Inspirasi...

Harian Metro Kosmo! Berita Harian

Dikuasakan Oleh

CLICK THIS BANNER !!

Tuesday, February 24, 2009

Fahami makna cinta



HANYA mereka yang pernah melaluinya pasti menyatakan betapa indahnya meneroka dunia cinta.



Yang gagal pula barangkali serik untuk meneruskannya buat kali kedua. Namun kepada mereka yang suka memburu cinta, istilah tewas, kecewa, pedih atau terluka tiada dalam kamus hidup mereka.

Sayang, cinta, kasih, suka atau obses kepada seseorang adalah elemen yang tertera dalam dunia perkasihan. Anugerah cinta adalah nilai yang tidak terhitung kerana di dalamnya terkandung pelbagai perkara yang memungkinkan anda bertemu dengan pelbagai rencah dan ranjau berbisa sebelum akhirnya menemukan cinta sejati.


Mungkin perasaan sedemikian pernah atau sudah anda lalui tetapi bagi yang baru pertama kali berdepan dengan perasaan dianggap aneh itu, ia mungkin satu pengalaman sukar ditafsirkan.
Hayati makna yang terkandung dalam kata-kata menyukai, menyayangi, mencintai atau apa saja yang berkaitan dengannya sebagai panduan.




  • - Saat kau menyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

  • - Saat kau menyayangi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

  • - Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

  • - Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.

  • - ‘Suka’ adalah saat dia menangis, kau akan berkata: “Sudahlah, jangan menangis.”

  • - ‘Sayang’ adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya.

  • - ‘Cinta’ adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata: “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”

  • - ‘Suka’ adalah saat kau melihatnya kau akan berkata: “Ia sangat tampan dan menawan.”

  • - ‘Sayang’ adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

  • - ‘Cinta’ adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata: “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.”

  • - Di saat orang yang kau suka menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.

  • - Di saat orang yang kau sayang menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.

  • - Di saat orang yang kau cintai menyakitimu, kau akan berkata: “Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”

  • - Di saat kau suka padanya, kau akan ‘memaksanya’ untuk menyukaimu.

  • - Di saat kau sayang padanya, kau akan membiarkannya memilih.

  • - Di saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.

  • - ‘Suka’ adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.

  • - ‘Sayang’ adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.

  • - ‘Suka’ adalah hal yang menuntut. ‘Sayang’ adalah hal memberi dan menerima.

  • - Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.



  • p/s : semoga cinta kita berkekalan selamanya...insyaAllah...



    Isteri naik hantu


    KUALA LUMPUR: Hanya air mata dapat menceritakan keperitan seorang lelaki apabila sering dibelasah isterinya yang disifatkan sebagai ahli gusti gila semata-mata kerana tidak suka mendengar nasihat sejak tiga tahun lalu.


    Lelaki yang dikenali sebagai John itu mendakwa, isterinya berang apabila dinasihat menghentikan tabiat buruk gemar berkaraoke dan berhutang dengan along hingga mengabaikan anak yang sakit.


    Penyelia stor itu berkata, isterinya berusia 30 tahun itu mempunyai kekuatan luar biasa apabila ‘naik hantu’ hingga mampu mencekik sebelum menghempas kepalanya ke dinding rumah.


    Malah, lebih menakutkannya apabila wanita terbabit mengugut mahu membunuhnya dengan pisau dan serpihan kaca botol.


    Ini menyebabkan John kerap melarikan diri apabila isterinya mengamuk.


    John berkata, tingkah laku ganas isterinya sukar dibendung, malah ada kalanya diibaratkan sama seperti haiwan ganas.


    Dalam kejadian terbaru jam 7.30 malam baru-baru ini, dia menghubungi isterinya di pejabat dan meminta segera pulang ke rumah berikutan anak lelaki berusia hampir dua tahun diserang lelah.


    “Saya merayu supaya anak dibawa ke klinik di Wangsa Maju untuk mendapatkan rawatan. Namun, dia memberi alasan sudah mempunyai rancangan untuk berkaraoke bersama rakan selepas waktu pejabat.


    “Lantaran itu, adik kandung saya membantu menghantar anak ke klinik,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


    Menurut John, dia cuba mendapatkan penjelasan daripada isterinya yang pulang tengah malam, tetapi dihadiahkan dua penumbuk di muka.


    Ketika itu, mangsa sedang mendukung anaknya yang menangis sakit. Isterinya pula langsung tidak menunjukkan simpati sebelum menendang suaminya hingga hampir terjatuh.


    Sambil menunjukkan kesan tumbukan isterinya pada tiga pintu bilik rumah, John berkata, dia tidak dapat mempertahankan diri berikutan ketika itu menutup kepala dan badan anaknya kerana bimbang turut dicederakan.


    Selepas puas membelasah suaminya, wanita itu keluar sebelum pulang keesokan hari dengan mengurung diri dalam bilik.


    “Sebaik bangun daripada tidur, dia kembali mengganas mencekik leher saya sebelum menghentak kepala saya ke dinding.


    “Serangan mendadak itu menyebabkan saya terkejut selain anak saya menangis akibat ketakutan. Dia meluru ke dapur sebelum mengambil pisau dan mengacukannya ke arah saya,” katanya.


    Mangsa bagaimanapun merampas pisau berkenaan selepas bergelut dengan isterinya.


    “Isteri saya kemudian mencapai botol kaca minuman sebelum menghentak ke arah rak dapur untuk memecahkannya. Disebabkan ketakutan, saya mencapai anak sebelum melarikan diri,” katanya sambil mendakwa isterinya menelan beberapa biji pil sakit kepala untuk menyambung tidur.


    Dalam kejadian lain, dia sekadar bertanya kepada isterinya menghilang sehari suntuk dengan mengabaikan suami dan anak.


    “Entah mengapa dia tiba-tiba mengamuk dan menjadi agresif sebelum menghempaskan semua perkakas rumah, termasuk pinggan mangkuk di dapur,” katanya.


    Lelaki malang itu berkata, isterinya cuba menyerang anaknya menyebabkan dia terpaksa melarikan diri sebelum menghubungi talian Rakan Cop untuk mendapat bantuan polis.


    “Sebaik polis sampai ke perkarangan rumah, isteri semakin naik angin dan tidak membenarkan kami masuk ke dalam rumah walaupun dirayu supaya mengawal perasaan.


    “Selepas membuka pintu, dia bersembunyi dalam stor. Selepas dinasihati polis, dia akhirnya berjanji tidak mengulangi perbuatannya itu,” katanya.


    John turut mendakwa isterinya menggunakan wang simpanan anak sebanyak RM3,500 untuk berjoli dan memenuhi tabiat buruknya berjudi.


    “Apabila ditanya, dia memberitahu semua wang terbabit sudah habis dibelanjakan, termasuk membayar hutang along,” katanya.


    Dia yang sudah membuat tiga aduan di Balai Polis Setapak, berkata dia sendiri pernah terjumpa kad kuning dalam dompet isterinya mengandungi nombor telefon seorang lelaki serta beberapa tulisan pinjaman along dengan anggaran melebihi puluhan ribu ringgit.


    Dia berkata, isterinya yang sudah meletakkan jawatan kini bersekedudukan dengan beberapa warga asing dari Timur Tengah.


    “Saya dapat berjumpanya di rumah sewa barunya dengan membawa anak. Malangnya, kami dihalau,” katanya.


    Menurutnya, dia kini dibelenggu masalah baru apabila beberapa lelaki dipercayai along datang ke rumahnya untuk menuntut hutang isterinya.



    p/s : ganas gila, harap2 isteriku tak wat gini kat aku nanti...huhu.


    Monday, February 23, 2009

    Lagu Cinta Kita...


    Walaupun video ni dah lama aku edit untuk kekasihku tapi masa tu dia hanya sebagai kekasih tapi sekarang dah bertitle tunang so aku nak tuju sekali lagi lagu ni untuk kesayanganku, hehe. Lagipun tak puas2 aku tengok video ni sebab dia cakap aku lah lelaki pertama edit video untuk dia, wah bangga la (bukan bangla) aku tak terhingga. Aku rasa terharu dan happy sangat2 sebab dia hargai kerja2 aku untuk dia, thanks sygku tunagku bakal isteriku jua, lagu ini untukmu khas daripada ku lelaki mu...huhu.




    Terlihat wajahku dimatamu...
    Yang mendambakan kasih sayang...
    Petanda benih cinta mulai tumbuh...

    Kau jauh disana...
    Bersama rinduku...

    Hanyalah daun berdesis sayup...

    Kuingin dengan ketulusan hati...
    Membuka pintu hatimu...

    Sambil berbisik...
    Aku Sayang Padamu...

    Mulai kini kuserahkan cintaku...
    Sejak hari ini hatiku bersamamu selamanya...
    Dan pasti kuberikan cintaku...
    Mulai saat ini diriku milikmu selamanya...

    Kau jauh disana...
    Dan kau bersama rinduku...
    Oh..hanyalah daun berdesis sayup...

    Kuingin dengar setulus jiwamu...
    Mengalun hangat diriku...
    Sambil berbisik...
    Aku Cinta Padamu...

    Cintaku Untukmu...



    p/s : jiwangnya aku rupanya, hehe, syg suka dops?



    Sunday, February 22, 2009

    Satu kerandut


    JARANG berlaku fenomena lelaki hanya mempunyai sebiji buah zakar kecuali sebab semula jadi atau sebenarnya ia ada, cuma tersangkut di dalam dan mungkin tidak aktif.


    Pembedahan boleh dijalankan untuk menurunkan buah zakar itu ke dalam kerandut, tetapi seelok-eloknya ia dilakukan sebelum berumur dua tahun iaitu selepas doktor melakukan pemeriksaan terhadap bayi dan mendapati berlaku fenomena berkenaan.


    Jika pembedahan lambat dilakukan selepas dikesan, buah kerandut itu mungkin terencat tetapi jika lelaki berkenaan sudah dewasa, tidak mengapa jika prosedur kesihatan terbabit tidak dijalankan.


    Bagaimanapun lelaki perlu tahu, kemungkinan buah zakar yang tersangkut itu menjadi kanser adalah tiga atau empat kali ganda berbanding yang normal.


    Ada segelintir pakar menyarankan buah zakar yang tersangkut itu dibuang melalui pembedahan dan ada yang tidak mengesyorkan apa-apa.


    Kini dengan ujian darah, perubahan kanser dapat dipantau dari semasa ke semasa dan tumbesaran buah zakar yang tersangkut itu dapat dilakukan melalui imbasan MRI atau CATS.


    Berkaitan kesuburan, tiada sebab kenapa lelaki tidak subur jika buah zakar yang satu itu sihat. Bagaimanapun, jika ia kecil atau terencat, sudah tentu ia mampu mengganggu kesuburan.


    Perkara berkaitan kesuburan jika mempunyai hanya sebiji buah zakar itu boleh dikesan melalui ujian air mani, tetapi tidak digalakkan menjalani ujian itu tanpa sebab.


    Jika lelaki berkenaan berkahwin lebih setahun dan kerap bersetubuh tetapi tidak mempunyai zuriat, mungkin ujian air mani itu boleh dijalankan.


    Bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak perlu risau jika hasil ujian dijalankan normal, malah tidak perlu risau sekarang ini kerana ramai lagi yang mempunyai sebiji buah zakar.


    Ramai lelaki yang mengalami masalah berkenaan kini sudah berkahwin dan mempunyai zuriat.


    p/s : bersyukur aku normal, hehe.


    Wednesday, February 18, 2009

    Menuju Alam Perkahwinan

    Kau tercipta untukku...

    Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing-masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan.


    Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu
    "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin".


    Sayangku tunangku, nak cincin macam ni ke?


    KENAL

    Kita disuruh kenal/ta'ruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata-mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah disuruh dan dicari orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya.


    Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.


    "Apakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar
    "Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi...
    "Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?"


    Pelamin kita mesti lagi lawa dari ni kan sayang...


    Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi "Pernahkah kamu bermu'amalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan-kawannya"
    Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya.


    Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab
    dengannya....


    Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali,
    TOLAK-ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara.


    KELAS

    Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan.


    Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam , sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA'
    untuk menjaga akhlak dalam Islam.


    KUFU

    Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya.


    Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlakyang sempurna.


    Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.


    Hantaran kita pun mesti lagi lawa dari ni kan...



    KASIH

    Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis:-


    "Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan."


    Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.


    Rasulullah memberitahu:-

    "Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu."


    Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga..
    Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar-benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki."


    Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga.
    Hadis Nabi ada menyatakan:-


    "Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan"

    "Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan"


    "Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunanya" dan


    "Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya."


    Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasakkan dengan betul. InsyaAllah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.


    REDHA

    Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya,
    Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dengan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka.


    "Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya."


    Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur :ayat 26:-

    "Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik."


    Saat-saat ni yang mendebarkan ni, huhu.


    Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima.


    Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami.


    Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang.


    Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ....Begitu juga sebaliknya masalah berlaku.


    Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA".


    Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk. Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga....



    Ini la perjalanan cinta kita nanti sayangku tunangku jua...


    p/s : kena kuatkan fizikal dan mental sebelum kahwin ni...banyak dugaan menanti, InsyaAllah kita hadapinya dengan tabah dan bahagia wahai bakal isteriku...



    Segala Post Disahkan Oleh...