Inspirasi...

Harian Metro Kosmo! Berita Harian

Dikuasakan Oleh

CLICK THIS BANNER !!

Wednesday, February 11, 2009

Gajet tiga dalam satu



Apple iPhone 3G ialah telefon mudah alih berevolusi yang membolehkan anda melakukan lebih daripada satu tugasan pada satu-satu masa dan dalam kaedah paling mudah.



PILIHAN 3G turut menyokong aplikasi pelbagai bahasa.



TIGA produk dalam satu. Itulah kesimpulan yang boleh diberi kepada produk Apple iPhone 3G. Sebagai sebuah telefon bimbit pintar, peralatan Internet dengan pelayan web berkelas desktop dan e-mel HTML, iPhone 3G itu juga bertindak sebagai iPod berskrin lebar.


Dengan berat 133 gram sahaja, iPhone 3G boleh didapati dalam dua model versi memori sebesar lapan gigabait (GB) atau 16GB. Gajet yang menawarkan teknologi tanpa wayar 3G yang pantas, GPS dan sokongan kepada Microsoft Exchange ActiveSync itu juga membolehkan pengguna menikmati masa bercakap sehingga 600 minit.






Pendek kata, Apple iPhone 3G ialah telefon mudah alih berevolusi yang membolehkan anda melakukan lebih daripada satu tugasan pada satu-satu masa dan dalam kaedah paling mudah. Ini bermakna pengguna boleh melayari laman web, memeriksa e-mel mahupun mendapatkan lokasi sesebuah destinasi pada masa yang sama.


Apple iPhone 3G menjanjikan ciri-ciri yang menarik serta kualiti panggilan yang lebih jelas. Antara ciri 3G yang terdapat dalam iPhone termasuklah keupayaan pengguna mengirim teks menerusi papan kekunci pintar serta menikmati muzik dan video pada paparan skrin yang luas.


Bagi yang suka menonton wayang menerusi gajet, iPhone 3G menyajikan aplikasi video yang antaranya menyokong format video H.264 sehingga 1.5 Mbps, 640x480 piksel, 30 bingkai sesaat dan fail format audio stereo dalam m4v, mp4 dan mov.






Pengguna bukan sahaja disajikan dengan kemudahan pengurusan e-mel yang lebih baik malah boleh melihat lebih banyak sisipan dan menikmati kemudahan kalkulator saintifik.


Apple iPhone 3G turut menyokong aplikasi pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Jepun, Portugis, Cina, Korea, Turki dan Sweden.


Selain itu, ia mengandungi perisian iTunes App Store yang membolehkan pengguna melayari aplikasi dan memuat turun aplikasi itu terus ke dalam telefon.


Didatangi dengan saiz skrin paparan sebesar 3.5 inci, gajet tersebut menawarkan resolusi 480 x 320 megapiksel dan masa bersedia sehingga 300 jam.


Satu set Apple iPhone 3G meliputi set kepala stereo dengan mikrofon, adapter kuasa USB, penyambung Dock kepada kabel USB, alat mengeluarkan SIM dan kain membersih gajet anda.


p/s : bestnya dapat yang ni, nak suruh syg wat hantaran kahwin kat abg ar, hehe.


1 comment:

~Tieha~ said...

xpyh r...dop best... cz xdop keypad..dh try pkai yg abh ari tu....

Segala Post Disahkan Oleh...