ciri aerodinamik terbaik dalam kelasnya.


Porsche 911 GT3 bakal dijual di Eropah dengan harga 98,100 Euro manakala RM392,700 (AS$112,200 - sebelum cukai) bagi penggemar Porsche di Amerika Syarikat.


p/s : kalu dapat yang ni mesti tunang aku jeles nnt aku dok layan kete je, huhuhu..



Gajet tiga dalam satu



Apple iPhone 3G ialah telefon mudah alih berevolusi yang membolehkan anda melakukan lebih daripada satu tugasan pada satu-satu masa dan dalam kaedah paling mudah.



PILIHAN 3G turut menyokong aplikasi pelbagai bahasa.



TIGA produk dalam satu. Itulah kesimpulan yang boleh diberi kepada produk Apple iPhone 3G. Sebagai sebuah telefon bimbit pintar, peralatan Internet dengan pelayan web berkelas desktop dan e-mel HTML, iPhone 3G itu juga bertindak sebagai iPod berskrin lebar.


Dengan berat 133 gram sahaja, iPhone 3G boleh didapati dalam dua model versi memori sebesar lapan gigabait (GB) atau 16GB. Gajet yang menawarkan teknologi tanpa wayar 3G yang pantas, GPS dan sokongan kepada Microsoft Exchange ActiveSync itu juga membolehkan pengguna menikmati masa bercakap sehingga 600 minit.






Pendek kata, Apple iPhone 3G ialah telefon mudah alih berevolusi yang membolehkan anda melakukan lebih daripada satu tugasan pada satu-satu masa dan dalam kaedah paling mudah. Ini bermakna pengguna boleh melayari laman web, memeriksa e-mel mahupun mendapatkan lokasi sesebuah destinasi pada masa yang sama.


Apple iPhone 3G menjanjikan ciri-ciri yang menarik serta kualiti panggilan yang lebih jelas. Antara ciri 3G yang terdapat dalam iPhone termasuklah keupayaan pengguna mengirim teks menerusi papan kekunci pintar serta menikmati muzik dan video pada paparan skrin yang luas.


Bagi yang suka menonton wayang menerusi gajet, iPhone 3G menyajikan aplikasi video yang antaranya menyokong format video H.264 sehingga 1.5 Mbps, 640x480 piksel, 30 bingkai sesaat dan fail format audio stereo dalam m4v, mp4 dan mov.






Pengguna bukan sahaja disajikan dengan kemudahan pengurusan e-mel yang lebih baik malah boleh melihat lebih banyak sisipan dan menikmati kemudahan kalkulator saintifik.


Apple iPhone 3G turut menyokong aplikasi pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Jepun, Portugis, Cina, Korea, Turki dan Sweden.


Selain itu, ia mengandungi perisian iTunes App Store yang membolehkan pengguna melayari aplikasi dan memuat turun aplikasi itu terus ke dalam telefon.


Didatangi dengan saiz skrin paparan sebesar 3.5 inci, gajet tersebut menawarkan resolusi 480 x 320 megapiksel dan masa bersedia sehingga 300 jam.


Satu set Apple iPhone 3G meliputi set kepala stereo dengan mikrofon, adapter kuasa USB, penyambung Dock kepada kabel USB, alat mengeluarkan SIM dan kain membersih gajet anda.


p/s : bestnya dapat yang ni, nak suruh syg wat hantaran kahwin kat abg ar, hehe.


Sony Bravia V5






TELEVISYEN (TV) LCD terbaru Sony, Siri Bravia V5, mampu mengurangkan penggunaan kuasa sehingga 40 peratus berbanding dengan TV LCD sedia ada keluaran syarikat itu. Siri Bravia terbaru yang berukuran 40 inci (kanan) dan 46 inci itu dilengkapi sensor cahaya dan pergerakan yang berupaya menutup gambar secara automatik jika tiada sesiapa berada di kawasan berdekatan TV tersebut. Produk itu dijangka berada di pasaran mulai akhir Februari ini.


p/s : tgk bola live mesti best...



Panasonic LUMIX DMC-G1






LUMIX DMC-G1 merupakan kamera digital terkecil dan paling ringan dengan sistem lensa kamera yang boleh ditukar. Ia juga ialah kamera bersistem Mikro Tiga Perempat dengan tubuh dan kit lensa seberat kira-kira 580 gram sahaja. Dengan sistem Mikro Tiga Perempat, kualiti gambar dan fleksibiliti menukar lensa juga boleh dipertingkatkan. Rekaannya yang inovatif turut memudahkan pengguna yang sukakan kamera mudah alih dengan lensa yang bertubuh kecil.


Satu lagi tarikan pada kamera itu ialah pengguna boleh memperibadikan gaya mereka menerusi warna dalam model berwarna merah, hitam dan biru. Fungsi Fokus Auto (AF) Kontras pula memudahkan pengguna memperoleh ketepatan dan kepantasan merakamkan gambar. Sejumlah rangkaian mod AF ditawarkan termasuk AF berbilang kawasan sehingga 23 kawasan fokus, AF satu kawasan, pengecaman wajah dan pengesanan AF.


p/s : dapat yang ni tapi tak reti guna tak guna gak, hehe.


Segala Post Disahkan Oleh...